A small homebase business at Muar town area. Specialities in cakes, cupcakes, handmade chocolate, muffins for wedding /engagement or any ocasion that u needs. Ct Bakery also conducting basic cakes and cupcakes deco and baking class such as pizza, pie, bread etc. Fresh bakes, delicious and halal. Ct Bakery also manage a homestay in Muar town area and ready 4 rental by day or weeks. .
Thursday, May 29, 2008
Muffin Project
Malamnya selepas isyak, aku muka membungkus...siap semua , kira dan masuk dalam kotak ...siap semua pukul 11.30 malam. Ready to deliver...pas tu ada yang lebih sikit2 aku beri kat abang soh bagi2 kawannya , untuk promosi juga... Gambar tak amek sebab tak ada kamera...
Pagi tadi , kol 8.30 aku bawak anak2 g makan luar...lepas sarapan g SK Dumpar daftarkan jiha...jumpa semua budak2 ni dengan wak amimnya...siap daftar, balik amek kek dan hantar..balik jumpa ana , antar 1 pasang baju. Walaupun aku boleh menjahit..tapi sekarang malasssssssss beno nak menjahit, tak tahu nape...baju bebudak tu ada 3 pasang nak potong..kang dah siap2 potong dah senang..boleh sambil2 menjahit....
oleh kerana ramai yang tanya business card , hem aku kenalah usahakan buat..
aku buat sendiri je...yalah cut cost..tadi pon ada yang tanya ngape mahal muffin tu sampai 60sen..hemm..rasalah dulu..baru boleh cakap...sebab aku buat tak guna minyak masak je..aku guna margerin , susu cair, serbuk koko pun yang baik..rasanya x lari jauh dari kek coklat...lepas tu choclate rice lagi..tapi kalau orang yang faham, derang tak banyak soal jawab kan ? Harga barang semua dah naik mencanak2...nak jual murah macamana lagi...
Perangai pelangan ni macam2...ada nak harga sebiji 60sen tapi nak siap dengan bekas plastik goodies yang cantik tu...ada jugak yang mintak masukkan dalam plastik container kecik .. semua tu kos..bukan murah pun...Plastik goodies tu , 1 pack paling kurang 5.00 = 100 sheet....container pulak paling murah pon 15.00 = 100 ..pelanggan nak kos harga lama , muffin beso...pening...
Sekarang semua harga barang dah naik...mana nak dapat ?
Tapi heran kan mentaliti sebilangan orang melayu? Bayar 27.00 untuk 1kg lebih birthday kek - kek coklat pon bising kata mahal...walhal kat kedai kek pakai kek span je, harga pon lebih kurang sama, boleh pulak bayar tak banyak cerita pon..kalau kat kedai cina tu , sanggup bayar muffin kecik 60 sen , tak de packing...order beratus2 untuk keja kawin pon tak sayang duit nak bayo...sedangkan tak tahu samada ia halal atau tidak...tapi dengan kita, yang meniaga sikit2 ni, kalau boleh nak bayar harga pokok je...sikit2 cakap mahallll je....mintak charge delivery pon bising....benda dah sampai depan pintu , lagi banyak soal...ni lah manusia.....
Tuesday, May 27, 2008
Chicken Chop De Ct
Petang kol 5.30 aku g pasar malam..beli 6 potong dada ayam dari gerai x anak muridku Azhar. Ada 2/3 kawan sekolahnya bersama...derang tegur aku, yang sorg ni blur siapa aku..maka yang sorang lg cakap "ala , cikgu ct..yang garang tu, dulu kat sekolah selalu bawak rotan panjanggg tu..." hahaha...tulah dia yang anak2 murid ingat sampai skg....Pas tu jumpa sorang lagi..Aishah..x budak sekolah aku skg, dia salam peluk2 aku..aku cakap mcmne skg..dia seronok kat MRSM..dan dia kata berbaloi aku marah dia sampai nangis2 sebab dia cuai dan selalu tak lulus masa belajar dulu,,kalau tak dia kata tak sampai kat situ..
Balik aku terus siap2kan bahan ..Najwa dah siap kupas kentang, aku potong kentang buat wedges , gaul sikit dengan tepung kentaki dan goreng..pas tu aku keluarkan isi ayam dan hiris2 bagi jadi lebar ..siap semua aku rebus tulang2 untuk kuah/sos lada hitam...
wedges made in dewek...
Isi ayam yang dah siap dibersihkan aku bedakkan dengan tepung jagung sket, kendian rendam dalam telur pukul campur air sikit...lepas tu tepung gomakkan betul2 dengan tepung kentaki...dan siap untuk digoreng...
semasa digoreng...
Sos lada hitam ni aku buat ikut kepala aku je...aku cincang sebijik bawang beso..dan sebijik bawang putih...Tumbuk 2 c.besar lada hitam.. tumis/saute bawang dengan 2 c.makan butter..semalam aku pakai margerin je..biar sampai wangi dan layu...kemudian masukkan 1/2 cawan tepung gandum..kacau rata jadi roux...masukkan air rebusan tulang ayam...kacau rata2...pecah2 gentelannya..tambahkan lada hitam, sos tiram dan sedikit kicap untuk warna, biar didih sekejap..Matikan api dan kisar sos hingga halus...masuk balik dalam piuk, didihkan semula...kalau kurang pekat, tambahkan dengan bancuhan 1 c.makan tepung jagung dan air rebusan ..dapatkan kepekatan yang disukai...siap...
sos sebelum dikisar
sos selepas dikisar
Akhir sekali,lepas maghrib setelah siap semua, aku hidangkan...chicken cop dengan wedges , coslaw dan sos lada hitam...hemmmm tengah panas2..yummmyy...salad2 tak de..bebudak tak suka, haku je yang makan...Habang aku kata rugi je kalau makan chicken chop kat luar..sikit dan mahal..bini dia buat nak kao...kenyang tak hengat..ayam pun sedebang beso..hehehe...
set chicken chop
tengok tu..siap terpejam Jiha sebab sedappp sangat...
nabill makan tak hengat...puas hati tengok derang makan...licin semua...baki chicken cop sikit tu derang makan pagi ni..buat sarapan..mengulang2 budak2 ni makan..Alhamdulillahhh...puas hati aku tengok memasing makan bersungguh2...
Monday, May 26, 2008
Purple Rain
punyalah ghisau nak masukkan kotak ni...
gambo ni senget dengan sendirinya...tah le tau tau ngape...
Friday, May 23, 2008
De Muffin Adhock
Mula2 aku call A Yong, owner Jessery Trading...aku mintak dia sediakan bahan2 yang kurang dalam simpanan aku, nasibbb semalam aku tergerak hati beli tep. gandum 1 kotak...balik je sekolah, aku tuju Jessery dulu..A Yong dan sap2 sediakan bahan..aku bayar dan angkat je..x sempat borak2 macam selalu...
Amek Jiha (dia demam dan tak sekolah ari ni ), bayar kak enon dan vrommmmm rempitzzzzz balik umah....capai cerek, masak air...sukat/timbang bahan dan kreghhhhh2 mesin jalan...mengadun muffin....
Aku on 2 oven , cepat sikit....oven karan tu cepat 10 minit dah ready...tapi oven dapo lambat sket....tak pe laa...ada rezeki besok aku belilah oven karan besooo...wakakaka...adun..bakar..adun..bakar..adun bakar...sedar2 dah kol 7...
hampir siap...aku mandi dan rehat kejap..tegakkan pinggang...adehhhh...
Malam, makan pizza je, soh abang beli balik ping pang pek pot..Main badmintonlah....kol 9.00 mula membungkus...siap lumba2 dengan Jwa..tapi ibunya dah dpt 200 dia baru nak capai 5 ploh....aparaaaaa.....siap bunkus dan susun dah kol 10.45 sambil2 layan drama "Pak Andam Terlampau" euwwwww...geli geleman..banyak pelakon dia very the gediksssss...
mufin dah siap bakar..sejukkan..
3/4 jumlah muffin...ada ka habang kata mcm anak penyu beratur...
bungkus jagi goodies...
siappp dah keja aku...esok balik duty kat MRSM , belah petang nak mekap kek Fatin @ Sha..nak tunang ahad tengahari..pepagi kena buat delivery...tak pe..kek kukus kak aida pon dah siap..tinggal sejukkan je...4 jam aku kukus... ready to deliver...alhamdulillahhh...syukur pada Allah atas limpahan rezekinya...
Wednesday, May 21, 2008
cerita hari ini
Aku juga dah siapkan kek hantaran dan kek kawin yang ditempah oleh Zana, yang menempah melalui email...alhamdulillahh...semuanya dah settle..zana mintak 40 biji cupcake dan sebiji kecil kek coklat....kek hantaranya aku tak sempat hambek gambar..kejar masa punya pasal. Tema zana krim dan gold..tapi aku x dapat cari gold, bubuh je kuning....
kepala kek...
cupcake untuk makan beradap
kek yang biha tempah sempena besday dia...
kek anak En. Yunos, besday esok.
yang ni kek untuk makan2 esok..nurul dan biha tempah nak jamu kengkawan
Aku rasa hari ni yang paling banyak sekali cabaran masa aku buat kek, mana taknyer..kek untuk nurul dah masak , aku angkat nak sejukkan..tah camne terlepas..broggggg....entekkkk...terbalikkkk...waaaaaa...nangis aku.....habang aku boleh gelak..dapat upah kena marahh....kelam kabut aku mengadun lagi...nak ganti yang dah hancor tu...ermmmmm....sedeyyy aku...sib baik sempat siap. Man pulak datang dengan isterinya antar komputer....alamak....mintak maapppplah man,akak tengah bzzz , abang je yang melayan..sib baik pengarang jantung aku ni dah ok..kalau takkkkk..meroyan lagi laaa aku sebab tak dapat tenet...wakakakaka....oklah, membebel mmg syok..tak ingat dah malam ni...Bye, arep mapan dikek....
Monday, May 19, 2008
Bosan
Kalau aku tego sikit je...ugutannya mesti nak jual si dia..tapi dia x nak muhasabah diri...kenapa selalu tak cukup ? padahal bukan dia dapat sikit...banyak...aku pun bukan dapat banyak...lebih kurang je, bukan aku tak menyumbang apa2...banyak juga yang aku tanggung....sakit ati aku..benci..marah....Dulu, si dia ku yang kundang, dia jugak yang paksa jual,
walaupun aku taknak...si hijau ini pon sama..dia yang bising sangat soh beli..
apa saja yang aku tak tolong dia...tangunggan semua dibahagi sama...aku malas nak berbalah tentang benda ni..kang nanti jual si dia , beli yang lain..
masalah pun samaaaaaa gak....
ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH...tensionnnnnnn....
Sunday, May 18, 2008
Mengamit Kenangan Silam
Tapi dalam nakal ada baiknya...dalam duka banyak sukanya...dalam marah ada lucunya...tak sedar telah 8 tahun mereka ku tinggalkan...hubungan kami bermula tak berapa baik , kerana aku mengofferdiri untuk mengantikan guru ERT mereka yang telah berpindah hampir 4/5 bulan yang lalu kerana naik pangkat. Jadi mereka sudah lama kehilangan guru dan terabai. Bila aku dapat mereka dalam bulan 3 di tingkatan 5, aku dapati mereka banyak ketingalan dalam pelajaran..Aku berusaha bersungguh2 untuk membantu dengan mengadakan kelas tambahan 2x seminggu untuk kaber topik yang tertinggal tapi disambut dengan sambil lewa sahaja oleh mereka...yalah mereka baru lagi dengan aku..tak tau lagi stail aku...jadi, tak kenal maka tak cintakan...
Pernah aku merajuk dan tinggalkan kelas mereka kerana respon pelajar yang sangat buruk..selepas aku bersyarah sehingga berlinangan air mata tentang sikap mereka , aku keluar dari kelas dengan hati yang luka dan kecewa..lewat tengahari itu, sekumpulan pelajar tu datang, mintak maaf dan pujuk aku..dan aku kembali mengajar kelas itu dengan satu azam baru..aku akan pastikan mereka dengar dan ikut 100% kata2 aku...pendek kata aku akan buli mereka cukup2...muhahahaha....natezzzzzz....
Sejak itu, kami mula akrab..makan bersama2 di kantin..lepak kat bilik ERT dan Jahitan sama2..buat kelas tambahan, buat makan2 ..aku pun selalu gak datang rumah2 mereka bila ada lapang...kiranya kami mmg baik dan rapat..derang pun selalu gak datang umah aku..pada masa ni aku mmg dah 'pegang' derang 100%...dalam pada sibuk2 nak peksa tu, ada gakk yang hanyut dalam dunia cinta..sapa lagik kalau x pijot dan nor laa...gaduh dengan boypren pon ngadu kat aku nangis2...aku biasa aaa...bagi nasihat dan marah sket...tapi yang aku tak lupa sampai skg adalah keputusan berani Odie cabut keluar sekolah,
g pekan semata2 nak belikan kek besday supprise kat aku...terperanjat dan terharu sangat aku....
Sampailah tarikh peksa SPM dan aku dapat tahu yang habang kena transfer ke Muar, aku sangup lewatkan sehari tarikh pindah semata2 nak hadir beri sokongan kat derang masa paper ERT...seharian aku duduk kat sekolah, walaupun umah aku lintang pukang dengan barang2 nak pindah...lepas tu derang ramai2 datang umah aku tolong pack dan kemas2...
Selepas itu kami putus hubungan ..masing2 bawak haluan sendiri...buat apa..kerja apa..aku tak tahu...tiada sebarang khabar berita yang aku perolehi..sehinggalah pada suatu hari, seorang jiranku memberitahu dia mengenali salah seorang dari mereka...melalui jiranku, aku dapat kesan hawa dan beberapa orang lagi..derang datang beraya ke rumah ku, meriah betul tahun 2001 tu... dan benar tebakkan ku, salah seorang mereka yang manis ,bertahi lalat , popular dengan panggilan pijot cari aku tahun 2005 (kalau x silap) sebab bak kawin..lepas itu , sorang demi sorang anak2 dara ni anto kad/tepon bila nak kawin.. Nor, Fetty, mana yang sempat aku datang...Odie je kawin senyap2....Tak menjemput....
Bulan lepas , masa aku otw g gunung ledang bawak budak2..aku dapat satu panggilan tepon...si awa , nak kawin dah..jemput aku datang. Pas tu ari abu lepas dia call & sms mintak aku doakan dia..nak menikah lepas asar..alhamdulillahhh... selamat sudah...dan tengah hari tadi aku hadir ke majlisnya...Ya Allah, cantik dan manis sungguh hawa...bertuah Kamal (Kamaruddin)..Kamal ni kawan sekolah dia jugak..tapi aku tak berapa perasan laa...Kami berpelukkan gembira..sebelum tu aku dah jumpa Pijot kat luar...dah dua orang anak pijot, alhamdullilah....Hawa suruh aku tunggu dia bersanding..oklah, aku tunaikan permintaannya...
Hawa Untong dan Jiha
Masa aku tunggu hawa sanding , aku nampak seseorang..Odie! Datang dengan Babynya dan faiz, kawan sekelasnya..semua dah jadik mak orang, badan pon dah berubah.....kecoh seketika suasana...laaa..dah beso dah bby odie ..odie cakap si Nor yang aku g jemputan taun lepas tengah dalam pantang..bersalin pada 16 mei...spesial tu..hari guru..kecohlah kami bertiga berbual2..cerita hal lama2...kemudian , dah kol 3++, aku pun minta diri balik umah dari pengantin dan keluarga...
Odie dan bby...
Buat Hawa dan suami, Odie dan suami, Fetty dan suami, Nor dan suami, Pijot dan suami, doaku semuga kalian bahagia dan gembira bersama keluarga..Nanti suatu masa, kita buat ghatering...kita jumpa semua...Buat Ina (mana menghilang) , Haslina aka kak long dan slam, jangan lupakan saya..contact2lah...
Friday, May 16, 2008
Baking Project
Aku mulakan kerja menyediakan buttercream sebanyak 1 kg , fresh cream 1 pek dan menyolek 3 biji kek beso seawal pukul 3.00 ptg...sebanyak 8 biji kek perlu aku solek sambil membakar 3 biji lagi dan 30 biji kapkek yang kawan order last minute...nak tolak kesian..
Segala yang aku rancangkan berjalan lancar, dibantu sikit2 oleh Najwa...Alhamdulillah..dia banyak bantu cuci alat..masak air panas, selet krim putih kat kapkek...packing...boleh harap jugak anak dara aku ni...Gitu gini, siap menyolek dah kol 10.00 mlm...kemas...tepat 11.30 aku dah landing..mata dah kelat...Nah, ni antara hasil kreativiti tangan aku ...
Hai..yang ni aku tak taw ngape gambo jadi camni...dah puas aku betulkan..sorrylah korang kene sengetkan pala....
Feedback yang aku terima tadi majoriti rakan2 suka dan berpuas hati, alhamdulillahhh...Ramai juga yang bertanya..nak tempah untuk pertunangan dan kahwin ahli keluarga...Ni hasil gambo cupcake yang rupanya dah diambil oleh habang malm tu....
Balik sekolah tadi, Nabill gesa nak jugak bagi hadiah kapkek berhias kat ustaz dan ustazah sekolah agama. Aku buatkan hiasan kejap, yalah kapkek dah siap, tinggal hias je..lebih kurang 11 biji kapkek aku hantar bersama blackbottom cheese kek yang Ustz. Zul tempah untuk meraikan guru2nya...Terima kasih ustaz...
Alhamdulillah, semalam dah dapat bagi abang sikit duit untuk renew roadtax unser yang dah kiok 1 minggu lalu...tapi yang x syioknya, abang aku tak dapat bahagian cuti..kengkawan seme dah pulunnn..ada 3/4 ari belen..tapi kena kat tarikh yang aku bzzzz nak siapkan muffin tempahan bos pp aku...mana aku tak hangat.....asyik2 failllll je nak bercuti....
Wednesday, May 14, 2008
Lagi lagi kek
Tuesday, May 13, 2008
Projek Cupcake Lagi
Petang tadi 4 the 1st time, pelanggan jauh order setelah melihat gambar di blog ini....Terima kasihlah zana...orang Kundang Ulu yang kerja di KL...tempah cuppies dan nak tengok kek lelain...ok, akak dah emailkan gambar serta senarai harga kek yaa...
Ni antara gambar cuppies yang aku dah boh siap2 dalam casing...senang kerja...Ada yang akan diambil pagi khamis...buat awal senang...malaslah nak berebut2 buat malam jemaat...sebab bukan ada orang tolong..semua kena buat sendirik..yelahhh..meniaga kecik2 je...mana ada can nak upah pembantu...
Ada orang tanya kenapa aku suka guna latar putih ? sebab pada aku putih senang nak match dengan warna2 lain dan ia warna yang suci..tapi..kalau nak boh warna lain..aku pon x de masalah....keinginanku untuk beli kamera semakin kuat...yalah sebab kualiti gambar hp cap ayam ni terukk...kelabuu..kesian orang yang tengok...tapi tak pe laaa...sabarrrrr....insyaallah, akan tertunai juga nanti....bila aku dapat beli digicam baru ..aku akan posing puas2...wakakaka....
Monday, May 12, 2008
Gaplek dan Tiwol
tu le perangai segelintir pelanggan ku yang aku lemah betul....
Siap penghantaran, aku g bayar bil tepon hp, tepon umah tangguh dulu...pas tu beli barang dapo sikit dan balik....kendian aku kuar balik amek nabila...beli makanan, pas tu balik tido jap...letih aku...dah le malam sebelumnya bersengkang mata siapkan tempahan....
Bangun tido , makan dan kemas2...terusss balik kg. Singgah pekan , bawak bila gunting rambot...kena rm 6.00. Belikan nabill roti canai...beli sikit barang kat kedai 2.00...balik umah mak...terus capai parang..cari kelapa ijau, x dapat..tinggi , aku capailah kelapa gading..tebuk dan bagi nabill minum...bapak bising sebab nabill kuruss an demam..hemph...aku tengok mak banyak jemur gaplek , kendian aku tengok ada sebaldi lagi ubi tengah mak rendam...wahhh, siokkknyerrr...dah lama x makan tiwol....
Bila mak balik, aku ajak g umah mak nazir, tempah uniform kem pandu...kendian singgah paso malam Pt. Tengah, belilah makanan2 sikit..sotong dan serba sikit bahan untuk esok. ..balik umah dah maghrib. Malam tu aku paksa nabill makan, siap nangis2 dia..wak amin pun tepon, tanya pasal kesihatan nabill...malam kakak datang , sembang2 sampai malam...
mak pulak sebok ngiser gaplek....ada cannn makan tiwol esok ni...
Malam kol 1, habang balik, mak bukakkn pintu, angin kuat dengan hujan..belentam lentum kena zink..anak2 aku tido syokkk je...sejukkk kat kg, x yah pakai ekonn...bebudak seme tido nepek ngan nyaie...
Pepagi aku tengok mak dah kat dapo, mak suruh aku siang sotong dan buat sambal , tengok2 mak dah kukus tiwol..semerbak baunya. siap je mak gaul , aku terus je ngappp...sedapp woooo...panas2..lembuttttt je. Nostalgia betol makanan ni...dulu masa aku kecik2 , mak selalu buat gaplek ni....pas tu dapat makan tiwol sebagai sarapan pagi....
haaa...ni le rupa tiwol...kelabu tapi sedapppp....
Gaplek tu apa bu ? anak aku tanya...Gaplek tu adalah hirisan ubi kayu yang telah di jemur kering. Cara nak buat gaplek...dapatkan ubi kayu..selalunya mak gunakan ubi rambah dan ubi taun...yang diketahui kurang empok dan kadang2 pahit kalau rebus macam tu je. Dah siap kupas..basuh bersih2 dan rendam dalam air bersih untuk 2/3 hari..air tu boleh ditukar2 jika suka.
Kenapa nak kena rendam bu ? Dah mmg macam tu..kalau tak rendam, x dapatlah bau 'banger'nye tu...dan x di namakan 'gaplek'...kemudian ubi rendam ditoskan dan di cuci..sagatkan dan jemurlah untuk beberapa hari sampai kering....boleh terus digunaka atau disimpan...
Nak buat tiwol pulak, kisarkan gaplek , jangan halus sangat...kang tak dapat rasa dan rupa gaplek...kemudian tepung gaplek tu di'puyoni' atau dibasahkan dengan air + garam sikittt hingga lembab2...dan kukus...kelapa parut putih pun kukus jugak..bila dah masak , gaulkan tiwol dan kelapa + gula pasir ..sedia untuk dimakannn...yummmm...
Selain tiwol , tepung gaplek juga bolek digunakan untuk campuran koci dan buat pengat 'jenang gerendthul' ..tu laaa makanan aku dulu2...mak mmg kreatiff...siap aku bawak bekal balik tiwol tu..tapi cuma aku sorang yang perabihkan...habang haku..dia x makan benda2 macam tu, katanya..uweekkk..menyampahhh....
Friday, May 9, 2008
Kek Hari Ibu
Alhamdulillahhh...syukurrr pada Allah atas limpahan rezekinya...Tempahan datang bertalu2...anak murid dan kengkawan pon sama rancak naiknya...beruntungkan ibu2 sekarang..ada anak2 yang alert tentang hari lahir..ulangtahun perkahwinan...hari ibu.hari bapa...anakku yang tua pon ada ciri2 macam tu gak...Tadi balik sekolah, tetiba dia masuk bilik dan hulurkan sekuntum mawar merah sebagai tanda ingatan hari ibu katanya...terharu juga aku...anakku pon urban juga...
Habis saha kelas tambahan kat sekolah kol 4.00 tadi aku masuk bilik guru nak siapkan kerja sikit...time nak balik..hisham panggil dan tempah kek untuk isterinya yang tersayang sempena Hari Ibu dan Hari Ulangtahun Hanizah..Happy Birthday Niza....bertuah niza, syam sayang dan ingat tarikh2 begini...
untuk niza, kek coklat lembab aku buat..dengan buttercream dan fresh cream..
kek tempahan anak muridku Aishah untuk ibunya
si kembar ina dan ira order kek lagi..kali ini untuk mama dan papanya..kembar ni tetap nak motif sama dengan semalam..order via sms shj..
Hemm..maaflah..gambar x memuaskan...amek dengan hp cap ayamku...hajat dihati mmg nak beli cybershot sony atau olympus...tapiiiii.....dilema itu belum terjawab laa...nunggu2 jugak, mana tau, dila o dilla nak bagi olym dia ....Dilaa ..akak tunggu dengan tangan terbuka...what eber, Selamat Hari Ibu untuk emakku yang tersayang...Semuga panjang umur dan dimurahkan rezeki..sihat tubuh badan...Aminnn...