Wednesday, January 28, 2009

Cerita duka ku

Semalam hari yang mendebarkan...sakit kepala pagi tu tak tau nak buat apa...
pepagi mak bgtau abang no 2 kat spg rengam sakit dah masuk seminggu..tak selera makan..badan tinggal tulang..tak leh bangun dsbg...terbaring sepanjang hari , nak gerak pun sakit...gout yang teruk...plus terperanjat dengan kematian beberapa saudara/jiran2...

mak mintak aku hantar dia untuk menjenguk..aku bagi tempoh lusa (khamis) - sebab rabu aku ada hal dengan lawyer...Pukul 11 pg - sedang aku tekun menyimin kek dan cupcakes untuk diagih2kan kepada jiran2 dan teman2 cina....tel berbunyi -
satu sms diterima -dik, aku admit ward sekejap ni..Dahlia 4 ..katil 22...

Ya Allah..aku terduduk membaca sms abang ke 3 ku...
aku balas balik...dah bgtau mak ? sakit apa ...
dia balas - tak..aku bgtau kau je...sesak nafas..
aku terdiam memikir....cemana nak bgtau mak baik2..
sedangkan bapak pun tengah terbaring sakit kat umah...

tapi kalau aku tak bgtau..aku salah kang kalau jd apa2...
last2 aku beranikan diri call mak dan cakap baik2...mak dah sedih2...
aku jd lg serba salah...apa aku nak buat ?

Aku pulak ada 2 tempahan kek yang aku terima pg tadi...
Aku call habang misai...tanya pendapat dia...setelah bincang2 dia soh
aku g saja JB bawak mak arini gak...dan sok tengahari balik ..jumpa lawyer..
aku sms adik ku..dia baru sampai shah alam dari Muar..dia kata menyesal dia balik tadi...

mak pulak call bgtau abang sulung ku pun sakit...demam tak kebah dah 2 hari
plus sakit dari bahu ke tangan....Ya Allah...apa yang terbaik untukku lakukan ...
Aku yakin dengan keputusan hatiku...aku panggil anak2 bgtau situasi
sebenar - akan tinggalkan mereka kat umah..
kang habang aku balik keja akan uruskan derang -
(tambah kronik - habang pulak stanby 24jam)
aku siapkan kek2 cepat2..call pemesan bgtau soh pickup kat umah...

aku call mak..suruh dia siap2 nak ke JB...dan pukul 3.30 aku dah berada
di atas jalan menghala ke umah mak...sampai pt jawa baru aku sedar..
aku lum makan apa2 dari pagi...patutlah aku gigil semacam je...
singgah jap beli makanan...aku sampai umah mak tengok bapak...
hidangkan makanan sikit yang aku bawak..aku makan sikit untuk alas perut...

4.20 ptg aku dah rush kat JB..sampai JB + jem aksiden + sesat cari wad..
jumpa abang aku...aku tengok dia sembab semacam..napas pendek2 je..
doc suspect dia ada prob dgn heart +kidney+lung....aku kat wad sampai kol 12..
sebab tgu adik yang dtg dari SA kol 10.30 by bus..kol 12.30 mlm aku sampai Danga Bay..
hati tingin nak makan satay celup..plus aku lom makan sejak dari umah mak...kami makan jap...kol 1.00 aku sampai tmn u...lepas solat aku tdur dengan mak dan adik...

pagi2 lepas kami bincang2 dengan kak biha.. kol 9.00 bertolak ke simpang rengam..
sampai sana kol 10++..tengok abang uji....lemah keadaannya..
mak sekali lagi sedih2..aku tak tau nak cakap apa...
sempat gak aku urut badan abangku yang dah nampak tulang tu...
dah duduk sembang, nasihat dll..aku tolak balik ke muo kol 12.00sampai umah mak
dah 1.30..masuk jap tgk bapak...dah rushh balik muo..

masuk umah 20 minit...
terus drive g bando jumpa loyar..settle seme..
aku drive g bakri jenguk abang sulung...dok bual2 2 jam...
pastu drive g bando balik...antar adik ke bustand pagoh amek bas g KL...
baru balik umah...masa aku taip kisah ni sakit dan sengal di bahu serta tanganku masih terasa....teman, doakan aku dan keluarga tabah dan sabar menghadapi semua dugaan ni..
kalau ni kifarah dari MU Ya Allah..aku redha....

Monday, January 26, 2009

Cupcakes pertunangan


cupcake tempahan Kak Rosnani Kerani SB di IPD Muar , kak nani mahukan cupcake coklat dengan hiasan fondant bertema coklat dan krim untuk majlis pertunangan anak perempuanya hari ini. Terima kasih kak atas tempahan itu..

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi Ct Bakery 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com

Cuppies Gong Xi














Cupcakes tempahan Mr Foong untuk sambutan Tahun Barunya. Mr Foong minta 100 biji cupcakes oren flavour , aku hias dengan tema ala2 perayaan Tahun Baru Cina. Memandangkan bf ni taknak warna terang2 macam merah dan sebagainya, aku gunakan warna pastel2 sahaja.. TQ Mr Foong - next time order lagi ya...

feedback yang diterima - My daughter yg pernah kerja kat Raffles Hotel Singapore kata your cakes is HOTEL standard. Tahniah Chef Ct...


Ingin cupcakes seperti di atas ? Do sms/call Ct Bakery at 013 6315909 or email at cguct1970@yahoo.com .

Baby oh baby



cuppies tempahan Cikgu Siti Zarina dari SMK Pei Hwa untuk majlis cukur jambul saudaranya yang mendapat baby boy. Seperti biasa ina mahukan cuppies coklat moist dengan tema baby..so kita buat booties saja..

kalau teringin nak tempah cuppies macam ni, boleh sms/contact ct di Ct Bakery 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com

Saturday, January 24, 2009

Untukmu Ibu


Kek tempahan Hazlina untuk meraikan maknya yang menyambut hari lahir pada Jumaat 23hb semalam. Semuga mak hazlina sehat sejahtera, panjang umur dan dimurahkan rezeki. Untuk hazlina, jaga diri baik2 ya..TQ atas tempahan ini....

Tuesday, January 20, 2009

Misai Tebal Ular Sawa




Lama sungguh tak hapdet blog ini...bz dengan pelbagai urusan sekolah..mana nak siapkan headcount, rancangan tahunan, fail persediaan dan mesyuarat yang hampir setiap hari diadakan...fuhhhh...serabut dan macam x cukup kaki tangan nak buat keja...

Malam ni, baru jap layan tenet , habang misai call kata kalau nak tgk ulo datang simpang dekat umah kitaorag..hah??!! ULOOO??? apa lagi bebudak dngan mak budak sekali bercelaborrrr lari nak nengok..waaaaa...betul2 python laaa...batik2 lagi...panjangggggggg...tengah relex kat celah2 umput...habang kata dia baru otw nak g keja..hampir terlanggar si batik ni yang tengah menjalar kat tengh simpang..habang terus jerit panggil jenjiran...

Tadi tgk derang ukur dengan btg paip kata lebih 12 kaki..walauwei...panjanggg sehh. Sib baek bebudak tu tak g ngaji malam ni...kalau lah g..tah apa nak jadik.. kendian derang ramai2 tangkap dan boh dalam plastik..tak taw nak buat hape..



si batik yang asyik 'munthel-munthel'



gulunggg..



yang pegang plastik tu gegellll....takuttt + geli


degil sungguh si batik ni..takmo masuk karung...

akhirnya....bye bye batik...hehehe


Thursday, January 8, 2009

Kek lagi

Double chocolate cake tempahan Mr. Foong untuk acara makan2 sekeluarga pada malam ni...Mr Foong mahukan kek coklat moist yang disalut dengan rich ganace coklat..TQ Mr F00ng..lain kali order lagi ya....




Birthday cake 2kg++ tempahan emak student untuk birthday bash anaknya. Anak dara ni sukakan warna pink.. Aku gunakan edible image 7 puteri disney , drop flower pink dan ku serikan lagi dengan hijau
dan namanya warna oren diperbuat dari fondant. TQ shuhadah...
semuga adik Noraini gembira menerimanya...









Nak kek macam kat atas ? Buat tempahan di Ct Bakery dengan
tel/sms 019 6315909 atau email http://pandanct1970.blogspot.com/

Tuesday, January 6, 2009

Tempahan Kek

Tempahan kek/ cupcake untuk sebarang majlis keraian untuk musim cuti Tahun Baru Cina dibuka sekarang. Tempahan atau sebarang pertanyaan berkaitan boleh dibuat melalui tel di Ct Bakery 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com . Cepat...jangan terlambat...

Monday, January 5, 2009

Mini Piza

Alhamdulillah...Ct bakery melangkah setapak lagi dengan mengeluarkan satu lagi produk untuk jualan iaitu mini piza . Dibuat untuk dipasarkan ke beberapa kantin sekolah. Harap2 sambutannya menggalakan sebagaimana pasaran cupcake coklat..Insyaallah.

sebelum......

selepas....hmmm

Saturday, January 3, 2009

Cupcakes ... cakes

Selamat Pengantin Baru untuk Cousinku...Ahmad Firdaus dengan pasangannya Jamilah, telah melangsungkan perkhawinanya pada 28 Dec (belah lelaki)..semuga bahagian dan berkekalan hingga ke akhir hayat..Amin.


Buahtangan untuk pengantin baru..semuga semanis coklat...
Yang di bawah ni, tempahan dari Cikgu Sanisah..untuk pertunangan adiknya ..
Kek Coklat moist dengan ganace dan bunga fondant...TQ nisah.











Kek Tiga tingkat ni merupakan tempahan ulangan dari Cikgu Zaidah SARSI Pagoh
untuk majlis perkhawinan anak saudaranya 28 Dec yang lalu dengan tema
peach putih sama macam kek hantarannya...
TQ kak, lain kali order lagi ya...

Tingkat atas - Kek Strawberry 1.8 kg

Tingkat 2 - kek Oren 2.5 kg


Tingkat ke 3 - Kek coklat 4 kg

bunganya ku buat rose swirl sahaja...



Thursday, January 1, 2009

Kelas Deco


Kelas basic deco cupcakes , fondant cupcakes dan fondant cakes Bulan Januari akan diadakan pada tarikh-tarikh berikut :

1. Ahad 11 Januari 2009

2. Sabtu 24 Januari 2009

3. Ahad 25 Januari 2009

Modul deco cupcakes buttercream meliputi cara

1. menyediakan bancuhan cupcakes dan buttercream
2. deco buttercream - rossette, swirl, basketweve , drop flower, line , sunflower,
badut , corneli lace .
3. deco free hand dengan piping gel


Modul deco fondant cupcakes meliputi cara

1. Menyediakan royal icing
2. deco fondant dan royal icing - baby sleeping, lili, ribbon rose, cut flower, bunga royal icing

Modul deco fondant cakes

1. Menyedia dan membancuh fondant
2. Menyedia royal icing
3. Membalut dan menghias dengan menggunakan fondant dan royal icing


Sebarang pertanyaan berkaitan sila call/sms Ct di no 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com . Terima kasih.