Thursday, February 26, 2009

Cupcake baby theme

my cute baby booties



u are my 'smiling star'






yang ni boleh ke kata baby bib ?



yang ni menambah warna warni pada kolesi yang ada
Dalam pada sebuk2 berkemas, sempat jugak Ct Bakery siapkan tempahan cupcakes coklat moist dengan topping buttercream individual packing tempahan Yuhaniz untuk majlis kesyukuran baby barunya..TQ yus...

Monday, February 23, 2009

Aduhhhh...sakit pinggangku

Hehehe...hai geng. Sebermula hari Rabu yang lalu, aku dan suami bz giler mengangkat dan membungkus barang2...Yaaaa, kami pindah rumah...tapi dalam taman yang sama..Alhamdulillah, rumah Jalan Cengal ini lebih luas sikit...double storey. Kalau sedara mara n kengkawan datang senang sikit, nak buat kelas baking pun lega...Allhamdulillah.

Pindah sikit2 ni penat juga, yalah nama pun pindah..sib baik pindah dekat je. Kalau pindah jauh2 macam yang sebelum2 ni..lggggggg haru...bayangkan seme barang satu rumah nak kena hangkot..tu pon sesetengahnya dah ditapis oleh 'Lembaga Penapisan' ..kalau tak tapis, tak de can nak beli yang baru.tak gitu ..har har har..

Masa aku bz2 pindah budak wanie dengan suparjo datang nolong..3 hari gak wanie berkampong kat umah aku. Pas tu kwn habang cik usin n cik umo, hanapi pun datang gak kejap tolong2..Alhamdulillah. Semalam tengahari aku dan habang kemas umah Jalan Merbau...buang seme sampah2 sarap kat tong swm..tu adan berkotak2 lg barang tak kemas..barang bakery berlambak2...kabinet gantung lum tanggal...brg lum siap kemas..waduhhhh..

Rasanya seminggu ni, Ct Bakery TUTUP OPERASI sementara...insyaallah, minggu depan tempahan dan offer kelas akan dibuka macam biasa. Sementara blog ini hanya akan diupdate bila ada kesempatan guna wifi pej sebab streamyx kat umah baru lom sambung..oklah, da da

Tuesday, February 17, 2009

Kek Untuk Wani











Kek pink ni ditempah oleh Atiqah untuk sahabatnya yang bernama Wani. Kek Vanilla disalut dengan buttercream dan limpahan bluberry ini adalah untuk menyambut birthday wani esok ( 18 feb). Bertuah Wani...





cup cakes ini pulak dihadiahkan kepada kak zai , schoolmate abang misaiku,
kerana skg kak zai banyak tolong aku pack2 barang dalam kotak..sebelum dihangkut ke rumah cengal, kak Zai dah pesan awal2 dia tanak terima saguhati, so aku bg kek aje la..tak sedap hati, orang dah tolong buat keja kan ?
Pada yang berminat nak tempah kek atau cupcake macam ni untuk sebarang acara, bolehlah contact Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com.

Monday, February 16, 2009

Mendung Itu Telah Berlalu

Alhamdulillah, dengan kuasa ALLAH Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..abang kesayangan kami telah pulih dan sembuh dari gangguan syaitan nir rajimm...Seribu kesyukuran ku panjatkan kepadamu Ya Allah..kerana KAU telah perkenankan doa kami semua..

Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua sahabat handai rakan dan taulan yang telah sama2 membantu secara nyata atau tidak..Petang tadi abang dah discaj dari hospital BP dan balik ke spg renggam.. Mak pun ikut sama...semuga kesihatan abang baik dan kembali normal ..aminnn..

Sunday, February 15, 2009

Catatan Duka di Hujung Minggu

ASSALAMUALAIKUM ALL....14 feb - birthday anakku yang ke 2. Ingat nak bawak bebudak tu kuar makan, tapi kita hanya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan.

Tengahari semasa di sekolah - dalam dewan - sedang dalam satu majlis anjuran sekolah - tel berbunyi kakak iparku yang 1 call - mintak aku call hp abang ke 2-
(abang uji dah 4 hari kat hospital BP... semalam ptg (jumaat) aku hantar mak ke hospital sebab mak nak menunggu abang - doc nak operate n buang ibu jari dan satu jari kaki belah kanan - tulang dah reput kerana banyak uric asid dalam badan...)

Aku call mak - aku dengar mak dah nangis2 ckp abangku diam tak berkutik dah dekat sejam.. doc2 dan nurse tengah mengerjakannya... mak mintak aku datang hosp BP secepatnya.. doc ckp abangku myb koma..Ya ALLAH!!! aku apa lagi.. capai handbag dan terus lari keluar dewan.. aku dah tak kesah dengan majlis...lantaklah....

Air mata tak usah cerita..aku call adik ipar kat KL - mintak ajer bgtau yang lelain.. sampai kat kereta, aku buntu nak buat apa..aku tersandar kat tiang kantin.. aku ketuk2 hp ke kepala yang tengah buntu - nak cari idea..
Alhamdulillah, Allah lorongkan idea..aku call abang misai..
mintak dia call FIL dan bersedia ank nak bwak g bp...aku call bapaku..
semua mintak get ready nak ke hosp bp...aku call mak balik..
mak dah tak leh cakap..cuma nangis aje..maklumlah mak sorang2,
kak idah otw dari spg renggam..

Kat kepala aku x pk lain dah...yang buruk2 aja.... dalam sekejapan hp ku sentiasa berdering.. aku drive ASAP, masuk umah bgtau anak2.. bg lauk tengahari dan aku terussss pecut ke air hitam amek fil..pas tu amek bapak dan kakakku...

Dalam pada tu aku sempat call penempah2 kek agar pikap kek kat umah aku..dan mana yang tak sempat buat aku call mohon batal..sib baik aku tak amek deposit... sampai hosp..aku tgk abangku dah sedar..tapi meracau-racau...
macam2 dia cakapkan..kebun..tanah..rumah..politik dll.. sekejap menjerit..sekejap ketawa..sekejap cakap jawa.. lepas tu nyanyi..lepas tu berfalsafah tentang hidup... dia maki hamun aku..FIL pun kena gak..tapi aku redha.. sebab aku tau bukan dia yang ckp...

Bila FIL mula baca surah2...dia bertindak lebih agresif..
semua kata2 yang keluar dari mulutnya tak pernah diucapkan selama ni...kasihan abangku... dalam kondisinya yang sangat lemah..kena oprate.. pas tu ada pulak gangguan...

FIL cuba sedaya upaya..tapi baik sekejap.. kemudian berulang lagi..dia bangun duduk dari pembaringan macam orang sihat..tenaganya kuat sekali..
tapi kami maklum itu bukan abangku...keadaannya mula begitu pagi 14feb...kemudian satu2 adik beradikku datang... semuanya sedih dengan keadaan abang uji...

Kami pakat2 usaha cari usatz dan orang pandai yang lain,
bantu FIL ku...tapi tu lah, baik sekejap dan berulang lg...
lepas maghrib, abang uji dibawa untuk buat hemodialisis...
doc ckp myb banyak toksik dalam badan dia jd camtu...aku uruskan
apa yang mampu, kesian kak idah..penat bersengkang mata...
mana nak sekolah lagi..mana nak jaga suami sakit lg...
berat sungguh ujian kak idah...

aku balik muo malam tu kol 9++ lepas antar bapak dan kakak...
nak sampai umah kat Jalan junid ni rasa
macam jauhhh sangat..yalah aku dari pagi dah buat memacam ..
lum mandi..badan letih dan perut lapar..
sambil drive sensorang , aku pujuk hati dan minda
agar cekal menghadapi situasi itu..
alhamdulillah, selamat sampai ke rumah pukul 10.45 mlm...

malam tu ajer datang balik hosp bawak orang.. kata 'dia' melawan gila2 dan jd lg agresif.. camtu gak masa bang amim (sulung) datang bawak air dari ustaz hamzah...dia maki hamun bang amim.. sepak dan sembur balik air yang bang mim bawak... ( ketika x sakit dia bukanlah orang yang macam ni!)

Mak kata tengah malam lepas dialisis, balik bilik, dia senyap sikit,
tapi dia tak tidur..matanya liar sahaja.. bila anak dan isterinya ajak baca ayat suci.. ada kala dia baca..ada kala langsung diamm sahaja... pagi , dalam kol 9.00 dia mula meracau lagi.

Petang tadi masa aku datang tengok, dia sepak aku.. marah sebab katanya asyik muka aku je yang dia tengok.. aku buat dono je..aku baca ayat2 kat dia..mata dia tgk aku tajammm sangat...marah....tak pe lah bang, aku faham....tu bukan abang... bila dia sedar, dia ingat semua..boleh membaca ayat suci dan sembahyang sampai selesai..

Petang tadi juga, masa ustaz ke4 datang..dia juga mengesahkan abangku terkena gangguan...jiwanya lemah..fikiranya tak tenang..yalah anak semua masih tengah belajar...2 di U, 1 poli , 2 sek menengah, 1 sek rendah...myb dia susah hati pk dia sakit dah lama , lum baik2...pulak tu dia rancang nak mendirikan rumah ibu 28 Feb nanti setelah sekian lama tertangguh...hai entahlah....serabut agaknya fikirannya...

aku pun susah hati skg..kami semua sedang berusaha
bertungkus lumus untuk menghilangkan gangguan padanya...
sabarlah bang..kami semua takan biarkan abang dan kak idah macam tu..alhamdulillah seluruh keluarga ku dan keluarga kak idah bersatu dalam membantu pasangan ini...

Kepada sahabat pembaca sekelian, pohonku hanya satu..
secebis doa kesembuhan ku pohon dari kalian untuk abangku...amin.
Budi dan jasa kalian hanya Allah sahaja yang membalasnya..

Saturday, February 14, 2009

versi 1 - buttercream

Versi 2 - Buttercream + chocolate ganace



Hasilnya setelah di'kawin'kan..
Kek tempahan Wan Nur Amalina untuk makan2 bersama sepupunya . Amalina mahukan coklat moist cup cakes dan digandingkan dengan buttercream dan coklat ganace. Tema warna merah, pink putih..TQ Amalina
Teringgin nak tempah ? Call/sms Ct Bakery 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com kehendak anda realisasi kami....

Friday, February 13, 2009

Birtday girl

Happy birthday to my girl - Nur Nabila Nisha - she turn 11 tomorrow.
ibu harap nabila rajin2 belajar dan capai kejayaan yang cemerlang tahun depan. Tahun ni ibu dah siapkan 35 biji cup cakes untuk nabila makan dengan kawan2 dan guru2 esok. Hope u enjoy , girls...
Apa azam nabila ? Cik tahi lalat bawah bibir ni boleh tak kurangkan bercakap dan banyakkan kerja ? Kerja dengan rajin dan cekap ? Tak selalu cari pasal dengan ibu ? Ibu harap nabila bertambah matang dan memahami hidup ini. Jadilah seorang insan yang berguna, bertakwa dan solehah..aminnn.

Kek Untuk Kekasih



kek tempahan Adila dari Terengganu untuk bfnya yang berada di Muar. Adila mengirimkan contoh melalui mms dan meminta Ct Bakery menyediakan cuppies seperti itu. Tema warna untuk cuppies coklat moist pilihan Adila adalah pink, merah dan putih. TQ Adila, kerana memberi kepercayaan kepada Ct Bakery.

Anda juga berminat dengan kek seperti diatas ? Senang saja, order dengan Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com


Happy Family


Kek tempahan ulangan dari Esa untuk hari lahir emak dan anak2nya, sebab tu dia suruh tulis 'Happy Family'. Isinya kek coklat moist dengan buttercream yang esa pilih sendiri kombinasi warnanya. TQ Esa...

Monday, February 9, 2009

Baking Class

Kelas2 masakan yang lain juga boleh diadakan jika ada permintaan..Antaranya :


1. Puding Triffle dan homemade ice cream
2. Apple pie , Chicken pie, Fruit tartlet
3. Roti - mini pizza , Red Bin Stolen , garlic butter , cinamon roll , french bread..
4. Aneka Muffin dan kek besar - oren, strawberry, pandan, coklat, marble


Sebarang pertanyaan berkaitan sila call/sms Ct di no 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com . Terima kasih.

Sunday, February 8, 2009

Kelas Deco Febuary

Kelas basic deco cupcakes , fondant cupcakes dan fondant cakes Bulan Febuary boleh diadakan pada tarikh-tarikh berikut :

1. Ahad 15 Feb 2009
2. Sabtu 21 Febuary 2009
3. dan Ahad 22 Febuari 2009.



Modul deco cupcakes buttercream meliputi cara
1. menyediakan bancuhan cupcakes dan buttercream
2. deco buttercream - rossette, swirl, basketweve , drop flower, line , sunflower, badut , corneli lace .
3. deco free hand dengan piping gel

Modul deco fondant cupcakes meliputi cara
1. Menyediakan royal icing2. deco fondant dan royal icing
- baby sleeping, lili, ribbon rose, cut flower, bunga royal icing

Modul deco fondant cakes :

1. Menyedia dan membancuh fondant
2. Menyedia royal icing
3. Membalut dan menghias dengan menggunakan fondant dan royal icing


Sebarang pertanyaan berkaitan sila call/sms Ct di no 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com . Terima kasih.

Tuesday, February 3, 2009

Kek Ulangtahun



Kek hari lahir tempahan Esa untuk isteri tersayang yang menyambut ulangtahun ke 26pada Khamis 29/1 yang lalu. Seperti biasa, Esa pilih kek coklat dengan salutan buttercream dan ku serikan dengan bebunga fondant kuning dan merah serta cetakkan lekuk untuk menulis umurya. Selamat Hari Lahir..semuga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, sihar dan selamat dunia dan akhirat..aminn..

Ingin tempah kek/cupcakes/muffin untuk sebarang majlis ? Sila hubungi /sms Ct Bakery 013 6315909 atau email ke cguct1970@yahoo.com . Tema warna dan harga boleh dibincangkan mengikut peruntukan budget anda.

Sunday, February 1, 2009

Jahat..Barua..Penghasut

Itulah gelaran yang aku dapat dari salah seorang anak buahku yang tengah mabuk bercinta..katanya semua itu adalah sifatku..hemmmm...aku jahat eaaaa?

JAHATKAH aku jika memberi nasihat berterusan supaya anak sedaraku yang kesat hingus pun belum pandai tapi dah pandai mengusung anak dara orang ke hulu ke hilir tu kembali ke pangkal jalan?

JAHATKAH aku jika bersetuju untuk membantu kedua-dua pihak ibubapa memisahkan mereka supaya per'cintaan monyet' mereka tidak terlanjur terlalu jauh ?

JAHATKAH aku memisahkan bujang kecik berlagak bagus yang belum tentu pass SPM dari berterus-terusan menghampiri ke arah perbuatan zina laknatullah dengan anak dara orang berumur 22 tahun yang memang dah tau mak bapak semua tak suka?

JAHATKAH AKU??

Aku BARUA ? DALANG ? PENGHASUT ? kalau ngkau kata semua tu sifat aku..dalam kes engkao...Tak apa..aku terima...TAPI aku cuma nak kau tahu..
semua itu aku lakukan demi untuk masa depan kau....

SIAPA LEBIH JAHAT ? Aku yang melaksanakan tanggunjawabku kah atau kau yang tega dan MENTOLO serta KEBANGATEN sanggup mengugut untuk MEMUKUL dan MEMBUNUH seluruh ahli keluargamu hanya keraha hajat mu itu dihalang...Nekat sangat nampaknya engkau ya..Kalau kau ingat kau kuat?? kau hebat ??..kau salah..kalau nak merasa duduk 'dalam' teruskanlah..
ingatlah..negara ni ada undang2...silap langkah buruk padahnya...

Seburuk2 mereka...itulah ibu bapak mu..yang bela kau..bagi makan dan pakaimu sejak dari bayi smpai usia kao 17th ni....Merekalah yang sepatutnya kau hormati lebih dari seorang KEKASIH...Ingat apa aku cakap malam tu..WHAT U DID , U GET BACKKKK!!!!! Watchout !!! (eh..ko pahamke bahasa inggeris ni ?) Jangan nanti menyesal kemudian hari...belum terlambat untuk ngkau mempoerbaiki diri.....