Friday, May 29, 2009

Hantaran orange

Kek comel dengan frosting fondant ini adalah tempahan dari Nita. Nita nak hadiahkan kepada sepupunya yang akan berkahwin Ahad ini di Melaka. Berurusan dengan nita mudah, dia hanya kata "nak kek coklat comel untuk hantaran , guna fondant , warna putih oren, 2 set (32 biji).." . Yang lain2 dia serah pada Ct sahaja. So kita buat 2 versi lah..






oleh kerana nampak 'kosong' maka kita pun tambah...









set 1 - simple








set 2 - sakura



sib baik ada cup warna senada..bolehlah gunakan...









Ct tengok dalam flickr ada orang buat cupcakes macam ni , so kredit lah untuk tuan punya design ni ya..(kena sebut , kang kalo tak, ada orang kata kita curik design dia pulak..) Ct amek idea dia sahaja..yang lelain kita tokok tambah sendirik. So, kat Jepun sakura warna putih dan pink je kan? Sakura oren ada kat Muo ni ha..wakakakaka..haku ni kalau bab2 berangan, okeh je..

Untuk Fazlin dan Ita, selamat pengantin baru ya..kepada nita, terima kasih daun keladi..next time jangan lupa tempah lagi...

Happy Birthday Dina

bunga sandy , patrik dan obor2..



si sepan kuning..

Kek comel saiz s tempahan Cikgu Latipah untuk anaknya , Dina yang menyambut hari lahir hari ini 29 Mei . Dina nak bawak kek2 comel ini untuk dibahagi2 dengan kawan2nya di tadika. Latipah pesan 60 biji kek coklat dengan butercream dan dilukis kartun diatasnya..

Latipah kata Dina sukakan kartun Spongebob , Patric starfish, sandy dan kengkawanya, tapi acik ni tak pandai lukis kartun tu..maka ni la hasilnya..Malam tadi masa tipah amek kek ni, dina seronok sungguh..Tq pah atas ordernya..lepas ni jagan lupa order untuk birthday Diah dan Ammar pulak yaa...hehehe

Manisan untuk guru



kek untuk majlis Hari Guru SK Dumpar , kek coklat dengan lapisan ganace dan strawberry serta frosting ganace dan hiasan bunga fondant daffodil . Harap cikgu2 suka, dan TQ cikgu2 sebab dah bantu anak2 ku belajar..

Bingkisan Kasih untuk Arzami



Kek comel bertema merah putih ni ditempah oleh cik Mona dari Alor Star untuk dihantar kepada si dia yang istimewa di Sg Terap Muar. Mona minta buatkan 25 biji kek comel saiz s dengan lakaran bola, love dan nama si buah hati. Maaflah mona kalau gambar petak bola tu tak berapa menjadik, maklmlah akak ni tak main bola...hehehehe..

Alhamdulillah, kek telah selamat dihantar semalam w/pun birthday Arzami sang jejaka tampan tu hanya menjelma pada Ahad ni , tapi mona minta hantar awal kerana sesuatu hal. TQ mona kerana percaya dengan khidmat Ct Bakery.

Bulk Order



Sebahagian dari order yang dibuat oleh beberapa buah sekolah untuk sambutan hari guru minggu ini. Tq cikgu2..




yang ni satu dari 5 kotak repeat order dari E. Hadi (Takaful Ikhlas) untuk diberikan kepada beberapa pelanggannya yang menyambut hari lahir mereka. TQ En Hadi. so sorrylah, kalau lukisan lambang takaful tu tak memenuhi kriteria en, mklumlah..keras tangan ni..hehehehe...

Tuesday, May 26, 2009

Siaran Tertunda Sepanjang 2 Minggu



Bukan tak sudi..atau ingin menyendiri..
tapi sibuk sampai lupa diri..
sib baik tak lupa mandi...
kalau tak cik abang misai pun cabut lari....har har har uuu...



Kek yang dibuat khas untuk majlis gathering HG Forum Cari kat Putrajaya..
gambar2 lain, nanti senang2 baru upload...




cuppies coconut pandan sebagai dayang2 pengiring..




Yang ni aku saja2 nak bg cikgu2 sekolah Nabila taik lalat makan2 sempena sambutan hari guru 2009




Yang ni pulak sebahagian tempahan Cikgu Nabiha pada 22/5 yang lalu..nak bagi anak2 murid pendidikan Khasnya...dan harap mereka semua sudah bersedia untuk menghadapi exam..




yang ni pulak kek tempahan kawan Najwa, nak yang kecik tapi bergaya..ecehhh..CMC dan buttercream, ada lebih bunga fondann, aku tepek je..




Kek ni ada cerita, masa aku dok bilik guru pada hari guru..masuk 2 rg lelaki dai Takaful ikhlas ..bawak kek hari guru, jumpa sorang guru kat situ..dalam pada derang sapa senyum bertukar, aku hulur je kad Ct Bakery..saje je.

Tup2 ptg tu En. Hadi Call nak datang..tempah kek untuk isteri sambut birthday esoknya - 19 mei . Sib baik aku simpan 3 biji kek (buat semalam) CMC dan red Velvet..so En, Hadi pilih Red Velvet + ganace + bluberry + cerry untuk isteri tersayang..alhamdulillah dan terima kasih...


Nak order atau nak belajar deco/baking ? Call Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com . TQ..

Friday, May 22, 2009

Cerita 3 Sekawan Menambah llmu

Kehadiran 3 sekawan ini bermula dengan pertemuan dengan pengusaha Ct Bakery di Jessery baking supplies pada satu petang yang indah dengan Pn. Aminah. Kak Aminah merupakan seorang ibu yang selalu berminat memperdalami ilmu pengetahuan dalam bidang masakan. Selang beberapa hari kak Aminah telefon minta aku mengadakan kelas roti , so aku kata ok. Dan dia akan bawa kawan katanya.


Tapi kerana terdapat masalah yang tak dapat dielakkan, maka kelas roti telah diganti dengan kelas cupcake pada hari Ahad 17 Mei dan akan bawa seorang saudaranya dari segamat. Tiba harinya, suami Kak Umi yang nak belajar (dari Segamat) call sesat nak cari umah aku, dan mereka selamat sampai setelah aku menjemput. Tak lama, kak Aminah dan kak Asiah tiba dihantar oleh anaknya. Sedang aku buat sesi teory ringkas..tiba2 ..pluppp!!! dan anak2 aku menjerit.."Ibu, karan tak deee"...arghhhhhh...sudahhhhh...cemana ni...


Aku call kak ani tanya, then call servis center TNB..derang kata 1 jam dari skg baru ada karan..ALEMAKKKK...abislah kelas aku. ok..tenang...fuhhhh, aku tarik hembus napas..timbul idea..smalam aku ada bake cuppies n buat cream..so aku amek replace dulu..kira2 cukup pulak untuk 3 orang. Pas tu kakak2 yang gigih tu mula lah beajar melukis atas bod..

Kak aminah..serius tu...

Kak Umi Segamat tekun mencuba..(opss - nampak tangan je)




cupcake penyelamat - red velved dan chocolate moist


sesi menyemen - kecoh ooo, kejap2 derang ckp ,
"kenapa semen saya tak rata cikgu? " hahaha...tak pe kak, belajar lagi....insyaallah boleh...

Alhamdulillah, sejam lepas tu TNB benar2 mengotakan janji..karan ada balik, terus kami bancuh adunan kek comel Kelapa pandan dan buat ising. Tapi sedih sikit, isingnya agak cair kerana cuaca yang panas...tapi masih boleh digunakan..



sesi menyemen dan menghias kek comel yang dah siap bakar


Kak Umi Segamat

Kak Aminah Spg Jeram


Usawanita Spg Jeram - Kak Asiah


Terima kasih kakak2 semua sebab sudi datang belajar dengan Ct Bakery.
Untuk yang diluar sana, jika berminat untuk menghadiri kelas deco sepanjang cuti sekolah ini..peluang masih terbuka..so, call 013 6315909 atau email Ct bakery di cguct1970@yahoo.com . Terima kasih.

Thursday, May 21, 2009

Kek Hari Guru 2009


Selamat Hari Guru - "Guru Pembina Negara Bangsa"










Kek yang ditempah sempena sambutan hari guru 2009 SMK Dato Sri Amar DiRaja , Muar. Pengerusi Bilik Guru, Cikgu Mohd. Hisham tidak meletakkan sebarang syarat sebaliknya hanya cakap, nak yang terbaik dan berbaloi dengan rm 50 x 2 biji kek marble trio yang dipinta..Terima Kasih daun keladi kepada barisan ajk kelab staff sebab percaya kpd Ct Bakery 2 tahun berturut2.

yang ni hadiah Ct Bakery pd sekolah SEDAR - Red Velvet + ganace + fondant flower

Monday, May 18, 2009

Dari Azim Untuk Aida




Kek pertunangan Azim dan Aida (17 Mei 2009)

Tempahan : Pn. Hjh. Norzan, SMK Convent Muar , untuk anak lelaki kawan baiknya, Cgu Suriati...TQ Kak Hjh Norzan..

Kek coklat moist + ganace coklat + wording dan hiasan bunga fondant

berat : 1.8 kg++

Guru Pembina Negara Bangsa



masih fail nak buat rose yang cantik..more pektis aaa pas ni...










Ini sebahagian dari tempahan kelas jwa untuk sambutan hari gurunya semalam..katanya nak bg2 gcu yang ajar kelas derang..TQ gurl..sebab repeat order dengan Ct Bakery...


Ada orang cakap kat Malaysia ni banyak sangat sambutan perayaan..ada Hari Guru, Hari Jururawat, Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Bapak,Hari Bumi , Hari Belia dan banyakkkkkk lagi...Tapi secara peribadi, aku suka..Itulah indahnya Malaysia...dengan adanya hari2 macam ni..orang akan lebih ingat...



Ramai orang kata, tak yah lah sambut hari ibu tu..hari2pun boleh dianggap hari ibu..pada aku hari apa pun yang ada, selagi dia tidak bertentangan dengan akidah dan syarak, aku turut merayakannya walaupun tak beriya-iya. Valentine day pun aku terpaksa rayakan.oppppssssss...bukannn sambut valentine tu..tapi birthday anakku..Nabila aka budak taiklalat jatuh betul2 pada hari tu...abih , nak buat camno...cuma satu je, setiap kali sambut hari lahir anak2, aku mmg tak delah buat kek berlilin2 tu..n blow the candle ke hapa...aku juz bg kek soh cgu bagi2 kat kawan2 jek...dengan niat sedekah je...(tapi aku tgk aka orang ckp bab agama berdegar2..anak2 dia sambut besday siap blow candle n wish lagik..abih camno tu ? Cakap tak serupa bikin ke..?)


Tapi itulah manusia..ada orang cakap - "I tak makan kek melayu, kek melayu ni tak up to the standard ..keras , tak sedap...bla bla" ..kekonon nak tunjuk la dia makan kek SR atau kedai2 kek beso Cha je..Kelas konon...tapi bila jamuan, ada kek. ehh..makan gak..sepinggan penuh lg..yang sedap siap keruk dari board masuk pinggan..Wakakakaka... ni benar2 kejadian di depan mata..haaa, sapa nak jawab tu...?

Wednesday, May 13, 2009

Kek hari lahir dan Hari ibu


Kek Chocolate Moist 9" dengan salutan ganace ini tempahan En. Suhaimi , Kontraktor TNB untuk anaknya, Mohd. Firdaus , test deco dengan cutter aeroplane yang baru dibeli kemarin masa jalan2 cari pasal. Deco untuk budak lelaki ni payah sikit, takan nak boh bunga dll ? pk punya pk..maka terhasillah deco ini. Nak deco hebat2 depa dah pesan , budget berhemah...TQ En Suhaimi..


Yang ni pulak, tempahan dari Shahira, untuk suprise ibu tersayang esok. Shahira nak kek Chocolate dengan ganace juga sebagai pemanis mulut ibu tercinta dan akan dikongsi dengan adik beradik yang lain. 'We love u forever' kata keramat untuk ibu...Beruntung Pn Rohaya..TQ shahira..





Ni pulak kawan najwa tempah lagi..untuk sambut hari ibunya esok..kek coklat juga , tapi nak deco simple je dengan buttercream...



Pada pelanggan yang budiman, Ct Bakery mengucapkan ribuan terima kasih..kalau sedap beritahu kawan2 , kalau tak sedap beritahu kami..TQ

Its Casa'oma deco day


Casa'oma - nama unik, seorang wanita beranak dua..gigih untuk mencubi nasib dalam dunia bakery. Casa'oma atau anna (berapa ramai ana dalam lingkungan aku daaa) mula2 bertelefon , kemudian datang sendiri dengan dua orang putri comelnya ke rumah, menempah kelas dan memilih modul.

Anna pilih 2 modul kek comel dengan siapan buttercream dan fondant. Katanya dia mahu menghias keknya cantik2 untuk dihadiahkan kepada ibunya dan puteri2nya yang tak sabar menunggu dia balik...syabas anna.




Anna tekun membancuh adunan


taraaaa..hasil dah siap bakar , Miss Marble trio

( strawberry + vanilla + coconut pandan) ready to touch up



hak ni tengah berpoluhhh menguli fondant...


Antara hasil deco Anna dengan fondant


topi


ribbon



sorry, beg tangan ni tak de jenama..cap ayam agaknya..





pirate muka garang..hehehe...

dan...

keseluruhannya..



yang ni hasil deco dengan buttercream pulak...



Anna bangga kerana berjaya merealisasikan satu lagi keinginannya..

So, anna..apalagi , enjin dah start, mulalah bergerak ya..chaiyok2x..



Pada sesiapa yang berminat nak belajar deco macam anna ni, jangan sangsi, contact saja Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com. Ct Bakery menawarkan kelas deco sepanjang cuti persekolahan ini...jangan lepaskan peluang...