Monday, August 31, 2009

Selingan : Bukan N3 Kek

Salam Ramadan Saudaraku sekelian...Alhamdulillah, Diam2 dah 10 Ramadan ya kita lalui..kejap je rasanyakan...heheheh...Mata pun dah baik, tapi kekadang rasa kabur dan berpasir tu ada gak...tak pe lah pelan2 nak baik....


Pertama2 - Ampun dan maaf kepada semua pembaca jika saya ada melakukan kesalahan dan kesilapan secara disedari atau tidak sepanjang berblog ni..yalah, manusia tu kan tak sunyi dari sebarang kesilapan...di bulan yang penuh keberkatan ini apa salahnya kita bermaaf-maafan kan?


Salam Kemerdekaan juga untuk semua, sedar tak sedar dah 52 tahun kita mengecapi rahmat kemerdekaan, jangan ada antara kita yang berniat untuk menganggugugat kenikmatan sebuah negara yang merdeka ini dengan menyokong dan melibatkan diri dengan aktiviti menjual kedaulatan negara...bila tengok kekacauan dan peperangan di tempat orang , barulah kita sedar betapa nikmatnya hidup di Malaysia...Macam tu pun masih ada yang tak sedar lagi!!


Cuti sekolah dah habis, esok kita akan mula bersekolah...Anak2 pun dah cakap, mereka akan bertambah penat...sabarlah anak2ku..itulah namanya cabaran orang berpuasa...Allah nak uji adakah kita tabah dan sabar dalam melaksanakan ibadah ini..seorang rakan berbangsa cina berkata padaku semalam, dia tabik dengan orang islam esp kanak2 yang berjaya menunaikan ibadah puasa dengan jayanya..kalau dia, dah mati agaknya...Kata2nya aku sambut dengan senyuman dan aku terangkan sedikit sebanyak tujuan berpuasa bagi orang islam..Terangguk2 dia.faham agaknya....baguslah...



adik khusuk tengok shinchan kat youtube

Berpuasa semasa cuti sekolah ni diambil kesempatan sepenuhnya oleh anak2 untuk relex, tengok tv, main game , baca buku cerita disamping buat homework yang cikgu derang bagi..jugak untuk buat2 aktiviti kesukaan nabil macam ni..berangan jadi kura2 - masa ni dia tolong kakak angkat kain..



kura2 yang malas dan arlegik makan sayur....



Dan yang paling penting - untuk buli ibu dia ni utk masakkan atau carikan makanan kegemaran mereka..yalah tu, mana yang larat, ibu buatlah..kalau tidak ibu beli saja..Mana taknya, si Najwa pajak tetiap ari nak laksa penang , adik nak soto nasik , abang suka makan nasik ambeng, nabil nak nasik lemak dan nabila pulak suka roti john..


Kekadang aku buat 1 jenis juadah dan belikan setengah dari hidangan yang dimintak , cthnya masak yong tau foo/mee bandung/spaghetti carbonara/ maggi goreng , pas tu beli je 2 - 3 jenis dari menu wajib derang...settle...Aku pulak suka makan bubur lambuk..kekadang beli je semangkuk dua...malam untuk sahur, aku biasanya masak lauk ringkas2 je...tak yah beriya2 masak kicap/asam pedas bagai...tak de maknanya derang nak makan.lauk telur mata kerbau atau telur ceplok dah cukup..dengan ikan bilis goreng dengan bawang dan cili...haa, yang ni lakulah...alamak, tak kesempatan pulak nak shoot gambo muka poyo derang makan sahur...


Lepas sahur budak2 ni biasanya tak tidur, tengok tv, kartun , pas tu solat subuh dan tengok lagi tv sampai siang...pas tu break jap.mandi2 buat aktiviti lelain..gitulah setiap hari....tapi esok rutin sudah mula berubah...

Tuesday, August 25, 2009

Miniature In D' Making







Miniature cake ni sebagai menjawab pertanyaan dari beberapa orang pelangganku. Mereka inginkan miniature kek ini untuk dijadikan hantaran perkahwinan atau pertunangan pada masa akan datang. Tapi haku lum beri keputusan sama ada sanggup nak buat atau tidak..

Ini adalah kerana proses pembuatannya yang agak cerewet dan memakan masa..yalah benda kecik..hiasan pun nak kecik2 kan? kalau beso gabak tak sesuailah..pas tu benda kalau kecik, sudah tentu susah sikit nak mengerjakannya...tumpuan masa sepenuhnya hanya padanya.sedangkan persediaan bahan dan alatan sama aja macam kek fondant beso...tak tahu nak buat keputusan nih....AKU DALAM DILEMA....Wakakaka.....



Pas tu, HARGA pulak..pun membuatkan aku penin..Letak murah tak balik modal dan upah, letak mahal kan orang KOMPLENNN....Aku dapat tahu seorang baker terkenal di KL meletakkan harga sebiji miniature cakes ini rm 30.00..tapi dia orang tak kesah nak bayar , ada gak yang muncul dengan kata2 " ala..dia dah famous..rega kek dia mestilah mahal sikit.." Abis tu? Kami baker2 yang baru nak maju setapak ni kenalah jual murah2 gitu ke ? Kita pun kena guna bahan yang sama...kos pengeluaran pun hampir sama je..




Untung je tak sama..kalau kat Bandar Pencen ni , tak de maknanya nak dapat kaut untung...dah kalau bahan mentah dan bahan2 macam solo cup pun mahal (kena beli kat KL/Bangi je - tambang dan minyak keta nak kena kira gak kan?) ...pelanggan asyik nak murahhhh je..boleh untung banyak ke? Sib baiklah cinta hatiku di bidang ni...tu yang terus bertahan tu....




HANGIN? Tak de la hangin.saja je nak bagi orang celik...dah selalu sangat benda orang cakapkan.... sebenarnya yang anda bayar untuk sesuatu kek tu adala skill/ kemahiran berdasarkan hasil karya seni kan..pas tu ada pelanggan suka sgt banding2kan hasil keja seseorang..atau mintak kita buat kek serupa dengan baker pilihannya..mana boleh dikk...kan tangan orang lain2..myb Si A master dalam fondant...Si B master dalam buttercream...halus mulus je hasilnya....takan serupa kalau kita nak si A buat macam Si B...setiap individu tu unik..ingat itu....




Pada aku, kita ni kenalah fleksible dan saling perlu bertolak ansur..kalau mmg btl2 nak hasil yang perfect, order aja dengan si perfect itu..tak kiralah hargany
mahal ke apa...tapi kalau budget kecik...lagak dan kemahuan je beso..tak de makna nyer.....Jangan meminta keterlaluan...sesuaikan dengan yang ada...




Kalau hakulah, (baker lain pun serupa rasanya) bila sanggup terima sesuatu tempahan , bermakna aku akan berusaha bersungguh2 untuk memastikan ianya terhasil sebagaimana yang dikehendaki...cacat sikit2 tu adatlah...So pada pembaca budiman yang bijaksana dan bijaksini...pkkanlah apa yang aku luahkan ni...janganlah memandang baker melayu macam kami ni terlalu rendah...nak banding2kan dengan baker cina...kek melayu tak sedaplah! yalah mmg kek derang tu lebih sedap sebab dalam tu ada kahlua/cerry brandi/sherry/rum...HALAL KER?? Hua hua hua.....

Sepatutnya orang melayu teguh menyokong produk halal yang dihasilkan oleh melayu juga....barulah ekonomi melayu dapat dijana dengan baik...ni tak bayar dengan baker melayu berkira, kedekut..tapi kalau kat kedai cina tu tak berkira..berapa sebut terus bayarrr...adoyaiiii....

Monday, August 24, 2009

N3 Tertunda : Cheezee Cake Crazeee




2 cuppies bunga - peach merah


3 cuppies ganace - pesen sanggol mak datin





gambo ciskek sebelum solek...



selepas disolek - dah meleleh coklatnyer seyyy....


Ni sebahagian dari tempahan Cik Mala dari UTHM..sanggup woo datang amek kek jauh2 tu..hehehe..Mala ni ciskek dan chocolate crazyy katanya , nak ciskek pun atas bawah luo dalam buh cekelat....suka cekelat cair meleleh2 atas ciskeknyer... So ct buatkan black bottom ciskek + cekelat + ganace cekelat cairr meleleh...hehehe...

Mala juga tempah 5 biji kek comel untuk *tut** ahaks...romantik gitu...pas tu kita pun belanjalah anak2 makan ciskek gak...derang tanak base...ciskek aje..siram pulak dengan bluberry..hemph..tak sanggup tunggu sejuk dah settle kena serang....






Kek Sarang semut ni pulak tempahan Kak Rosnani , kerani PDRM Muar . Hehe..kek ni mmg tak laku kat umah haku...bebudak tak hengen..tak tau ngapenyer..


Pada hari yang sama, aku juga menyediakan sebiji lagi black bottom ciskek untuk Yati dari Bukit Pasir. Yati tempahkan untuk sambutan hari lahir maknya yang jatuh ada 1 ramadhan..tapi tak sempat nak amek gambar, kek dah deliver..TQ yati..lain kali tempah je terus dari akak....

N3 Tertunda : Akikah cuppies

butterfly - ready to explore



U are my shining star..

baby booties
Kek comel ini adalah tempahan Cikgu Asfahani untuk majlis akikah anakandanya, Muhd Adam (kalau x silap la..) yang berlangsung pada Sabtu 15 Ogos yang lalu. Asfahani mahukan tema biru putih dengan deco buttercream bertema baby untuk topping kek coklat lembab ini. Thanks As.....

N3 Tertunda - Che Azimar Birthday

kek pertama - pink and yellow swirl roses


kek ke 2 - peach and red flowers
2 biji kek coklat moist ini ditempah oleh Amira untuk meraikan hari lahir ibu tersayang . Tempahan ni jugak dibuat pada masa aku sakit mata. Alhamdulillah, kek yang disediakan dapat memenuhi kehendak pelanggan..Terima kasih daun keladi Amira...



N3 tertunda - Amirul Farhan Birthday






Haku terima tempahan kek comel ini disaat aku mulai sakit mata 10 Ogos yang lalu. Kak Noraida Abu call aku mintak tlg buatkan kek comel untuk anak bujangnya, Amirul Farhan yang menjangkau usia 11 tahun pada 11 ogos yang lalu (hehehe...sama date dengan birthday aku le ).

Kak ida kata buatlah apa2 deco...asalkan sesuai untuk budak lelaki...n 3 biji kek comel tu nak bagi kat cikgu amirul..so aku deco dengan bola dan rumput, butterfly, buku dan pensil...

Wednesday, August 19, 2009

N3 Tertunda : 3 Tier Wedding Cakes 4 Double Brides


topper...1 kg




hadoiii..teleng kepala nak buat seme ni...



2nd tier

3 tier - dengan nama 2 pasang pengantin

3 tier wedding cakes set ni ditempah oleh jiran setaman, Pn. Anne untuk majlis perkahwinan 2 orang anaknya yang dibuat serentak. Pada mulanya, aku nak batalkan sahaja tempahan ini memandangkan mataku yang tenah teruk sekarang, tapi dia minta sangat2 jangan batalkan tempahan itu.

Maka, dengan mata yang ceme aku gagahkanlah jugak membakar dan menyemen kek tu dengan bantuan mata anak2ku dan habang misai...selalunya kalau 3 tingkat macam ni aku boleh siapkan menghias dalam masa 3-4 jam..tapi la ni aku buat pelahan2, aku mula kol 3 siap pukul 9.00 mlm...

Kek ni berukuran 12" , 10" dan 8" dengan berat lebih dari 5 kg. Isinya topper kek pandanbutter, 2nd - vanilla lemon buttercake dan yang bawah sekali - paling berat - Chocolate moist cakes. semuanya dengan frosting buttercream icing yang ku godek sebanyak 1.8kg

p/s - Ada beberapa perkara yang membuatkan aku sedih dan terkilan kerana kek ini..tapi biarlah aku simpan sendiri, asam garam hidup seorang peniaga kecik2 macam aku ni..apatahlagi baker melayu...paham ajalah mentaliti orang kita! tak apa..aku jadikan sebagai pengajaran..next time aku kena bertegas!Sedihlah bila bayaran yang aku terima tak setimpal dengan hasil kerja ku..balik modal sahaja..

Monday, August 17, 2009

Mataku Masih SEPET

Assalamualaikumm...apa khabar kengkawan dan pengunjung blog semua..Alhamdulillah , kita ni sihta badanya, cuma mate je..semalam pagi, lepas bangun tidu, mataku menjadi semangkin bengkak..ni dah hari ke 7..patutnya sore eyes tu makin baik,,tapi la ni makin teruk

bengkak macam orang menangis sepanjang malam...perit dan pedih...lepas tu pada tisu yang di lapkan, terdapat kesn ala2 darah..ahhh sudah! hati tak sedappp je...apa kena mata aku ni...alhamdulillah cuma sekali tu je kesan ala2 darah tu ada...pas tu aku bubuh ubat mata yang aku dapat dari klinik....

Pagi tadi dengan mata bengkak dan sepet, aku g Klinik kesihatan Pt. Bakar..Aku sampai kol 9.20 , orang punyalah ramaiiii...dapat no 78..kesian pada baby2 dan orang2 tua yang terpaksa menunggu...aku ni kira oklah lagi
Habang aku ? hemm.dia melilau tak kemana...tapi aku hargailah kesangupannya mengorbankan masa kerja antar aku...last setelah aku naik pitam ( bukanlah pitam betul2) menunggu, dapat jumpa MA kol 12.40 tengahari...sabarrrrlah hati ya..

MA kata kena refer kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah , kat klinik mata..dia kata aku kena jumpa pakar, since mata aku dah jadik gitu..dia bagi surat iringan, habang aku pun zappp..sampai kat emergency..derang kata klinik bukak kol 2.00 ptg, so aku pun g makan dulu kat gerai bawah pokok...

Kol 2 lebih dah terpacak kat Klinik mata..Ya Rabbiiii..service slowwwww giler....masa tu la baru nak carik kad kosong..masa tu la jugak cleaner nak sapu sanpah..pas tu belum bab derang bual2 lagi...sib baik le penting..kalau tak..bye2 la jawabnya...tapi aku sabarrrrr....gitu gini kol 2.45 baru aku dapat no giliran..ada lagi 4 orang patient dari wad..

Kendian masuk bilik rawatan..buat ujian pengelihatan...pulak tu trainee yang handle..dah gitu siap pulak..dah dia tanya aku nampak tak, aku jawab le tak.sebab mata kiri mmg separuh tutup...dah kena uji lagi sekali...pas tu kuar balik...pas tu kol 3 baru jumpa doc pakar..alhamdulillah...baik docnye...sedia menjawab segala pertanyaan ku tanpa marah2...dia kata mataku kena infection virus yang agak serius,tapi masih peringkat awal lg...Alhamdulillah, legaaa dengar..dapat MC lagi seminggu..alamak...sian anak2 didiku...sementelah aku tak pernah amek mc camtu punya panjangg....

sebetulnya aku lebih suka berada di sekolah, biarpun penat melayan kerenah anak2 didik, tapi aku puas..la ni tersadai kat umah..nak buat apa pun susah..maklumlah daya pengelihatan terbatas....masak pun ku main tarammm je....balik spital, singgah kedai spek..beli reyban lain yang gelapp lagi..doc cakap yang aku pakai tu tak cukup gelap...tak leh tengok cahaya terang2 dan tak leh buat keja2 yang mendongak untuk sementara waktu....

korang, doakan saya cepat sembuh ya...saya dah rindu nak datang sekolah..nak mengajar, cakap, usik2 dan borak2 dengan korang semua...tungguuuuuu....


Update : feedback studentku di cbox :

Fatin : salam ckg..x sht lg kw??ktrg dh rndu la ngn ckg..dh 2 mnggu 2 x dtg sklh..hem..cdhnyr ckg x d mse ktrg trial..klau x msti ckg dh bg smgt kt ktrg..huhu..

Fatin : ktrg slalu d0akn ckg cpt smbh..sln kh ri2 ssh la ckg..x tau la lh dpt a k x..

Wednesday, August 12, 2009

Triplet Birthday





Hehehe...dengar macam anak kembar tiga kan ? tak le.sebenarnya 3 orang pelajar ni bergabung buat sambutan birthday kat sekolah selepas sesi kelas tambahan...iaitu Ain, Sham dan Husna.

Derang ni order 2 biji kek coklat moist dengan ganace , untuk mudahkan lagi, aku hanya gunakan fondant terap huruf nama mereka berwarna putih..dah seme coklat, dan sedikit bunga fondant putih untuk menambahkan seri. TQ ya korang..sebab tak jemu2 order kek dengan saya...and Happy 15 Belated Birthday gurls n guys....

Sorry... Sorry


sorry .... sorry




2 sad faces




love theme

Sad..but still in love






This set of 16 pcs chocolate moist cuppies request by Jessica Koay from penang . Jess ym and asking me to del the cuppies to Mr. Lim in Sg. Abong
Jess ask me to pass some message to Lim, to say "sorry" n she "still love lim" Alamak...is there any problems between them...opsss...i don't know then, sorry. As a baker, I feel happy when making this cuppies , rolling the fondant and piping the cream , I hope Mr Lim Gin Leng also happy and enjoy the cuppies...its great if u can forgive her n be together again..

Bak kata pepatah " Buang yang keruh..ambil yang jernih

Tuesday, August 11, 2009

Si Mata Ceme

Hari ni BIRTHDAYKU yang ke 39..Alhamdulillah, syukur atas rahmat ALLAH selama ni...Dari semalam aku MC.mengapa ?? Mata sudah ceme daaa..kena sakit mata.dah le tak berapa nampak ni...menaip pun teraba2....wakakakaka...




alamak!! tak nampaklah...bersambungggg.....




Hari ini , Rabu 12 Ogos , keadaan mata kiri aku masih teruk..rasa macam ada anak gajah sembunyi dalam pelupok mata...air mata mengalir juga sesekali. Bila kena je cahaya.adusssss!!! sakitt dan peritt...MC pun dapat sampai jumaat ni...kesian budak2 kat skola...dah le esok derang mula trial PMR...adehhh...


Tentang birthday semalam..hem, x le sambut bebeno..pepagi kol 9.00 habang misai ajak g bando sarap..ecehh, dia siap belikan bunga lagik...5 kuntum mawar merah, katanya mewakili 5 ahli kelurga dalam umah kami...terharu seyy..yalah ni second time aku dapat bunga dari dia...kali pertama masa Konvo kat UTM tahun 2007...TQ bang..Petang tu kami minum petang sama balik dari klinik...adakah patut Pembantu perubatan tu cakap aku sakit mata sebab kuat main mata dan ngurat..hua hua hua...






selain itu, dapat jugak sehelai blaus , habang belikan , 2 keping buku nota dari jiha dan billa , kertas ucapan dari jiha...pandai juga dia amek ati aku. Kakak wish aja, and katanya , anak2 angkut aku, Shahana dengan Banupriya (geng baik dia) kem salam n wish kat aku..hape2 ajelah gurl.TQ....



ada ka upin dan ipin bg kat ibu ....








kad ucapan dari jiha....gigih dia menulis ni...

Friday, August 7, 2009

HITAM Tekadku Untuk Miliki PUTIH Cintamu



set 1

set 2

Nama pengantin - Hakim dan Akma


keseluruhan set




Set Kek coklat lembab comel fondant bertema hitam dan putih ni adalah tempahan dari Halimah ( studentku bulan lalu) untuk adik iparnya ayang melangsungkan pernikahan dengan gadis idamannya, pada 8.8.09 yang lalu. Dengar khabar umah pengantin lelaki akan dilangsungkan pada hari raya ke 3, insyaallah.
Bunga pada kek ni lah yang mengundang tension pada ku..alhamdulillah, segalanya selesai tanpa mengundang banyak masalah akhirnya
Sms dari Halimah : Salam cgu, kek fondant hitam putih tu pengantin suka sangat2 dan ok sangat2...cuma saya buat sedikit ubahsuai pada bahagian luar kotaknya .." Alhamdulillah....


Thursday, August 6, 2009

Hari Penuh Tension

Adoyaiiii...merana seh...apa sebab?? hem..lu pklah, wa aa sudah penat2 dan senang ati lo sebab sudah bikin munger fondant untuk kek comel orang tempah, manyak ley...3 tray..sudah kering..tapi belum sangat kering laa...
tiba2 aa..hali ini, satu hali aaa.hujaaannnnn saja...ayoooo....

Dekat luo sana, cuaca aa.mendunggg saja..campur itu jelebu ooo..tekak pun ada sakit, kena minum manyak air .. balik lumah, wa tengok..semua munga wa sudah lepek ooo...aiyaaaaa..gua galu2 kepala wa , bukan ada kutu maa.tapi wa pk mau buat apa maciam oo...wa manyakkkk tension ooo..

Malam ini , wa terpaksa buat itu munger semula ley..haiyaa...lagi mau buat kek 5 biji..cupcake 2 set.. caomingggggaaaaa....wa punya laukong aa manyak sebok oo...lagi wa kena lali2 antar anak wa pegi sempayang hajat nisfu syakban...pegi tusen lagi...balik cepat2 mau masak..aiyaaaaaa....caominggaaaa laukonggg....

(eh ape pasal pulak lidah aku tergeliat cakap stail cina pulak ni...hah.lantaklah, janji lepas tensennn ... sipott , buaya, nasik ambeng...korang baca ke tak ni ? Jumpa lg esok.babai..)

Wednesday, August 5, 2009

NOTIS

Dear my valueble customer n friends,

sebarang tempahan cupcakes yang mengunakan Paperliner untuk sebarang saiz terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan . Cupcakes paperliner hanya dibuat untuk goodies majlis2 perkhawinan dan kenduri sahaja..TQ

Sunday, August 2, 2009

Coklat Pengubat Resah

Tempahan coklat ni dibuat oleh budak2 kelas 3B dengan 3E..katanya nak relese tension, maklumlah trial exam PMR dah dekat , 2 minggu je lagi..haku pun dag dig dug jugak..yalah, si najwa pon sama...

saat haku berkreasi ..ewahhh

chocolate dengan bluberry filling


Chocolate dengan roast almond nips



Chocolate dengan peanut butter flavour

ni budak nabilla tengah packing ikut bilangan pemesan

yang ni spesel request..beso sikit...



Nak rasa Ct Homemade Chocolate ? Apa di tunggu , contact sahaja Ct Bakery di 013 6316909 atau email cguct1970@yahoo.com