Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri

Aidilfitri sudah menjelma dan telah pun diraikan dengan riang gembira..Tua dan muda saling bermaaf2an...begitulah juga dengan ct, alhamdulillah, tahun ini aidilfitri disambut dengan penuh sederhana...Blog ini telah di'anaktirikan' selama 2 minggu...bukan tak ada gambar2 yang nak ditepek..tapi kesempatan dan keupayaan terbatas..tetamu datang dan pergi perlu dirai...

Raya tahun ini aku macam biasa sahaja, sederhana , seadanya dan ikut kemampuan poketku (yang ternyata tidak setebal orang lain)..ku cucuk kepingan plastik ke dinding, jumlahnya sama sahaja..tidak bertambah atau berganda...kwang3x...tidak mengapalah.aku bukan jenis orang yang 'biar pape ase bergaye..'

Kat umahku pun tidak ada perabot yang ditukar, sofa lama tu antar reper mana2 yang patut, tapi langsir aku buat yang baru la, bukan apa, langsir umah lama tu 2 tingkap je, tapi umah sekarang ada 13 tingkap...ala, aku beli kain jersey yang murah2 je..konsep warna - biru turqoise...dinding dan langsir, semua usaha sendiri dan habang misaiku...semua yang dilakukan atas dasar keperluan sahaja...

Hah? kuih muih? Ada gak..aku buat 3 jenis biskut je - cornflakes madu, green lace , biskut badam , tart pie (beli) , kacang salut, dan aku sediakan 4 jenis kek - lapis masam manis, lapis coklat horlick, kek cekelat dan kek buah...tu je...aku buat sekali untuk bg pada mak dan mertua ku saja...

Yang datang umah ? forumer Cari - Cikgu Hani dari penang, Cikna dan Civicsi dari Sg Merab...sedara mara, sepupu sepapat jauh dan dekat pun ramai yang singgah, alhamdulillah...meriah umah, adik beradik abang dan adik beradik aku datang pada raya ke 3..alhamdulillah, umah baru ni beri kelebihan pada semua yang hadir , sebab lebih selesa dan lega...hem itulah serba sedikit sambutan hari rayaku....

Thursday, September 10, 2009

N3 tertunda : Nurin Naziha



sebelum..

okey, dah siap...


bahagian tepi kek...



kek comel - set 1



kek comel - set 2
Set kek birthday di atas adalah tempahan Cikgu Rahmah dari SMK SAB untuk menyambut hari lahir anaknya, Nurin Naziha yang ke 6. Cikgu Rahmah minta kek coklat untuk kek dan cupcakes, juga tempah sedikit homemade coklat dengan 4 jenis filing berbeza. Cikgu Rahmah request warna2 lembut terutama pink, so aku gabungkan dengan beberapa warna lain yang harmoni...TQ cikgu..

Tuesday, September 8, 2009

Ragam Manusia...

Assalamualaikumm..N3 baru ? Ada, tapi tenet ni lembab giler babas, tahap moyang sipot geraknyer...tu yang asyik nak naikkan gambar berkali2 tak leh, tu yang perap tu, tah bila nak naikkan..

Sebetulnya aku agak kecewa dengan sesetengah orang...sanggup menipu orang lain dengan menggunakan nama aku demi nak dapatkan sedikit habuan..Malas nak cerita panjang2 la...Senang kata camni, untuk pengetahuan semua, Ct Bakery tak pernah melantik mana2 individu sebagai proksi atau wakil Ct Bakery, sebab Ct Bakery ditubuhkan bukan hanya tujuan untuk berniaga semata2, tetapi lebih kepada kepuasan diri dan mengisi masa terluang disamping mengembangkan minat dan bakat yang tak seberapa ni...

Sebarang urusan berkaitan Ct Bakery adalah lebih baik ditanyakan terus kepada Cikgu Ct...jika ada pihak lain mengaku sebagai wakil Ct Bakery, maaf itu sama sekali tidak benar..Dalam dunia hari ini, ramai orang yang pandai bermuka2 dan mengambil kesempatan...jadi lebih baik berwaspada.

Kepada hamba Allah tersebut , janganlah mempergunakan nama Ct Bakery untuk kepentingan anda, kita hidup ni tak lama, jangankah diisi dengan perkara2 yang merugikan..ruang masa terbuka, berhentilah dari perbuatan anda yang jelas2 menginayai orang lain...

Saturday, September 5, 2009

N3 Tertunda : Untuk Yang Tersayang









Kek tempahan Norhana dari Jasin untuk tunangan tersayang, Jasmin (Sg . Rambai) yang menyambut hari lahir 30 Ogos yang lalu. Nana tempah kek coklat dengan hiasan bertema putih merah dan topping ganace. Masa menghantar kek ni kat Pt. Sidang Seman, syok gak tengok En. Jasmin tu terkejut , yalah baru bangkit tidoq, ujan2 pulak tu, tak kenal pulak dengan ct , tetiba dapat kek, tapi senyummmm sampai tinger bila tau sapa yang hantar kek ni...hehehe...

N3 Tertunda : Muaz Batboy


Muaz is one...



batman 4 batboy.. choc moist + ganace + chocolate..


besday boy demam la pulak..terkujut la gamaknya...


eceh...gigih juga berposing walaupun tengah demam dan selalu cenger2 aja....

N3 Tertunda : Hanya Untuk Fatin

putih orange - lambang semangat yang sentiasa membara...



Kek Chocolate Moist dengan frosting cream ini adalah tempahan Hjh. Rela dari TNB Muar untuk suprise bierthady anak saudaranya , Fatin Dayana pada 28 Ogos yang lalu. Ini juga boleh dianggap sebagai membalas suprise yang telah dilakukan fatin pada Hjh. Rela bulan lepas. Balas membalas le ya...Hjh. Rela juga minta haku hantar sekali dengan teddy bear sebagai hadiah...
Kelakar tengok muka fatin, terjerit dia..terkejut sebab tak sangka ada orang ingat besday dia...beruntung fatin. Pada sesiapa yang nak hadiahkan kek untuk suprise, boleh call Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com