Wednesday, October 28, 2009

Bila Biru dan Kuning Bertemu...

Awal bismillah pembuka kata
untuk semua pembaca setia
idea dijana sesuai cerita
agar kenangan indah sentiasa...





bunga2 dalam proses pengeringan



Set 1 - Kuning - kasih yang setia seiya sekata



set 2 - Biru - cinta yang syahdu bersulam rindu







teratur bersedia dengan harapan membara...








Kek Hantaran perkhawinan kali ini ditempah oleh Cikgu Khatijah Samdon untuk hantaran perkhawinan anaknya Kpt (U) Tarmimie dengan Dr Hafizah di Pengerang Johor yang bernikah esok, Jumaat 30 Oktober 2009.
Dengan tema biru, kuning dan putih, 16 biji kek comel dengan kemasan fondant , bunga fondant dan royal icing bertatah manik emas dan perak bakal menjadi penyeri hantaran dari pihak lelaki.
Ct Bakery mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Kpt Tarmimie dan Dr Fiza, semuga kekal hingga ke akhir hayat....

Friday, October 23, 2009

Turqoise bertemu Putih

Nuansa pilihan terletak ayu...
Idaman dara dari Bakri
bila hijau biru bersatu....
putih juga penambah seri....











Set turqoise putih ni adalah untuk memenuhi permintaan dara cantik manis yang bakal menjadi milik orang pada Ahad ini.... Cikgu Shahida mahu kek coklat moist dengan kemasan fondant untuk dihadiahkan pada pihak lelaki...dan juga 1 set budget cuppies untuk makan2 sekeluarga..TQ Sha....


Hari Ahad menjelang tiba,
sebentuk cincin sudah tersedia,
tanda si dara sudah berpunya...
pada yang baru berangan,
lupakan sahaja selembar kenangan...
bunga ditaman sudah ditanda..
Si kumbang sudah siap sedia.....


Testimonial from Shahida : tq kak ct..mmg cntik sgt kek comei tu..sblah laki pun teruja sesgt tgk..tq sgt kak

Sunday, October 18, 2009

Citra Cinta Hana Dan Jasmin

Kek tempahan Raja sehari Cikgu Norhana dan Jasmin dari Bemban , Melaka. Hana nak tema warna putih dan merah..tapi ct bagi sikit sentuhan warna kuning pada tengah bunga putih tu...tak le dull sangatkan? supaya nampak lebih 'hidup' dan 'meriah' gitu...

Hana menempah 1 set kek 3 tingkat yang terdiri dari sebiji kek berbentuk pecah lapan sebagai topper dan 35 biji kek comel siap dome untuk acara memotong kek..alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan tanpa banyak masalah....



bunga handmade Ct Bakery ....tak taw bunga apa....hantam je la...
penat mengulit berhari2, hilang bila bunga menjelma sesuai imaginasiku...





set 1 - Merah, lambang keberanian Jasmin menyunting bunga di taman Pak Karim , 3 kuntum melambangkan ' I love U'












Set 2 - 2 kuntum bunga putih membawa erti kesetiaan dan kepercayaan, ku pertaruhkan pada suci cintamu....(hana)










Set 3 - Merah , sehangat sepasang hati yang telah dipanah kasih, 3 kuntum bunga mungkin menceritakan ' U're mine forever'...













Yang ni toppernya - sejambak cinta, setia dan kasih sayang dipersembahkan Hana untuk teruna pujaan...Semuga kekal abadi mewangi selamanya....











Untuk Norhana dan Jasmin, semua bahagia hingga ke akhir hayat..
Jangan blur2 eh ?
( ni la budak jasmin yang dapat seperais kek comel bulan pose aritu, yang terkujat , terkulat2 dan termanggu2 bila ku hulur sekotak kek hari lahir dari Hana...mana taknye, member tu baruuu je bangkit tido, ujan2 pulak tu...hehehehe...Jangan mare nooo...)

p/s - ada orang kata akhir2 ni ct semakin jiwang...ye ke? bukan jiwang, cuma nak luahkan katahati yang sama indah berbunga2 kerana seronok dan terhibur semasa menyiapkan sesuatu set..kita turut selami dan hayati apa yang kita buat.....

Thursday, October 8, 2009

Kuning Tanda Cinta Abadi

Merah keberanian bukan sekali,
Putih selalu melambangkan suci,
Biru setulus hati yang rindu,
Kuning tanda cinta abadi....


Sepuh keemasan dicita raja sehari,
tapi bukan senang nak direalisasi,
Kuning masih pilihan dihati,
agar tema dipilih tidak dikianati....

Dari Jln. Junid bawa ke Mersing,
kek ditempah melalui halaman jaring,
Demi kasih dan sayang yang kembang seiring,
harapan adik tercinta tidak dihampa....









set 1 - cintamu sentiasa mekar dihatiku , kembang berseri jambangan hati








set 2 - kasih ditempa emas tempawan , kilau perak memukau hati..












Set 3 - Taman astakona belahan jiwa...







p/s - entah mengapa, tatkala mengerjakan set ini, hatiku berbunga riang..indah sekali, walaupun aku perlu menyediakan semua bunga2 ni sendirian...tapi semuanya indah sahaja , halus hatiku membuatnya tanpa bantahan...bila kita suka atau cinta, semuanya indah dan mudah sahaja kan? adakah aku sedang bercinta? kwang3x....

jawapannya - tidak...tapi tak tahu kenapa, kuning permintaan Cikgu Siti Zarina dari SMK Pei Hwa untuk perkahwinan adik iparnya di Mersing pada 1 Oktober lalu bisa membuat hati dan jemariku jadi begini.... :-)

Jiha dah beso....




ok ke? boleh lah kan....


kengkonon adik posing dengan kek orang - buat2 ceria....


Dah lama tak de n3 baru kan? Sedihnya...bila memory kad lamaku dah rosak dan terkopek...abis seme gambo2 kek yang diambil semasa puasa dan raya...hem, apa nak buat, tak de rezeki....

Ni gambo Najiha sambut besday ke 7 tahun , pada 6/10/09 yang lalu...ibu buatkan kek barbie yang adik nak sangat tu...memula adik sedih je bila ibu cakap kek yang ibu buat tu untuk orang lain..adik boleh ambik gambo menyamar je - saja je ibu nak menyakat adik....thehehe....

Pas tu pagi2 6 oktober tu, ibu anto le kek barbie tu ke sekolah, adik terkejut dan tanya, ibu cakap suprise!! tu kek adik....muka adik terus malu2 meow apatahlagi kengkawan seme dah berkerumun...kek tu adik makan dengan kengkawan dan cikgu...semuga adik ceria selalu dan dapat jadi anak yang pintar dan solehah...amin....

kakak berangan macam le kek ni untuk dia....abang pulak jeles giler..wakakaka

Sunday, October 4, 2009

Bermula Minggu Yang Mendebarkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...semenjak raya menjelma, blog ni makin terabai...dengan sibuk urusan beberapa majlis walimah, pertunangan dan lain2 lagi...belum masuk urusan me'mulun' anak2 buahku serta najwa yang nak amek PMR dengan latihtubi serta gerak gempur (bunyik series macam nak g berperang) thehehe....

Minggu depan Rabu, PMR bermula.tahun lepas debaranku tak sangat terasa, tapi taun ni.... dup dap dup dap.....anak yang nak peksa, tapi mak yang kalut...
agaknya mcm nilah perasaan mak pada masa dulu aku nak amek peksa ek??
la ni giliran aku merasa lah pulak....kwang3....

Bukan tak da n3 dan gambar kek...banyak...tapi akunyer memori kad tah mana habang misai boh..yang ada dalam kamera kad lain..dia kata tak ingat ada kat mana..gambo kek banyak tu...kalau hilang frust aku taw...

oklah, malas nak membebel banyak2 pagi2 bute ni...Untuk yang amek PMR, Esp untuk NAJWA, AMAI, RAFI, SHIKIN, DAN MIMI .... BERUSAHALAH!! Usaha tanpa mengenal jemu nescaya akan membuahkan hasil...
Insyaallah...untuk pembaca, doakan kejayaan anak2 ku, sebagaimana aku juga selalu mendoakan kejayaan anak2 kalian..AMIN..