Saturday, November 28, 2009

Purple My Love










susunan bunga dari orang yg tak penah g kelas...





Kek ini adalah kek balasan hantaran pihak perempuan, Cik Sufayu kepada pihak lelaki, En Zairee yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari esok, Ahad 29 Nov 2009. Ayu tempah kek coklat dengan kemasan fondant bertema putih unggu dan dihiasi dengan bunga gumpaste handmade dari Ct Bakery. Alhamdulillah, masa ct sediakan bunga ni, cuaca dah mulai panas, jadi mudahlah ia kering serta terbentuk cantik...





Cutting cakes - Pakej 1+35









Topper - 1 kg chocolate moist with buttercream , handmade gumpaste flower and fondant name




hiasan pada keliling kek




Pandangan atas





iringan - 35 pcs cupcakes coconut pandan dengan topping buttercream juga menggunakan warna tema senada..





Ayu yang berseri2 sebagai raja sehari, sabar menunggu cik abangnya datang...


U peach Up My Life


Pasangan meniti bahagia - Sofia Hana Dan Amil



peach lawan putih



keseluruhan set hantaran


Cupcake Hantaran berperasa oren ini ditempah oleh Sofia Hana sempena majlis pertunangannya pada malam ini 28 Nov 2009. Sofia tempah 16 bj cupcake dengan topping fondant dengan tema warna peach orange dan white. Sofia juga berkenan design lama yang pernah ct post kat sini...



Testimoni : Wah,Cantiknya...saya suka....







Untuk makan2, sofia tempah sebiji kek 1.8++ kg kek Choclate Moist dengan topping Chocolate ganace with Bluberry dan gumpaste flower. Tapi masa buat kek ni ada insident la pulak, dah siap cantik2 baru ingat nak kena boh bluberry, alamak!!!   Ct terpaksa buat keputusan letak je bluberry kat bahagian atas, nanti bila potong kek, ia akan meleleh, bergaul dengan ganace...hemmm....TQ sofia.. Maaflah ya,  jangan serik order lagi ya.

Friday, November 27, 2009

Cinta Unggu Sang Puteri



Nama pasangan - F (Fadzilah)  Dan S (Sufian)




putih, unggu dan lilac







Set lengkap 16 bj


Set cupcake hantaran purple white atau unggu putih ni adalah tempahan dari Cik Fadzillah Dari Pt. Bakar. Cik Fadzillah bakal melangsungkan pertunanganya esok petang dengan jejaka pilihanya En. Sufian. Fadzillah order cupcakes Chocolate moist dengan kemasan fondant dan bunga gumpaste . TQ Fadzillah..



Wednesday, November 25, 2009

Kasih Sayang Tiada Sempadan



hijau epal berganding dengan kuning lemon







Si kuning cair berganding dengan hijau epal
3 sekawan penambah ceria...



Kepala meja...




Gandingan biru (rindu) , pink (romantik) dan putih (suci) bakal menyerikan lagi majlis yang akan diadakan





Sebiji kek bersalut fondan mengungkap kata....


Set kek ini ditempah oleh rakan guru dari Ledang, Cikgu Seri Banun untuk meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ke 11 tahun. Cikgu Banun tempah sebiji kek Coklat lembab bersalut fondant...oleh kerana mahukan kelainan, ct buatkan style salutan yang lain dari biasa...

Manakala 16 biji blackbottom cheese cupcake menjadi pilihan, tapi ada sedikit masalah yang menjadikan bbcc ku ini tidak seperti biasa walaupun rasanya sedap bila dimakan...haruuuu.....


Untuk Banun dan Man, Selamat ulang tahun semuga tabah dab sabar serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT hendaknya...amin.



Testimoni dari Cikgu Banun : "kak, Cantiknya...saya suka dan excited ni.."




p/s - dua hari aku berduka makan tak kenyang, tidur x lena, gara2 bowl Kenwood major 600 ku pecah di bahagian bawah. Aduhaiiii.... Semuanya silap sendiri, kemarin aku angkat sikit bowl tu nak bagi adunan kek di sebelah bawah rata dipukul semasa mesin masih beroperasi, tapi speed 1 je..tiba2 aku dengar bunyi 'pokk' di cari apa yang berbunyi, tiada...aku sedar bowl ku pecah bila angkat tuang adunan dalam loyang...uwaaaaaaaa...menangis tak berlagu aku....terduduk...mana taknya tempahan berderet menunggu....

hari ini, perasaan ku lega sekali, walaupun poketku rabak rm 200 hanya kerana sebiji bowl...dan rabak rm 55 untuk sebuah hand mixer...tak pe la aku pejam mata je, janji aku dapat beli yang baru..bowl KM600 tu pun dah lamaku beli  tahun 98...aku akan sabar menanti hingga akhir minggu ini untuk sebiji bowl yang akan dihantar dari KL....dan aku berazam nak cari 1 biji bowl lagi..sediakan bowl sebelum pecah...wakakaka...


So, pada sesiapa yang ada bowl KM600 yang dah tanak guna dan berada dalam keadaan baik, boleh contact ct untuk urusan jual beli...

Monday, November 23, 2009

Makan-makan





Kek tempahan Lawyer Mazlin untuk makan2 sekeluarga.
Lin nak kek Marble Trio bersalut buttercream .
TQ lyn 4 the endless support...

Sunday, November 22, 2009

When Lili Meet Bakar..








Glorius 'Morning Glory'










Whole set



Kek hantaran ini ditempah oleh Pn. Noraida, ibu kepada pengantin LILI ,
kak Ida datang sendiri dan minta Ct sediakan Cupcake fondant untuk balasan hantaran, so ct pilih buat style "Glorius Morning Glory". Kak Ida minta semua kek diberi tema "Lemon Yellow and White" . Kak Ida juga tempah sebiji kek Lapis Milo Horlick untuk iringan balasan, selain 50 biji cupcakes chocolate moist untuk buahtangan tetamu selepas upacara akad nikah. Keluarga pengantin lelaki juga menginap di homestay Ct Travel Lodge...Terima kasih kak...



Cutting Cakes - pakej 1+35




1 ( 2 kg Carot Walnut Cake ) + 35 biji cc di atas tier kek
Wilton yang baru dibeli




Tema sama - Lemon yellow + white










35 pcs multiflavor cupcakes with buttercream and white fondant flower






Hantaran pengantin lelaki ke pada pihak perempuan pun
Ct juga yang sediakan memandangkan pengantin lelaki datang dari jauh, Felda Jengka 18, Pahang..bertema 'Apple green and white' . Pihak lelaki mahu hiasan yang simple tapi menawan, so Ct buatlah macam ni...







Bakar dan Lili




keseluruhan hantaran - 16 biji Moist chocolate cake
with buttercream and fondant flower



Khusus ntuk bakal2 pengantin atau yang mahu bertunang atau anda teringgin mengembirakan seseorang, juga sebagai persediaan sesuatu majlis, Ct Bakery bersedia memenuhi permintaan anda. Feel Free to call 013 6315909 or emai me cguct1970@yahoo cguct1970@gmail.com atau ym : cguct1970..Insyaallah , impian anda akan jadi kenyataan....

Areena & Arif In Romantic Pink Wedding



Areena n Arif


set 1 - cinta suci bersulam sayang


Set 2 - Kasih abadi sepanjang zaman


keseluruhan set Hantaran 16 biji


jangan tak caya, bunga2 ni semua handmade..
hasil kerastanganku...



Topper 1 kg


Pandangan sisi




Bawah - 2 kg

Ditempah oleh Pn. Rosilah, Ibu Dr Areena . Majlis berlangsung hari ini, 22/11/09 di Sg Abong. Keknya adalah kek carot dan untuk hantarannya, Pn. Rosilah pilih kek comel coconut pandan. Selamat Berbahagia Untuk Dr. Areena dan Pasanganya, Arif.

Friday, November 20, 2009

Wajah Baru


Tier cupcake ni ku beri wajah yang baru...kerana kulit lamanya telah berubah warna..tier ni boleh disewa dengan kadar Rm 10.00 untuk sehari...Ada satu lagi tier kek wilton yang baru ct beli. Yang tu mahal sikit sewanya, Rm 30.oo sehari, selain deposit rm 80.00..kalau berlaku kerosakan pada tier, penyewa perlu membayar harga tier mengikut harga pasaran. Semua tier ni boleh diambil pada pagi hari kejadian dan dipulangkan sendiri oleh tuan rumah atau wakil pengantin kepada Ct selepas habis majlis atau selewat2nya esok pagi selepas majlis.

Monday, November 16, 2009

Fren Gathering














Cupcake tempahan Mona dari Kedah . Mona kebetulan datang ke Muar kerana urusan peribadi dan menempah kek ini untuk dimakan bersama rakan2nya. Mona mahukan kek coklat dengan buttercream dan huruf fondant nama rakan2nya : JOY, ENOL, ZAMI, CHEI, AJAR, MIRA , AYU, BEE,MON MIMI BONI DAN AIN. Tq mona, jangan serik order lagi ya...