Tuesday, March 30, 2010

Ingatan Kazumi Pada Yutaka san

Arigato gozaimasss....

Jangan heran ya, kat sekolah kita ada seorang guru 
 berbangsa Melayu yang bernama jepun..iaitu
Puan Kazumi..

hari ini merupakan hari lahir suaminya , En Yutaka..
jadi, Kazumi pun menempahlah sebijik kek chocolate moist
bersalut ganach coklat yang mewah rasa lemak manis ni untuk
hidangan Yutakanya malam ni..

Agaknya siap berparti shusi la ya malam ni...
lawan dengan apa agaknya? Sake dah sah2 tak leh minum..
kesahnya, Kazumi ni sayangggggg banget kat Yutaka tu..
dia nak Yutaka bahagia dengan kejutan yang dia buat...







Untuk Yutaka san, Selamat Ulang Tahun ..
Panjang Umur dan murah rezeki...

Haittttttttttttttttttttt.....



p/s - siapakah Kazumi iteww ? onolahhhh...

2 H : Bila Rindu Ku Sebut Namamu...

Hajar dan Helmi..
2 hati yang telah disatukan..
 janji setia kukuh dimeteri ..
ijab kabul pula bersaksi...

peterakna indah tidak sunyi..
gelak tawa kanan dan kiri..
ayah ibu tersenyum gembira.. 
Si dara berbaju merah kesumba..
bersulam manikam jauhari jemeki ..
debar dihati muka berseri..
menunggu jejaka menjejak tiba..

harum mawar menghias indah,
tanda ceria mengusir gundah,
hari tenang bersinar indah,
selesai bersanding bertepung tawar,
meja santapan makanan terhidang,
kek perkahwinan tersedia megah,
lambang setia cinta nan indah..







warna dipilih tampak senada,
pilihan ringkas tapi menawan,
ilham si dara untuk jejaka,
ibarat bunga dengan kumbangnya,
cincin cantik manis dijari,
pengantin comel raja sehari..

Tak lama lagi adalah yang rindu,
sebab 2 rumah berlainan pintu,
hujung minggu saja masa bertemu,
alamat kalau kena kerja, gigitlah jari hantu..
hajar dan helmi kenalah rancang sesuatu..


untaian kasih bunga dijambang,
gadis manis dah disunting orang,
maaf dipinta andai ada yang terkurang,
harap2 tahun depan cikgu Chamati bertambah cucu lg sorangg....



gambar dari fb Siti Hajar

p/s - seloka suka suki dari ku...jangan marah ya hajar dan helmi...

Saturday, March 27, 2010

Bila AI Sayang YU

Bila AI sayang YU..
AI akan buat apa saja untuk menyenangkan hati YU..
AI akan berusaha untuk buat YU suka..
dan yang paling penting..
AI sudi menjadi suri hati YU...

Bila YU menepati janji Yu..
AI jadi sangat terharu...
Untuk YU AI cuba dapatkan yang terbaik..
Termasuklah bingkisan ini...


AI pilih 3 yang terbaik..
pertama, Jaluran cinta merah jambu dan hitam..
menggambarkan, betapa kita menempuhi alam cinta
yang berbaur manis dan pahit...
AI sangat terharu, cinta YU iklas dan murni..
dan YU terjemahkan dengan ikatan suci...



Putih ni AI pilih untuk mengambarkan suci dan murninya
 ikatan  sutra perkhawinan..
AI sungguh terharu, Janji YU bukan janji palsu..
Janji YU akan terikat kuat dalam hati AI..




YU, apa yang AI harapkan, bahtera rumahtangga yang bakal
kita layarkan akan sentiasa tenang, gembira, bahagia,
sejahtera, romantis dan penuh kasih sayang antara AI dan YU...
Walaupun AI sedar mungkin ada sedikit sebanyak masalah
atau kepahitan hidup berumah tangga yang akan timbul,
Ai harap, YU dan AI akan dapat selesaikannya dengan cara yang terbaik...
AI sayang YU...




p/s - Lates creation Stripes Mini Cakes with Fondant
from Ct Bakery  for Siti Hajar and Dr Helmi ,
Bkt. kangkar, Sg. Mati...TQ dear hajar..I hope u like it....

Friday, March 19, 2010

Cinta Usia Emas

Kek Chocolate Moist dengan salutan ganace mewah rasa ni ditempah oleh Pesuruhjaya Pandu Puteri Cawangan Muar, Pn. Hjh. Fatimah Bt. Isnin yang bakal melangsungkan pernikahan dengan Tn. Hj. Husein di Masjid Jamek Muar esok, pukul 10.30 pagi.

Pn. Hjh. Fatimah , seorang balu difahamkan telah kematian suami lebih 5 tahun yang lalu, sementara bakal suaminya telah kematian isteri juga dalam tempoh masa yang lebih kurang sama. Kedua2 pesara guru besar ini telah bertemu dan menyulam kasih di pusat terapi Alpha One di Pesta Bakri..



sejambak bunga , setaman kasih dan selaut sayang,
bakal menemankan
keindahan hidup di usia emas..



1kg ++ dengan initial nama mempelai...jambangan bunga gaya baru kreasi Ct Bakery khas untuk majlis ini, since penempah tidak menetapkan thema, ku pilih gandingan pink dan putih agar warna nampak timbul dan segar...2nd tier, 3kg++ kek dengan hiasan bertema serupa..




semuga kehidupan akan datang semanis kek ini...
Tahniah, puan...semuga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat..



D'Cengal Deco Class 4/2010

Kelas deco basic buttercream kali ini dihadiri oleh 3 sekeluarga dari Pekan Rengit, B. Pahat. Cikgu Noraini datang bersama, ibunya tersayang, Makcik Sari dan sepupunya, Norashikin dengan dihantar suami tercinta dan anak2.

Cikgu Noraini ini baru melalui episod duka, kematian anakanda perempuan tersayang (no 2) berumur 10 tahun pada 1 Mac yang lalu akibat kanser limfa, beliau datang belajar menghias cupcake kerana mahu mengisi masa sekali gus mengubati hati yang duka, supaya tidak terlalu terkenangkan anaknya. AlFatihah untuk anaknya..sedih hati ct mendengar ceritanya..semuga cikgu Noraini tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup..

So, kita tgk aktiviti yang telah mereka jalankan semalam ya..




ayak gula tu elok2 ya aini..biar elok icing kita nanti..



Makcik Sari (56 tahun) masih gigih belajar menimba ilmu, shikin pulak baru je ambil result STPnya awal bulan ni...



Mak dan anak tengok kek dalam oven..



mak dengan anak tekun berlatih deco atas bod kek


Anak dara ni, sapa dapat dia nanti ..untunglah...rajin & kreatif





bancuh warna pada bc









Noraini bersama adlin anak sulungnya..
cantik tak hiasan mak buat ? nampaknya anak pun berminat tu..




Norashikin dengan hasil deconya..pas ni rajin2 berlatih ,
dah boleh amek tempahan kat Rengit ya..



Cikgu Noraini , jangan lupa latih selalu dan rajin2 promote kek awak kat kawan2 ya..



Makcik Sari, ct bangga dengan semangat makcik...
tak jemu bertanya..
rajin2 latih ya makcik, nanti jual cupcake kat Benut..




Modul deco dan baking Ct Bakery telah membuktikan, usia bukan penghalang untuk anda diluar sana mencapai kejayaan..dari semuda 14 tahun hingga seveteran 57 tahun..semua boleh melakukannya..

Anda bila lagi? Contact Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@gmail.com atau fb Cikgu Ct man.

D'Cengal Deco Class 3/2010

Kelas deco basic cuppies buttercream kali ini dihadiri olehj kak Noriza dari jln. Abd. Rahman. Sebelum ni, kak nor ada g belajar buat kek kat Giatmara, datang ke Ct Bakery untuk mengasah ilmu yang telah hampir dilupakan.



belajar menyediakan 2 jenis buttercream - untuk sapuan dan bunga 


proses melembutkan tangan sebelum mendeko





cool je menyimin kek






Alhamdulillah..dah selesai, kak Noriza bangga dengan hasil tangannya.




hasil deco kak norizah , perlu banyak latihan lagi untuk mendapatkan skill yang baik.

Monday, March 15, 2010

Putih Pink Unggu Sisi Suhaiza

Pengantin yang tak pernah ditemui ini menempah kek lewat email sahaja kemudian diteruskan berkomunikasi dengan telefon.Masa ct deliver kek pun tak dapat jumpa, pengantin tengah sibuk...

 Ya..saya tahu, design ni design ulangan (dah 4 x).....tapi, nak buat macamana. ramai yang suka dan hati suhaiza sudah berkenan...so Ct buat lah juga...cuma ubah sikit pada gandingan hati dan simpulan kasih tu...

Suhaiza dari Kg Bt.18 , Sengkang , Bkt. Gambir menempah 1 set  cuppies hantaran dengan rona pilihan putih, pink dan purple.
semua kek yang dipilih adalah kek coklat lembab..



taman mawar yang romantis...




disulami hati yang telah terikat kuat perasaan sayang dan cinta







Cutting Cakes

pakej 1 +35




1 kg++ choc moist cake dengan topping buttercream dan hiasan bunga gumpaste Calla lily...dan pemanisnya filler berwarna purple..semuanya handmade dan homemade by Ct bakery...






cuppiesnya - manis manja dengan rona serupa...






semuga kasih Suhaiza dan Azam berkekalan hingga ke akhir hayat..


Cinta Sekeping Wafel - Nina N Fariq

Kerana sekeping wafel dan secawan jagung kukus,
mereka bertemu dan bersatu ..unik kan? Nina jadi pekerja, Fariq pulak manager...bila selalu berjumpa, kasih pun berbunga...

kek ni ditempah oleh Nina yang datang dengan abang sulungnya, Shafiq yang solo molo lg tu , kecik dunia ni ya..Shafiq x studentku di SDJ , pas tu aku ajar pulak adik2 shafiq di 2 sekolah berlainan di Muo skg...hehehe..macam reunion la pulak kan?

Nina tempah Chocolate Moist cupcakes dengan kemasan fondant bertema kuning dan hitam..nasib baik dalam almari ajaibku ada cup yang sesuai untuk disuai padan...









permukaan fondant ni gunakan mat yang baru beli kat KL bulan 2 aritu...





kotak hantaran ni shafiq yang sediakan untuk nina..
untung nina kan?



Cutting cakes

2 tier Chocolate moist dengan topping ganace
dan bunga gumpaste. majlis potong kek diadakan pada sebelah malam , sekaligus meraikan hari lahir ayah n mama pengantin yang disambut selang sehari sebelum majlis...







1 kg++  +  2kg++ kek  sedia untuk dimakan..
mewah dengan rasa ganace coklat yang enak..


pada bakal2 pengantin atau bakal2 gadis/jejaka yang nak bertunang , bolehlah buat tempahan dari sekarang..
Anda nyatakan , Ct bakery akan realisasikan...contact ct di 013 6315909 atau email cguct1970@gmail.com atau
fb Cikgu Ct Man..TQ...