Friday, April 23, 2010

Hatiku Telah Kau Curi

Cuppies bertema maroon dan putih ni adalah tempahan Nur Hasneyza yang bakal melangsungkan pernikahan pada esok hari. Neyza ni rakan yang dikenali lewat ym dan fb.

Untuk balasan hantaran ni, neyza order vanilla choc chips cuppies
dgn hiasan fondant dan bunga gumpaste berkonsepkan kasih sayang dalam taman.


Selamat pengantin baru buat
Neyza dan Redza..






Cuppies 4 Princess Tiha

100 biji cupcakes tempahan Hetti Jakan , Air hitam Bt 15 Muar,
untuk meraikan hari lahir anak perempuannya yang ke 2, Tiha
di tadikanya. Hari ni umur Tiha genap 3 tahun..
TQ Hetti..jangan serik order lg ya..







testimoni : Kak, sangat2 cantik cuppies ni semua..TQ kak...

Alhamdulillah, Tq sebab Hetti gembira dan suka dengan cuppies ni semua...

Huda's Potluck

Assalamualaikum..
lama betul tak update..kerja yang banyak membataskan aktiviti
mengupdate blog ni...

Tempahan kek ni datangnya dari Nurul Huda, kaunselor pelatih
di sekolah kami..nak belanja rakan2 guru katanya..
alhamdulillah...

Isi nya vanilla sponge cake layer with bluberry filling n fresh cream n topps with peach, kiwi n maraschino cherry...
TQ Huda....




Monday, April 19, 2010

Baking Class@ Ct Bakery - Aneka Pie

Kelas Aneka pie yang julung2 kali diadakan di Ct Bakery ni dihadiri
oleh Pn Nor'aishah dari Batu Pahat. Nak belajar buat pie
sebab anak kecilnya peminat pie no 1..

Pie yang disediakan dalam kelas ini ialah
Chicken pie
Sherperd pie
sardin roll
Apple pie
peach custard pie



inti2 pie yang telah siap disediakan.

Chicken Pie



Siap dah..


Sherperd pie in d making..


fresh from oven


Apple pie..bau harum kayu manis memikat jiwa



Ready to serve hot or cold...




meleleh inti dia..wa cakap luu....


Sardin roll




siap untuk di korbankan..


yang ni Peach Custard Pie





Tgklah model tu bergaya sakan...


Alhamduliillah...selesai sudah kelas, balik bawak aneka pie sekotak..


teringin nak belajar buat macam modul baking?
hah, mudah je..Contact Ct Bakery 013 6315909 atau email cguct1970@gmail.com atau fb cikgu ct man ..Insyaallah, impian anda termakbul..

Tuesday, April 13, 2010

D Cengal Muffin Class

Ahad yang cerah..
Ct bakery menerima kunjungan 5 wanita
yang sangat mencintai dunia 'baking'
misi mereka - belajar membuat pelbagai jenis Muffin

Setelah berkenal-kenalan, maka kakak2 ni pun mula lah
membuat aktiviti secara hands-on..
kecohlah juga bila 5 kepala bertemu..
belum tambah lagi dengan mulut cikgu dia..
tapi aritu cikgu dia kurang sket cakap
sebab suara rock tu sampai skg lum baik lg..



sebok tu memasing...


yang sorang tu tukang baca resepi...
cikgu bagi panduan macamana nak buat..




kak zah dan kak Ni peserta yang paling aktif...

Hah..ni hasilnya..tapi kita lupalah pulak nak snap
gambo 2 muffin lagi . Antara muffin yang dipelajari ialah:

Muffin coklat
Muffin pandan kismis
 Muffin pisang chocolat chip
Muffin buah naga
Muffin sardin cheese




sesi bergambar la pulak..


Pn Janiah - taukey kuih muih basah



Pn. Azizah - tauke biskut2 raya



Pn. Noraini - tauke kuih juga (ibu tunggal)


Pn. Ni - Tauke kueh basah/kuih raya (ibu tunggal)


Pn. Mastura - taukey Cybercafe Pt Tiram

Alhamdulillah, nampaknya semua berpuas hati
dengan hasil kelas ni. Muffin pun seme naik pecah tak hengat..
gebu2 gitu..

Minat nak masuk kelas d Ct Bakery? Jangan susah, contact je Ct di
013 6315909 atau email cguct1970@gmail.com atau fb Cikgu Ct Man...percayalah, anda takan menyesal...




Monday, April 12, 2010

Demam Bola

Cupcake tempahan Aimi marlisa teman Fb yang jauhhhhh di kelantan tu
(tengah pantang lagik) untuk adik2 iparnya
acik sambut birthday 14 th dan adik sambut birthday 12 tahun
di Lrg Hj Jaafar, Jeram Bukit Batu, Bakri.

Aimi pilih cuppies chocolate moist dengan bc dan tema bola sepak..

 


TQ aimi dan..mintak maaf sangat lambat upload..
jangan serik menempah ya..

Thursday, April 8, 2010

Ulangtahun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
skg ni cuaca panass betul,
sekali sekala hujan lebat waktu petang..
bila macam ni, tekak pun sakit..
hidung sumbat dan selsema..
sabar aja la..suara rock akak dah
berkumandang seminggu lamanya..
beluum lagi acara lawan batuk siapa paling
panjang dan paling kuat
antara ai dengan habang misai..
sabarrrr aja lah...

minggu ni ramai yang meraikan hari ulang tahun
insan tersayang

1) tempahan Ruhaila dari Tg. Agas


25 pcs M size vanilla Choc chips
untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinan
ibu bapanya yang ke 44 tahun...
wahh..lama tu kan?
apa2 pun tahniahlah pakcik dan makcik..
semuga jodoh kekal hingga akhir hayat..





2) tempahan dari Cikgu Kazumi untuk ayahanda tercinta
yang mencapai usia 59 tahun semalam.
Kazumi tempah 2 set cupcake , satu untuk makan2 dan satu lg
nak bagi bagi pada nurse2 unit dylisis dimana abahnya
selalu dirawat..



16 pcs cuppies mocha saiz M , dengan bc dan tema bola..



16 pcs cuppies oren dengan bc tema bunga dan taman

Sunday, April 4, 2010

Pulut Kuning Menyambut Menantu

Assalamualaikum...
Ni bukan pertandingan tangan gebu,
jauh sekali nak tayang barang kemas
(sebab aku mmg takdek..hahah)

Ni cuma nak tunjuk hasil percubaan mautku,
buat roses dari kentang rebus lecek untuk menghiasi
pulut kuning 2 tingkat yang ditempah oleh
Pn Khatijah Ibrahim untuk majlis menyambut menantunya
hari ni.

 
Roses kentang ni ai guna wafer cone,
mula2 pakai ketulan timun, tapi licin sgt..
asyik melurut je, so ai tukar la..

 
 
Masa kak Khatijah cakap nak pulut kuning sebagai ganti kek, aku dah terbayang dah apa dan macamana nak hias , pergh..
macam2 yang timbul..sampai semak samun dalam kepala..
tapi pk2 kalau semak sangat tak cun la..so hasilnya
setelah ditimbang kilo cam ni la...

1st tier pulut kuning yang dilapisi dengan serunding ayam,
pas tu tambah semak samun dengan bunga lada merah, dan daun kulit timun..sedikit anise star menambah seri...





Yang ni 2nd tier..



suka tgk bunga lada ai tu kembar mekar gitu ,
 tapi bab daun dari kulit timun tu,
mintak mahap la yaa..akak ni kerass tangan...




bila dah naikkan jadi kondo 2 tingkat..hemm..boleh tahan juga..
kalau teringin, tempah le dengan Ct Bakery..sesuai utk semua acara..