Sunday, August 15, 2010

Tempahan kek untuk Raya 2010


Hai all. Tempahan kek untuk tahun 2010 telah dibuka. Boleh pilih mana suka ya...


Kek dan Kek lapis

- Kek lapis Masam Manis    8x8      50.00
- kek lapis horlic milo          8x8      60.00
- kek lapis Strawberry coklat           65.00
- kek lapis coklat cadbury                 65.00
- Marble choc cheese cake                50.00
- kek kukus buah                                40.00
- kek coklat                                        35.00


Homemade Coklat

Gunakan coklat compound (minima 50 pcs)
- perasa peanut butter/badam nips/asli - sebiji rm 0.50
- filling bluberry/strawberry/kiwi/lemon - sebiji rm 0.60
- double layer - sebiji 0.60


Cupcake
saiz s - kecil , sesuai dihidang kepada tetamu, x perlu potong2
(min 50 pcs)

perasa choc moist , mocha dan vanilla choc chips.


Tempahan - email saya  cguct1970@gmail.com

atau fb : Cikgu Ct Man

atau call saya - 013 6315909.

Tempahan akan ditutup pada 20 ramadan. TQ..


Last N3 tertunda..

kek Puteri tempahan Mazlina Abdullah (kalau tak silap) dari KL. Untuk bday
anaknda tersayang..Jiha , juga dikongsi dengan 2 sepupunya. kek telah diambil oleh kakaknya yang tinggal di Pt. Jawa. Tq Maz.


tugas kakak pakaikan doll ni baju...



ok dah siap , rambut doll kena ikat sementara, sebab cecah kat skirt..




dibungkus rapi...


Nak tempah? mudah aja..call Cguct 0136315909


fb : Cikgu Ct Man

N3 Tertunda part 2


Ni Order dari Cik Dee Naz @ Shah alam - untuk Irzad @ Pagoh..thanks dee naz




Pesanan Cik Nadia (KL) untuk ibunda tercinta - Cikgu Sabariah di Tangkak..Thanks Nadia..
gembira tgk wajah terharu ibumu...



Yang ni pon seperais cuppie gak - dari Zairiena untuk ayahnya En Zul Chandra..Thanks rina...




Tempahan Ustazah Syarifah SABM untuk bday suami tersayang..tq ustazah..



Tempahan Cik Airina , Pt Raja BP. Berurusan lewat fb je..TQ riena...




kek dan Cuppie kat bawah ni tempahan kawan Awi..tak ingat nama cikgu HSM yang kecik molek tu..
thanks ya....


yang ni..tempahan kak Noraida..untuk bday anak bungsunyer..
yang berkongsi tarikh lahir denganku...Thanks akak..

Salam Ramadan 1431H

Arini dah masuk 5 Ramadan..cepat betul masa berlalu..
kang sedar2 dah 20 ramadan..
seriusly..apa2 pon tak siapkan lg..
baju2 anak ke..langsir ke..
tah le..taun ni rasa surammm je...
tak feel aa...tak tau napa...

myb budget lum nampak kot....
wakakaka....(cakap je la duit tak dew..)
apa2lah ct oi...sabar2lah...
ada rejeki nanti..adalah tu...
selalu pon kita raya sederhana je kan...

ok, layan le gambar2 ni..dah lama terperap ni....



kek tempahan Ustzh. Haslinda untuk hari lahir suaminya ,Ustz. Zul..



Set 1 @ Tempahan Norlida aka Gadis Jingga , B Pahat. Thaks lida...





Set ke 2 norlida..



Tempahan Johana dari KL untuk seseorang tersayang..Thanks...



Tempahan gadis2 nakal - Wawa zamri n atilia utk cikgu tusyen derang...thanks girl


Thursday, August 5, 2010

Sesi Menyapu Sampah...

Bulan Sa'aban hampir tiba ke penghujungnya..
tak lama lagi muncullah Ramadhan Al Mubaraq..
Syawal yang dinanti akan menjelang tiba..
tak sedar begitu pantas masa berlalu...

blog ni pon dah banyak sampah dan sawang..
maklumlah dah hampir 2 bulan tak diisi n3 baru..
kenapa?? MERAJUK ke??

merajuk?? tak de la...
kecik ati sikit je...
dengan sapa ??
adalah sorang hamba allah tu...
tak pe, kita pon dah maafkan dia..
malas nak pk2...

kerja yang bertimbun pun salah satu puncanya..
skg dah mula lapang sikit..
budak2 pon dah mula trial PMR..
pas ni buat latih tubi topikal je la..
harap2 seme boleh mencapai tahap yang dimahukan..
siapa yang mahu melihat anak2 didiknya gagal..

lately ni banyak kejadian2 yang melibatkan guru murid berlaku..
macam2 hal..cthnya baru2 ni kes pelajar pukul guru..
sesetengah perbincangan yang dilakukan di forum internet seakan2
menyokong perilaku pelajar yang biadap dan kurang ajar..
siap ada yang kata "padan muka cikgu.."
"sedap x cikgu?.."

apatahlagi ada sesetengah pihak yang terus saja berkata "guru yang bersalah"
tanpa tanya apa sebenarnya yang berlaku....

yang bijak pandai memberi komen pulak berkata..
"cikgu skg mendidik mesti berhemah dan berdplomasi..kena gunakan psikologi"

ada pulak yang memberi contoh,
guru kena duduk bersimpuh dengan nada yang lemah lembut,
tangan digenggam sopan seraya berkata..

"wahai anak2 didiku sayang...ketahuilah olehmu..
bahawa perbuatanmu iteww adalah berdosa..
tidak sopan sayangggg...Astagfirullahhhhh, nanti anak2 ku sayang
tidak mendapat kaf ba ra kaf alif ta nunnnnn...."



Cikgu tak boleh cakap macam ni..

" eh..awak ni, apasal nak melawan cakap cikgu?
saya tegur awak sebab awak langgar peraturan sekolah..."


atau macam ni..


"wei..ko ni ngape degil sangat aa..mak bapak ko tak ajo ko budi bahasa
adap sopan ke cemana nak cakap dengan cikgu?? setan punya budak.."


KALAU yang ni lagi jadi kes beso...


"WOII...GUA DAH MUAK TAU TGK MUKA LU..BALIK2 MUKA LU YANG
BUAT PANGAI...WEI, BLAHH LA WEIII, G CARIK SEKOLAH LAIN..BERAMBUS!!"


menuding jari pada guru memang mudah kan?


"alaaa..kan cikgu dibayar gaji untuk ngajo anak saya...
saya ni sebok cikgu..keja carik duit untuk derang..."

satu jari tunjuk kepada guru, 4 jari lagi tunjuk kearah siapa?

err, lupa pulak..peranan ibu bapa kat mana?
cukupkah masa yang diluangkan untuk anak2?
perhatian dan kasih sayang setakat mana?
berapa kali tanya hal sekolah anak seminggu?
ambil tahukah kita apa anak2 kita buat didalam dan diluar rumah?
dengan siapa dia berkawan?
apa isi hpnyer? bagaimana bahasa smsnya?
apa yang ada dalam folder imej hpnya?
penah tgk? check?

kau ada??


cukupkah dikatakan beri perhatian
hanya dengan menghulur wang belanja berpuluh ringgit seminggu?
betul sayangkah kita pada anak jika
hanya mengunjuk kunci motorsikal bertangki penuh tanpa ambil tahu
kemana hala tujuan anak kita?
siapa yang dibonceng ? pakai helmet kah dia?

hemmm...seribu satu macam persoalan tak terungkai kan?
bila bercakap tentang remaja dan anak didik..
kita tak pernah putus berita dan cerita...


dan perlu di ketahui...

GURU JUGA TAK PERNAH PUTUS USAHA...


(emo kerrr? tak de la..saja gatal tangan nak menaip...)