Showing posts with label orkid. Show all posts
Showing posts with label orkid. Show all posts

Wednesday, August 27, 2008

Demam Cupcake

Keh keh keh..tengok tajukkkk memang mautttt...tapi tak de la demam. Saje je buat gempak, maklumlah kat muo skg tengah ramai yang kena demam Chikugunya...sian cikgu2 sekolah aku..ramai yang menderita bila virus tumeyerang sendi2 tubuh..Bak kata jun baik bersalin 10x dari kena Chiku ni...adehhhhh...sampai cam tu sekali.....

Mulanya tadi siang aku buat fast sale..kendian ramai pulak yang berminatnya..
malam ni je hampir 40 biji cupcake telah siap ku hias...dan akan menemui tuan barunya esok. Tadi ramai yang belek2 cuppies yang aku bagi pada Aidil, ada pulak yang kata, sayang nak makan...sebab dah cantik berhias...Jom kita tengok apa yang ada...






Apple Blossom lagi...





star flower





rossette





twist flower




Haaa..yang ni bukan cupcake ya..tapi pokok orkid yang aku sangat sayang..pemberian abang nazri (Jab. Laut) yang tahu kegemaranku...
agaknya orkid ni serasi dengan aku..spikenye pun bukan main panjangggg
lagi.....dah kini hampir fully bloom


Sunday, August 3, 2008

Menyelam Sambil Minum Air

Dah terlanjur datang Subang, aku menyingah sekali ke neseri orkid Uncle Wong kat Jalan TUDM , beberapa minit je dari umah mudah. Balik dari umah Lynn, singgah terus ke umah Uncle Wong ni , disambut mesra oleh anak , isteri dan uncle wong sendiri. Agaknya derang pelik, ada gak orang yang datang beli bunga pukul 6.50 ptg...haruuuu..

Masuk ke neseri terussss rambang mata..hahaha. Mana tak nyer, itu cantik, ini cantik, ini berkenan, itu mau...hari makin malam, last2 sambar 1 catasetum, 1 vanda dan 1 belina..kopak 70 henget...ngeh ngeh ngeh..Hati dah sangkut dengan ini, tapi angkel kata..tatak juann ooo..mau kasi manyakkkkk dulu ley, huhu..aku balik dulu, dengan janji pada uncle wong, esok pagi datang lagi...


dendro pujaan

Sampai umah adik, kami usunglah naik , ajir dah gelakk je, dia kata dah agak dah mesti aku sangkot kat neseri wong.Bila aku kata esok pg pegi lg, dia nak ikut , nak tgk kebun orkid 2 ekar tu...excited le tu. Pas mandi dan solat, aku keluar lg, makan daa..penat, sian..adik pon td kusus kat Kalumpang..kita org g kafe zul yahya sek 13 (?)...pas tu g umah kak Tina , member cari kat bukit Jelutong..Ya Allah, rasa macam dah lama kenal je..kak, TQ atas sambutan dan layanan baik pada kami yaa...dalam gelap2 tu sempat lagi kami belek2 orkid...pas tu ajir ajak g uptown shah alam...belilah beberapa tudung..

Pagi tadi , kol 9 ++ aku dah terpacak kat neseri angkel tu , bujangnya yang hensem tu kuar pulak kebon 1 lg...ati bekenan dengan doritis, tapi hai...terperanjat katak bila tauuu rega sebenarnya...wpon ati dub dap2 dah tersangkot...


ajir setia anto aku ke mana2 dgn pesen lambot pacaknya


Puas kami merayau2 kat kebun angkel, tengok itu, belek curly, phal cc, alba..akhirnya aku beli ini...dari 'mamak'nya, mama / induknye - angkel kata mamaknya....6 cutting/anak dan 3 pasu pokok matang , hadiahkan adik 1 pasu burana, dia beli 1 pasu lg dendro hybrid merah hitam....







dengan curly yang menarik hati...

posing lagi....

hemm..wangiiii..beli cutting je mampu...

Cik bellina yang dah selamat sampai umah dengan aku petang tadik...

Thursday, April 10, 2008

Taman Orkid mini di sekolahku

Di sekolah, aku juga membela orkid. Hobi ini telah ku mulakan awal 2006 yang lalu, bermula dengan dua pasu orkid sebagai perintis, kini ia telah berjumlah hampir 15 pasu pokok orkid pelbagai warna dan saiz yang kebanyakannya terdiri dari spesis Dendrobium.

Aku suka membela denro kerana ia tidak cerewet dan lebih tahan lasak, ada juga rakan2 ku yang berkongsi minat membela orkid ini, cgu Parij contohnya, baru-baru ni dia bagi aku 6 pasu orkid oncidium...aku bubuh baja dan rawat sebaik yang boleh. Pekerja swasta Anjung Bina pulak sesekali tolong siramkan pokok2 ini. Terima kasih ya.


Dua minggu lepas, aku balik kampung dan berkesempatan buat beberapa cutting orkid spider/orkid jengking atau arachnis (betul ke eja ni ?). Kat umah mak ada 2 warna orkid jengking ni iaitu kuning dan coklat. Jadi aku ambil kedua2nya sebanyak 4 cutting. Ada lagi beberapa jenis orkid yan aku boleh potong tapi aku belum sempat lagi. Pokok yang aku tanam ni aku cuma pacakkan dalam pasu plastik yang aku kutip di belakang stor lama dan aku bubuh pecahan batu bata yang banyak terdapat di sekitar sekolah, free of charge je. Kengkawan aku heran tengok aku kutip benda ni, aku hanya senyum je bila ada yang memandang sinis...lantaklah..bukan aku usik korang ponn..



Bila aku datang tengok bunga dan nak amek gambo pagi tadi , aku tengok salah satu cutting yang aku tanam spikenya dah panjang terjulur, wahhhh...seronok aku..agaknya musin hujan sekarang ni banyak membantu pertumbuhannya, dan ada 2 kuntum orkid yang dah kembang , Harap tidak menjadi mangsa tangan2 gatal lagi.


Cerita pasal tangan gatal ni, aku frust betul awal tahun ni..kalau x salah awal Januari. 2 pasu orkidku mengeluarkan spike panjang dan telah matang, aku pun tak sabar2 nak tengok bunganya kembang. Cgu parij pun sama, tapi yang sedih, hari isnin aku datang, aku tengok pasu aku dah terguling kat bawah, tepi longkang, spike matang dah patah dan beberapa pokok muda dipatah2kan..nak meraung aku rasanya, aku betul2 sedih dan geram...tapi aku pasti bukan akibat angin...

Tapi tu lah, pokok tu bagaikan mengerti kesedihan hati aku dan mengeluarkan spike yang lain dalam tempoh terdekat, yang baru je habis bunganya, juga bagai dipatahkan2..yang aku pelik tu pasu yang sama aja kena kerjakan. Apalah dosa pokok tu, aku pon tak tau, yang dia dongki sangat tu...hangin aku. alau aku jumpa mahluk tu, aku pulak nak test patah2kan tanganya..bio dia rasa!!

Batang pokok yang patah tu aku tak buang, aku selitkan celah2 pasu dan aku cakap, tumbuhlah..aku nak biakkan kau..hari ni aku tengok, eheh...dah tumbuhhh...dah ada keiki baru..sukanya hati aku, ada nampak macam aku bakal dapat 2-3 keiki baru...




Begitulah sayangnya aku pada orkidku...ni adalah laman kecilku di tepi rumah, sebagai memenuhi permintaan soulha dari Kaherah, Mesir. Harap sue berpuas hati. Tadi juga aku sedar, spike spathog yang diberikan Alifinara aka Shida telah mekar, yahooo...spathog multicolour....cantikk..I like ittttt..


Spathog multicolour pemberian alif..



Wednesday, April 9, 2008

Tambah Orkid lagi

Oleh kerana minat yang mendalam terhadap orkid..aku singgah ke Nurseri Pesona Rimba di Jln. Simpang Rantai BP dalam perjalanan balik dari ambek chiller semalam. Masa pergi, haku dah aim awal2...cakap dengan habang aku, balik kang kena singgah..dan habang tunaikan permintaan aku...

Masuk je ke Pesona Rimba haku dah terpegun..waaaa..banyak sangat spesis dan hybrid yang aku dapat tengok..ada denro, mokara, epidendrum, bulbo (kalau x silap), spathog, phal, onicidium , orkid liar dan banyakkkkkkkk lagi...naik rambang mate aku nenok nyerrrr ...adehhh, ngencesssss....

Habang aku teruja sungguh tengok phal taiwan warna kunin, tapi reganya x mengizinkan sebab baru rabak dengan chiller tadi, haku pulak melawat ala2 YB ke semua pondok2 orkid..haku tertarik dengan phal ini...cantikkkk sangat, baunya pun harum..pdox opm cakap , namanya phal violencia...tak kesahlah..apa2 pon aku suka dengan keharuman dan wangiannya..tenang je menaip dengan ditemaninya...

Pas tu aku amek yang ini , dendro hybrid rasanya...cantik gak, aku tak kesahlah. sebab aku memang suka dengan bunganya. nampaknya bertambah lagi koleksi orkid ku dengan kiriman aliff yan telah kuterima pada hari ini. Cik naa pulak mengirimkan japanese rose dan bunga raya. Japanese rose tu aku nak tanam sendiri, kalau bunga raya tu kasi kat mak , sebab dah tak de space lagi kat umah ni...

Yang ni aku snap malam aku balik dari rengit kat stesen minyak Semerah. Habang aku gelengggg je..dah parah bini aku ni...lantak laaa. Janji puas ati, ala bukan aku kaco orang pon, cuma amek gambo je, tu pon aku mintak izin uncle yang jaga shell...