Sunday, November 22, 2009

Areena & Arif In Romantic Pink Wedding



Areena n Arif


set 1 - cinta suci bersulam sayang


Set 2 - Kasih abadi sepanjang zaman


keseluruhan set Hantaran 16 biji


jangan tak caya, bunga2 ni semua handmade..
hasil kerastanganku...



Topper 1 kg


Pandangan sisi




Bawah - 2 kg

Ditempah oleh Pn. Rosilah, Ibu Dr Areena . Majlis berlangsung hari ini, 22/11/09 di Sg Abong. Keknya adalah kek carot dan untuk hantarannya, Pn. Rosilah pilih kek comel coconut pandan. Selamat Berbahagia Untuk Dr. Areena dan Pasanganya, Arif.

Friday, November 20, 2009

Wajah Baru


Tier cupcake ni ku beri wajah yang baru...kerana kulit lamanya telah berubah warna..tier ni boleh disewa dengan kadar Rm 10.00 untuk sehari...Ada satu lagi tier kek wilton yang baru ct beli. Yang tu mahal sikit sewanya, Rm 30.oo sehari, selain deposit rm 80.00..kalau berlaku kerosakan pada tier, penyewa perlu membayar harga tier mengikut harga pasaran. Semua tier ni boleh diambil pada pagi hari kejadian dan dipulangkan sendiri oleh tuan rumah atau wakil pengantin kepada Ct selepas habis majlis atau selewat2nya esok pagi selepas majlis.

Monday, November 16, 2009

Fren Gathering














Cupcake tempahan Mona dari Kedah . Mona kebetulan datang ke Muar kerana urusan peribadi dan menempah kek ini untuk dimakan bersama rakan2nya. Mona mahukan kek coklat dengan buttercream dan huruf fondant nama rakan2nya : JOY, ENOL, ZAMI, CHEI, AJAR, MIRA , AYU, BEE,MON MIMI BONI DAN AIN. Tq mona, jangan serik order lagi ya...





Saturday, November 14, 2009

Jangan Merajuk lagi...





the whole set



the garden...




Cupcakes ini ditempah oleh Zariza yang jauhhhh di Perlis Indera Kayangan nuu...Untuk memujuk hati tunangannya, Fahmy yang merajuk. za kata, Mie tanak jawab call dan berdiam diri...isk3x..apa kes ni adik2...tak pe, Ct faham, rajuk orang yang sedang DAP (Dalam Alam Percintaan) ni tak lama.kena gaya, sejuklah dia....Untung Mie, merajuk aja dapat kek... jangan merajuk2 ya...sian kat Za yang jauh tu..smile always...hehhee...



Well, if u want to supprised someone , feel free to contact Ct Bakery at 0136315909 or email me cguct1970@gmail.com / cguct1970@yahoo.com . Anda nyatakan , kami realisasikan.....


Friday, November 13, 2009

Birthday Bash












Kek tempahan Lawyer Mazlin untuk sambutan birthday anak saudaranya, Adik Hanafi 4 tahun dan Maliki 2 tahun . Mazlin mahukan kek yang mewah dengan limpahan bluberry, jadi ct cadangkan Milk Vanilla buttercake dengan filling ganace dan topping fresh cream. Bayangkan filling bluberry yang meleleh..bercampur dengan fresh cream..dengan haruman vanilla yang mengasyikkan..Mmmm..wallah...



Teringgin kek macam di atas? Feel free to contact Ct Bakery 013 6315909 or email cguct1970@yahoo.com atau cguct1970@gmail.com . Anda impikan, kami realisasikan...

N3 Terunda : Romantic Door Gift













Tempahan dari Cik Effa , Tanjung Agas. Effa kerja di KL tapi asal Muar. Melangsungkan majlis pertunangan pada aidilfitri yang lalu. Pada mulanya Ct nak tolak sebab dalam masa yang sama kena buat kek untuk IL...tapi sebab ada orang will nak tolong, alhamdulillah...dapatlah buat. Effa ambil kek ni malam raya...


Berurusan dengan Effa sangat mudah, dia datang puasa2, dalam masa tak sampai 10 minit semua dah settle...dia serah semua pada Ct, hanya nyatakan tema, perasa kek dan jumlah ..."yang lain ikut akak"....Effa tempah 150 bj cupcake coklat lembab saiz M dengan topping fondant, bungga fondant dengan tema warna merah maroon dan putih.Alhamdulillah, Effa suka dengan keknya....bila pelanggan suka, Ct juga tumpang bahagia...terima kasih Effa....

N3 Tertunda: Purple Husband Lilac Wife On White Wedding






Topper - 1kg ++




2nd tier - 2 kg+










3rd tier - 3 kg+


kek yang ditempah oleh Halimah (yang comels) untuk majlis perkahwinan adik iparnya - Hakim dengan pasanganya Akma yang telah melangsungkan majlis sambut menantu pada hari raya ke 2 yang lalu...Halimah nak kek 3 tingkat dengan topping buttercream dengan tema warna purple , lilac dan putih..Isi keknya tak ingatlah...alhamdulillah, halimah kata semua orang suka dan mendapat sambutan hangat....

Rozlina : Lain Dari Biasa



Chocolate Moist cake with stripes fondant...







Theme colour - Chocolate and gold orange





Assalammualaikum..dan salam sejahtera.

N3 kali ni cepat je masuk sebab ada kesempatan...tanak terperap. Kek kali ni lain dari biasa..haa, itu yang Cik Rozlina dari Parit Jawa nak untuk balasan hantaran pertunangannya sabtu ni...Rozlina ni kerja di Shah Alam , request fondant cake. Perbincangan mula2 dia nak mini cake dan beberapa cuppies (macam beberapa gambar yang dia tengok kat tenet) tapi 'si dia' mcm keberatan la pulak...so rozlina kata nak kek fondant sebijik tapi design lain dari yang lain...

Dalam search2 tu, jumpalah gambar mcm kek di atas dari web luar negara, tak ingat sapa punya...kalau tak silap sorang dpd student Peggy Porsen kot...so Rozlina setuju..(ct ingat ana bake fresly pun ada buat kek camtu..tapi malas nak selak) dan kita pun buatlah kek tu macam yang diminta oleh Rozlina...



:-))


Kali ni handmade flower kita nampak lain kan? hehehe...itulah permainan baru yang dah lama diidamkan dan baru je diterima dari Lynn Hassan isnin lepas...seronoknya..tambah le sikit harta karun kita w/pun harganya agak meletup..tak pe la, pejam mata je..lg pun bukan habis setahun dua....harta modal kan?



p/s - Alhamdulillah, masalah memory card yang rosak pun dah dapat diselesaikan dengan bantuan staff IT, Cik Fatin...TQ very much Fatin, syukur alhamdulillah....akhirnya banyak juga gambar dapat diselamatkan....kemudian kita hapdet aa....

Wednesday, November 11, 2009

Bingkisan Cinta




the whole set - love theme









CMC cuppies , with white bc and red 'love' fondant nips




CMC cuppies with pinky bc and white 'love' fondant nips


order from Teacher Reena UTM Skudai...with love theme...
yang asyikkkk 'segann' memanjang..
4 someone special..semuga ianya dapat menjadi langkah pertama for serius relationship....Selamat Berbahagia...jangan segan2..nanti melepas....
Testimoni : reen_zz salam kak ct.tq cupcakes aritu.abg suke...

Farewell Cake

untuk acara Jamuan Kelas tahun 2009 adik dan abang...







Untuk abang...1 kg CMC + BC + edible imej (baki yang lama)





untuk adik , BC sikit je...dah koret2....tak pe...adik ckp kwan2 berebut nak kek ni, so cikgu potong bagi sorang sikit....sorrylah adik, ibu x sempat buat yang lain....



Saturday, November 7, 2009

Bila Biru Dan Kuning Bertemu - Part 2



3 tier wedding cakes and cupcakes





topper - 1 kg Coconut pandan cake






cupcakes 35 pcs - same flavour











Kek ni kesinambungan dari kek biru kuning minggu lepas, ditempah oleh Cikgu Khatijah Samdon untuk anaknya, Kpt (U) Tarmimie untuk acara menyambut menantu. Cikgu Khatijah adalah pemilik KS Bridal di Pt Bakar dan KS canopy . Kak Jah order kek pakej 1+35 iaitu 1 biji kek 1 kg sebagai topper ( pilihan perasa mengikut kehendak pelanggan) dan 35 biji cupcakes siap dengan dome.



Masih menggunakan tema biru , kuning dan putih..susunan kek ini ternyata menarik perhatian hadirin yang datang....TQ kak Jah...



Pada sesiapa yang berminat untuk menempah kek atau cupcakes hantaran/perkahwinan, boleh hubungi Ct di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com atau YM cguct1970... Anda impikan, Ct Bakery realisasikan.... adios...

Thursday, November 5, 2009

Pertandingan Kemahiran

Hai all....Dah lama kan tak tulis pasal hal budak2 sekolah..haa, banyak gak n3 nak masukkan sini...yang paling terkini adalah Aktiviti Selepas PMR..antara yang sempat dirakamkan ialah :

1. Amali Masakan





hasil masakan pelajar - bahulu dan kek


2. Pertandingan Kemahiran - Mengikat Samping Berseni








p/s - bukan tamau habdet ini blog, tapi tenet ni slowwww giler....gambo ada banyak, nanti bila dah lajuuu sikit, kita tambahh ekkk? kwang3x...