Monday, December 21, 2009

Kuning Pilihan Raja Sehari

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
(mcm bg salam dalam kelas la pulak..hehehe)


Kek ini tempahan sepupuku, kak long Noreha Hj Basri untuk adiknya, En Ashyaihoni dalam majlis menyambut menantu di Kg Pt No 6, Pt. Yusof, semalam 20 Dec 2009. Kak long minta ct buatkan pakej 1 + 35 dengan kek & cupcake   perasa  Oren dan Coconut pandan dengan tema lignt yellow n orangee gold.




1kg++ topper motif basketweve



Gumpaste handmade flower again....



cupcake pengiring 35 biji




dah siap susun , boh kat platform je sebab majlis makan damai tu kat atas umah je...Kak long juga order mini cmc untuk makan beradab. Ct bakery sumbang sedkit swiss roll untuk
 menambahkan lagi hidangan makan beradab.So, TQ kak long...jangan serik, lain kali order lagi ya....



Saturday, December 19, 2009

Wedding Favour










700 biji Moist Chocolate cupcake beserta dome tempahan Cik Hjh. Sarah dari Pt Jawa untuk dibawa ke Johor bahru sebagai wedding favour dalam majlis perkahwinan anak saudaranya. Terima kasih kak..jangan serik tempah lagi ya...


Turqoise White For Siti Hajar

Pakej 1+35














Topper 1kg++




cupcake iringan 45 biji





Kek tempahan Cik Siti Hajar dari Jln Salleh untuk Majlis persandingannya hari ini. Mahukan kek Chocolate Moist dan Cupcake oren, hajar memilih pakej 1 + 35 tetapi menambah cupcake jadi 45 biji. Hajar mahukan design dengan jaluran fondant pada kek dihiasi dengan bunga gumpaste warna kombinasi serupa.
Alhamdulillahdan TQ ya Hajar...



Testimoni : Sepupu pengantin - "Cikgu , kek sedap, habis licin...terutama yang kecik2 tu, sampai saya pun tak dapat....hahaha..."

New Cupcakes Tier For Rent








Taraaaaa...ehem..Alhamdulillah..akhirnya tercapai juga hasrat ct nak buat tier cupcake satu lagi...kali ini bentuk 4segi..bukan apa, 2 yang ada tu tak cukup kalau ramai yang nak sewa..sewa tak mahal rm 15 henget je sehari...no deposit....tapi kalau rosak atau patah, kena bayar ganti rugi , cashhh!!

Thanks to brader Suria yang boleh buat ikut kehendak Ct...


SALAM MAAL HIJRAH TO ALL FRIENDS AND RELATIF...
SEMUGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP KITA..AMIN..


AZAM? rahsia....


Wednesday, December 16, 2009

Swiss Roll In D Haussss



Assalamualaikummm...Salam sejahtera. Hari ni kita bake banyakkk kek, untuk wedding sabtu ni..sebab hari jumaat dah nak diambil..so esok kita tinggal simen je...hehehe..

petang tadi, kerja2 baking untuk hari ni dah settle kira2 kol 2. Lepas rehat2 ct pun beranganlah nak try resepi swiss roll pulak, dah lama simpan tapi lum buat pon. Since bowl dah dapat semalam (3 minggu menunggu uu...letih!) kita pun berangan la membuatnya. Gunakan resepi dari Ahpek yang glamour tu..Thanks aa pek, sebab syer resepi ini...aiyaaa....





Adunan Swiss roll dalam bowl baru...kembang seyy...





Dah bahagi dan bubuh colour ijau + paste pandan




Yang ni BESARRRR punya....hehehe...penghabisan la...





dah masak..boh inti , akak guna kaya pandan je..sebab tu yang ado...





Taraaaaa.....siap.. Bebudak ni makan tak hengat, sekali hadap 2 btg.. yalah...benda baru kan? Kang kalo dah lama, harus jeling pun tanak.....


So, pada sapa2 yang nak belajar ke atau tempah kek ni macam biasa aa...caling2 akak ya 013 6315909 atau ym akak atau email je cguct1970@gmail.com  TQ.



p/s - akaknyer yahoo mail tengah gendengg!! Grrrrrrr....

Tuesday, December 15, 2009

Happy 2nd Anniversary














Set cupcake diatas adalah tempahan dari Ellyn D JPA3  Jln Timbalan. Ellyn menyambut hari ulangtahun perkahwinannya yang ke 2 hari ini , 15 Dis 2009. Ellyn nak deco yang simple sahaja , hanya swirl pink dan purple dengan love sahaja, tanda cinta kepada si dianya....Semuga Ellyn happy selalu ...Hepi aniversary to Ellyn...


testimoni  : (Cbox) salam kak..sdp la cc akk ..sume suka..lg2 suami sy...snyum memanjg...thanks...


Alhamdulillahhh.....TQ ellyn

Monday, December 14, 2009

Deco Class : Basic Buttercream Cupcakes

Assalamualaikummm....salam sejahtera. Kelas deco kali ini dihadiri oleh seorang student yang sangat muda, baru 14 tahun umurnya, tapi mempunyai minat yang mendalam dalam dunia baking. Adik Dayang NorHafizah Awang Setia kalau tak silap namanya. Dayang ni merupakan cucu kepada Keluarga Bamahaj yang terkenal dengan produk "Petani" tinggal berhampiran dengan taman ct sahaja.

Ibu Dayang, Pn. Helen kata, anaknya sangat berminat dengan baking dan pernah menghadiri kelas masakan yang dianjurkan oleh kedai bakeri terkenal di Muar, Jessery Trading. Kini Dayang ingin belajar cara menyedia dan menghias cupcake pula. Walaupun Dayang ni pendiam dan agak pemalu, dia tidak kekok dan cekap melakukan aktiviti2 yang ct ajarkan, untung keluarga Dayang kan?






cupcake Vanilla Choc Chips dan Oren yang diadun dan disediakan oleh Dayang dengan panduan dari Ct





Serius dan tekun berlatih atas bod kek








sesi menyimen cupcake




Free hand drawing sesion - elmo dan payung








hasil kerja tangan Dayang









Dayang puas dengan hasil cupcake yang telah dirias. Ibunya juga teruja dengan hasil kerja tangan anak dara ini dan berhasrat untuk menghantar Dayang belajar baking pula lain kali. Alhamdulillah...Ct gembira bila orang happy dan suka. Pada Dayang, jangan lupa praktis banyak2 dan lembutkan tangan ya..apa2 pun prectice make perfect...tak gitu?


Pada sesiapa yang ingin nak belajar basic deco atau lain2 modul yang ada , jangan segan2 contact saja Ct di 013 6315909 atau email cguct1970@gmail.com cguct1970@yahoo.com





Sunday, December 13, 2009

Adab Berpakaian Yang semakin Dianggap Remeh

Senario 1 : Sebuah majlis perkahwinan rumah seorang guru agama di sebuah kampung

- jemputan datang dan pergi , minuman dah disaji berbaldi2..
makan ditambah pinggan dicuci...Nasyid dan qasidah menghibur tetamu....tiba2...ziuttttttttttttt...
terkedek2 naik seorang puteri...berbaju gaun bunga2 pendek dengan padanan baju inner hitam dan seluar hitam leotard ketat melekat nampak bodi...rambut merah mengerebang kalah cik ponti....bibir merah menyala...lagak diva tak sedar diri....

- semua yang hadir tertoleh2 berpandangan sesama sendiri...kawan siapa yang tak sedar diri ni? si pengantin atau kenalan tuan rumah? masing2 mengutuk mengata mengumpat dalam hati...sapalah manusia yang tak sedar diri ni...tuan punya badan tersenyum2 bangga konon modern...majlis yang mulia telah dicemari.......


Senario 2 : Di sebuah rumah , menziarahi kematian anak seorang sahabat..

- sedang tahlil dijalankan , datang sepasang suami isteri dan seorang kanak2..si suami berambut panjang paras  bahu ,  MU peminat kipas mati , seluar bapak jin ketat tak hengat..di pandang sekilas...tak pelah, lelaki...yang menarik perhatian hadirin adalah si isteri, perut memboyot memang mengundang simpati..tapi berbaju tshirt ketat hitam melekat nampak serba serbi hatta pusat tersembol tu apa kes? Gunung lurah pada semua mata disaji...seluar jean low cut yang ketat seksi menambah siksa mata lelaki...Ini kah yang dinamakan mordern?

- masuk pula seorang yang lain, berblaus hitam ketat berkilat2,  bertudung awning warna warni , seluar jean hitam ketat dan penuh aksesori...muka pelbagai cat warna di tepek...sekejap2 hp berlagu2 tak pernah sunyi...


WAJARKAH PERLAKUAN BEGINI?

Sebagai pemerhati, aku merasa sangat sedih...
Mana pergi moralnya diri?
kalau tak nak bertudung tu terpulanglah pada diri....
TAPI berpakaian tu biarlah kena dengan majlis...
mana pergi adab kelakuan diri? Hormatilah majlis..
tak suka baju kurung , blaus longgar dgn kain pun ok...
atau jubah berseluar yang longgar dan mengikut syarak..
sedangkan Islam sudah mengariskan panduan diri...


KALAU kita sebagai ibu bapa/ kakak/adik/abang atau sesiapa sahaja..tidak menegur perlakuan anak/ adik/kakak kita...
APA AKAN JADI? Mungkinkah suatu hari nanti baju kurung hanya tinggal nama sahaja? Baju kebaya hanya jadi bahan pameran? Manakala Jean dan tshirt ketat melekat mendominasi segalanya?

Aduhai adik kakak...berpakaian biarlah kena pada tempat dan majlisnya...janganlah jadi seperti rusa masuk kg...suami2..
lihat2lah pakaian isterimu...banggakah kau jika lekuk tubuh isterimu menjadi tontonan umum? Jangan biarkan mereka berpakaian tetapi terlanjang...



AKU ?
RASA??
SEDIH..APALAH NAK JADI......


---  sekadar luahan hati  ----

Saturday, December 12, 2009

Dari Muar ke Melaka













haaa...cupcakes Strawberry saiz S ni semua bukan tempahan orang, tapi bagi sebagai buah tangan pada x-bby sitter anak2 ct yang sangat setia dan baik, Kak Zainon Abd. Rahman....bertahun2 setia mengasuh 3 orang anak2 ct mulai 2000 - 2008..tanpa jemu atau merungut....budak2 pun kasih pada ibu Non tu....


Alkisah, minggu lepas kak Enon datang umah menjemput, adiknya berkahwin di Lrg Seluang, Paya Ikan Melaka (untung kak enon, nak makan ikan tak yah susah2, cedok je dalam paya..ngeh4x..) Maka, tadi kami 3 beranak pun meluangkan masa g jemputan kak enon tu..Sedap punya pasal 3 bijik tapai pulut haku bedal...panasssss....hehehe....sabo je laaa....


Sham dan Mimi : Golden Love Part 2


Alhamdulillah....penyediaan kek untuk perkahwinan Sham dan Mimi selesai hari ini..masih mengekalkan tema warna yang sama..Pn. Hjh Zabedah order pakej kek 1 + 35 untuk majlis dirumahnya pada hari ini, Sabtu 12 Disember 2009..




salah satu design 35 pcs cuppies oren dan strawberry with buttercream icing





1 kg choc moist cake with buttercream icing








Nama pengantin - Sham & Mimi






keseluruhan kek


Maroon Putih Kasih Tercipta

Assalamualaikum dan salam sehajtera....


kek yang menghiasi n3 kali ni adalah tempahan lanjutan Cikgu Shahida (sha) dari Bakri untuk majlis pertunangannya esok..kek2 ni seme siap mlm tadi... Kalau masa merisik aritu Sha pilih warna turqoise, kali ini Maroon dan Putih menjadi pilihan hati. Sha nak design yang simple tapi menarik...mari kita tengok kek2 tempahan Sha.....




Chocolate Moist + choc ganace + fondant flower





10 biji cupcake pengiring





amacam ? ok x bunga2 ni...semua hand made taw..




Shahida + Azmil




6" chocolate moist cake with fondant topping





50 pcs budget cuppies + dome for doorgift



Testimoni dari Sha (cbox) : "thanks kak ct.baru sempat tgk akk nyer entri tu..cntik.bakal mak mentua pun kate syg nk potong sbb cntik sgt.hehehe...."


Alhamdulillahhh....TQ sha
 



Friday, December 11, 2009

Turqoise and Black Engagement Cupcakes












This set was requested by Halimah From Tg. Agas for her daughter teacher, Miss Nadia which engage to her Bf, Mr. Yatim. Halimah ask my hand to make 16pcs chocolate moist cupcakes with fondant topping and fondant flower. Miss Nadia ask to make cuppies design similar to a set of chepahcute cakes, but i makeover it. Thanks to chepah...Since the weather is good, i prefer to use fondant flower, its can be hard as good as gumpaste...Thanks halimah...