Sunday, February 15, 2009

Catatan Duka di Hujung Minggu

ASSALAMUALAIKUM ALL....14 feb - birthday anakku yang ke 2. Ingat nak bawak bebudak tu kuar makan, tapi kita hanya boleh merancang, tapi Allah yang menentukan.

Tengahari semasa di sekolah - dalam dewan - sedang dalam satu majlis anjuran sekolah - tel berbunyi kakak iparku yang 1 call - mintak aku call hp abang ke 2-
(abang uji dah 4 hari kat hospital BP... semalam ptg (jumaat) aku hantar mak ke hospital sebab mak nak menunggu abang - doc nak operate n buang ibu jari dan satu jari kaki belah kanan - tulang dah reput kerana banyak uric asid dalam badan...)

Aku call mak - aku dengar mak dah nangis2 ckp abangku diam tak berkutik dah dekat sejam.. doc2 dan nurse tengah mengerjakannya... mak mintak aku datang hosp BP secepatnya.. doc ckp abangku myb koma..Ya ALLAH!!! aku apa lagi.. capai handbag dan terus lari keluar dewan.. aku dah tak kesah dengan majlis...lantaklah....

Air mata tak usah cerita..aku call adik ipar kat KL - mintak ajer bgtau yang lelain.. sampai kat kereta, aku buntu nak buat apa..aku tersandar kat tiang kantin.. aku ketuk2 hp ke kepala yang tengah buntu - nak cari idea..
Alhamdulillah, Allah lorongkan idea..aku call abang misai..
mintak dia call FIL dan bersedia ank nak bwak g bp...aku call bapaku..
semua mintak get ready nak ke hosp bp...aku call mak balik..
mak dah tak leh cakap..cuma nangis aje..maklumlah mak sorang2,
kak idah otw dari spg renggam..

Kat kepala aku x pk lain dah...yang buruk2 aja.... dalam sekejapan hp ku sentiasa berdering.. aku drive ASAP, masuk umah bgtau anak2.. bg lauk tengahari dan aku terussss pecut ke air hitam amek fil..pas tu amek bapak dan kakakku...

Dalam pada tu aku sempat call penempah2 kek agar pikap kek kat umah aku..dan mana yang tak sempat buat aku call mohon batal..sib baik aku tak amek deposit... sampai hosp..aku tgk abangku dah sedar..tapi meracau-racau...
macam2 dia cakapkan..kebun..tanah..rumah..politik dll.. sekejap menjerit..sekejap ketawa..sekejap cakap jawa.. lepas tu nyanyi..lepas tu berfalsafah tentang hidup... dia maki hamun aku..FIL pun kena gak..tapi aku redha.. sebab aku tau bukan dia yang ckp...

Bila FIL mula baca surah2...dia bertindak lebih agresif..
semua kata2 yang keluar dari mulutnya tak pernah diucapkan selama ni...kasihan abangku... dalam kondisinya yang sangat lemah..kena oprate.. pas tu ada pulak gangguan...

FIL cuba sedaya upaya..tapi baik sekejap.. kemudian berulang lagi..dia bangun duduk dari pembaringan macam orang sihat..tenaganya kuat sekali..
tapi kami maklum itu bukan abangku...keadaannya mula begitu pagi 14feb...kemudian satu2 adik beradikku datang... semuanya sedih dengan keadaan abang uji...

Kami pakat2 usaha cari usatz dan orang pandai yang lain,
bantu FIL ku...tapi tu lah, baik sekejap dan berulang lg...
lepas maghrib, abang uji dibawa untuk buat hemodialisis...
doc ckp myb banyak toksik dalam badan dia jd camtu...aku uruskan
apa yang mampu, kesian kak idah..penat bersengkang mata...
mana nak sekolah lagi..mana nak jaga suami sakit lg...
berat sungguh ujian kak idah...

aku balik muo malam tu kol 9++ lepas antar bapak dan kakak...
nak sampai umah kat Jalan junid ni rasa
macam jauhhh sangat..yalah aku dari pagi dah buat memacam ..
lum mandi..badan letih dan perut lapar..
sambil drive sensorang , aku pujuk hati dan minda
agar cekal menghadapi situasi itu..
alhamdulillah, selamat sampai ke rumah pukul 10.45 mlm...

malam tu ajer datang balik hosp bawak orang.. kata 'dia' melawan gila2 dan jd lg agresif.. camtu gak masa bang amim (sulung) datang bawak air dari ustaz hamzah...dia maki hamun bang amim.. sepak dan sembur balik air yang bang mim bawak... ( ketika x sakit dia bukanlah orang yang macam ni!)

Mak kata tengah malam lepas dialisis, balik bilik, dia senyap sikit,
tapi dia tak tidur..matanya liar sahaja.. bila anak dan isterinya ajak baca ayat suci.. ada kala dia baca..ada kala langsung diamm sahaja... pagi , dalam kol 9.00 dia mula meracau lagi.

Petang tadi masa aku datang tengok, dia sepak aku.. marah sebab katanya asyik muka aku je yang dia tengok.. aku buat dono je..aku baca ayat2 kat dia..mata dia tgk aku tajammm sangat...marah....tak pe lah bang, aku faham....tu bukan abang... bila dia sedar, dia ingat semua..boleh membaca ayat suci dan sembahyang sampai selesai..

Petang tadi juga, masa ustaz ke4 datang..dia juga mengesahkan abangku terkena gangguan...jiwanya lemah..fikiranya tak tenang..yalah anak semua masih tengah belajar...2 di U, 1 poli , 2 sek menengah, 1 sek rendah...myb dia susah hati pk dia sakit dah lama , lum baik2...pulak tu dia rancang nak mendirikan rumah ibu 28 Feb nanti setelah sekian lama tertangguh...hai entahlah....serabut agaknya fikirannya...

aku pun susah hati skg..kami semua sedang berusaha
bertungkus lumus untuk menghilangkan gangguan padanya...
sabarlah bang..kami semua takan biarkan abang dan kak idah macam tu..alhamdulillah seluruh keluarga ku dan keluarga kak idah bersatu dalam membantu pasangan ini...

Kepada sahabat pembaca sekelian, pohonku hanya satu..
secebis doa kesembuhan ku pohon dari kalian untuk abangku...amin.
Budi dan jasa kalian hanya Allah sahaja yang membalasnya..

1 comment:

SUIB said...

Salam.Aku doakan dia sihat dan kuat. Sekuat adiknya (engkau yang aku kenal).Aminn....
Su'ib,Parit Jawa.