Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya majlis kenduri yang dicadangkan dan telah ditunda sebanyak 3 kali terlah berlangsung dengan jayanya..aminnn...Kenduri ini diadakan untuk menyatakan kesyukuran keatas rahmat Allah SWT dan ingin berkongsi kegembiraan dengan sanak saudara, jiran2 dan rakan2 kerana 3 perkara :
1. Selamat berpindah dan menduduki rumah baru , sebenarnya semalam juga buat pelancaran CT BAKERY secara tidak langsung
2. Habang misai dapat kenaikan pangkat hujung taun lepas - aku belum buat apa2 majlis untuk dia, dulu hanya belanja makan saja
3. Dah dapat DG 41 - mungkin pd orang lain biasa je, tapi bagi diriku sungguh bermakna...5 tahun berhempas pulas beb..
Semalam, ramai saudara mara ,sahabat handai yang datang memeriahkan majlis Alhamdulillah..dan terima kasih yang tak terhingga.n Majlis dimulakan pada pukul 2.30 petang dengan bacaan tahlil dan doa selamat..kemudian majlis jamuan sehingga 7.00 ptg. Tetamu datang bertali arus..kakak2 ipar cakap macam buat keja kawin..hahahaha...
Menu semalam - Nasi putih, ayam goreng mamak, sayur lemak pisang kapas, urap pucuk ubi + togey kontot+bunga betik, perut + paru + peria ular tumis pedas, tempong kelapa, ikan layur goreng, ikan jelentir , ulam timun dan mee kari.
Berkat - nasi putih, ayam goreng, jelentir, bi hoon goreng, serunding, sambal goreng jawa, cupcake coklat moist, abuk2 sagu, jely, kerepek pisang dan tumpi dhal.
Kuih muih pencuci mulut - bubur kacang + jagung, apam pisang, lepat labu, tako, cara pedas, lopes serunding, kek buah kukus, kek carot, tembikai + oren dan air strawberry.
Semua makanan ni aku sediakan sendiri dengan bantuan mak, kakak2, adik, kak jai, kak ani, chom, jiran2 yang datang rewang dari malam sampai pagi. Ada juga kuih yang orang bawak..TQ semua, budak renjer pun ada 4 orang, tolong2 kemas meja dan serve makanan.
Keadaan fizikal rumah ini memberi banyak kelebihan pada kami..ruang lebih luas, ada kawasan lapang lagi..khemah pun elok je dalam kawasan isi rumah..dan, lebih kawasan untuk mengORKID ...parking pun tak ada masalah...Sebenarnya, aku tidak pernah menyangka dapat memiliki rumah yang sebegini..Tapi percaturan ALLAH mengatasi segalanya..Skg kalau sudent datang nak belajar deco/baking pun aku tak bimbang...
Oppssss...bukan tujuan nak berbangga dengan bercerita ..(jangan nanti ada pulak yang kata nak menunjuk2 mengada2)...cuma nak syer cerita saja..kalau tak suka, mudah..Jangan baca..wakakakak....
1 comment:
Kak, tahniah dah masuk rumah baru. Mesti seronok,kan...
Insya-Allah, kalau ada kesempatan nak pegi rumah akak.
Oh ye, dendro libertu tu nak saya pos tak? Nak pass by hand tatau arr biler....
Post a Comment