Monday, August 31, 2009

Selingan : Bukan N3 Kek

Salam Ramadan Saudaraku sekelian...Alhamdulillah, Diam2 dah 10 Ramadan ya kita lalui..kejap je rasanyakan...heheheh...Mata pun dah baik, tapi kekadang rasa kabur dan berpasir tu ada gak...tak pe lah pelan2 nak baik....


Pertama2 - Ampun dan maaf kepada semua pembaca jika saya ada melakukan kesalahan dan kesilapan secara disedari atau tidak sepanjang berblog ni..yalah, manusia tu kan tak sunyi dari sebarang kesilapan...di bulan yang penuh keberkatan ini apa salahnya kita bermaaf-maafan kan?


Salam Kemerdekaan juga untuk semua, sedar tak sedar dah 52 tahun kita mengecapi rahmat kemerdekaan, jangan ada antara kita yang berniat untuk menganggugugat kenikmatan sebuah negara yang merdeka ini dengan menyokong dan melibatkan diri dengan aktiviti menjual kedaulatan negara...bila tengok kekacauan dan peperangan di tempat orang , barulah kita sedar betapa nikmatnya hidup di Malaysia...Macam tu pun masih ada yang tak sedar lagi!!


Cuti sekolah dah habis, esok kita akan mula bersekolah...Anak2 pun dah cakap, mereka akan bertambah penat...sabarlah anak2ku..itulah namanya cabaran orang berpuasa...Allah nak uji adakah kita tabah dan sabar dalam melaksanakan ibadah ini..seorang rakan berbangsa cina berkata padaku semalam, dia tabik dengan orang islam esp kanak2 yang berjaya menunaikan ibadah puasa dengan jayanya..kalau dia, dah mati agaknya...Kata2nya aku sambut dengan senyuman dan aku terangkan sedikit sebanyak tujuan berpuasa bagi orang islam..Terangguk2 dia.faham agaknya....baguslah...



adik khusuk tengok shinchan kat youtube

Berpuasa semasa cuti sekolah ni diambil kesempatan sepenuhnya oleh anak2 untuk relex, tengok tv, main game , baca buku cerita disamping buat homework yang cikgu derang bagi..jugak untuk buat2 aktiviti kesukaan nabil macam ni..berangan jadi kura2 - masa ni dia tolong kakak angkat kain..



kura2 yang malas dan arlegik makan sayur....



Dan yang paling penting - untuk buli ibu dia ni utk masakkan atau carikan makanan kegemaran mereka..yalah tu, mana yang larat, ibu buatlah..kalau tidak ibu beli saja..Mana taknya, si Najwa pajak tetiap ari nak laksa penang , adik nak soto nasik , abang suka makan nasik ambeng, nabil nak nasik lemak dan nabila pulak suka roti john..


Kekadang aku buat 1 jenis juadah dan belikan setengah dari hidangan yang dimintak , cthnya masak yong tau foo/mee bandung/spaghetti carbonara/ maggi goreng , pas tu beli je 2 - 3 jenis dari menu wajib derang...settle...Aku pulak suka makan bubur lambuk..kekadang beli je semangkuk dua...malam untuk sahur, aku biasanya masak lauk ringkas2 je...tak yah beriya2 masak kicap/asam pedas bagai...tak de maknanya derang nak makan.lauk telur mata kerbau atau telur ceplok dah cukup..dengan ikan bilis goreng dengan bawang dan cili...haa, yang ni lakulah...alamak, tak kesempatan pulak nak shoot gambo muka poyo derang makan sahur...


Lepas sahur budak2 ni biasanya tak tidur, tengok tv, kartun , pas tu solat subuh dan tengok lagi tv sampai siang...pas tu break jap.mandi2 buat aktiviti lelain..gitulah setiap hari....tapi esok rutin sudah mula berubah...

4 comments:

Hayati said...

Salam siti.Akak rasa bulan puasa ni sebagai ibu memang kita paling sebok tapi akak senang saja. Hari cuti baru akak masak lebih-lebih sikit. Buat kuih ke apa ke? Kalau tak cuti, jangan harap. Akak cuma masak nasi dan lauk saja.

Ct said...

Hai kak...Bulan pose ni mmg bulan un tuk memenuhi permintaan anak2..tapi yang munasabah ajalah....dan yg penting tidak membazir...Alhamdulillah

samdaddycool said...

Selamat berpuasa... Pejam celik dah masuk minggu kedua kedua puasa...

Ct said...

Alhamdulillah sam...tu la tak rasa kan? kang tetiba je dah nak raya...