Friday, March 19, 2010

Cinta Usia Emas

Kek Chocolate Moist dengan salutan ganace mewah rasa ni ditempah oleh Pesuruhjaya Pandu Puteri Cawangan Muar, Pn. Hjh. Fatimah Bt. Isnin yang bakal melangsungkan pernikahan dengan Tn. Hj. Husein di Masjid Jamek Muar esok, pukul 10.30 pagi.

Pn. Hjh. Fatimah , seorang balu difahamkan telah kematian suami lebih 5 tahun yang lalu, sementara bakal suaminya telah kematian isteri juga dalam tempoh masa yang lebih kurang sama. Kedua2 pesara guru besar ini telah bertemu dan menyulam kasih di pusat terapi Alpha One di Pesta Bakri..



sejambak bunga , setaman kasih dan selaut sayang,
bakal menemankan
keindahan hidup di usia emas..



1kg ++ dengan initial nama mempelai...jambangan bunga gaya baru kreasi Ct Bakery khas untuk majlis ini, since penempah tidak menetapkan thema, ku pilih gandingan pink dan putih agar warna nampak timbul dan segar...2nd tier, 3kg++ kek dengan hiasan bertema serupa..




semuga kehidupan akan datang semanis kek ini...
Tahniah, puan...semuga jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat..



1 comment:

PINATBATE said...

wah!! jarang-jarang jumpa pasangan begini..semuga kedua pengantin bahagia di dunia dan akhirat