Pengantin puteri cantik menawan,
Jejaka pula segak dan lawa,
Bila hati sudah berkenan,
Jauh-jauh pun sanggup dibawa..
Tempahan kali ini datangnya dari Ili Shazwani Ismail untuk
persandinganya pada 2 Mei 2010 di Tmn. Universiti,Pt Raja, B.Pahat.
Dek gara2 terpikat dengan kek perkhawinan 2H tempoh hari,
illi sanggup meminta saya menghantar kek ke umahnya..
Illi juga memilih pakej 1 + 40 yang kesemuanya di
kemaskan dengan fondant. Isi kek yang dipinta adalah choc moist
kek dan mocha cuppies. Design , ribbon bow dan menggunakan tema
warna turqoise, lilac dan putih.
haa.. yang ni actual design yang illi mahukan..
dah disiapkan dengan jayanya..separuh kering dan dimasukkan
dalam kotak, bawak balik Pt. yusof umah mak..
Tapi, tu la..Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya..cuaca yang redup, sejuk dan gerimis mlm tu menyebabkan
semua ribbon tu meleper penyekkk dan belengasss...
mau tak kelam kabut akak..haiii...macam2 cara dibuat untuk
menjadikan ia keras kembali..tapi tak de ong laa..
Setelah berbincang dengan illi, maka design terpaksa ditukar kepada bunga hidup..dah le susah giler nak cari bunga ikut colour theme kat B.Pahat tu..akhirnya...jadilah macam ni...
Alhamdulillah, semuanya telah selesai..pengantin pun sangat
puas hati dgn persembahan Ct Bakery ..TQ ya illi, sebab sangat
bertimbang dan bertolak ansur dengan apa yang terjadi..
No comments:
Post a Comment