Thursday, August 5, 2010

Sesi Menyapu Sampah...

Bulan Sa'aban hampir tiba ke penghujungnya..
tak lama lagi muncullah Ramadhan Al Mubaraq..
Syawal yang dinanti akan menjelang tiba..
tak sedar begitu pantas masa berlalu...

blog ni pon dah banyak sampah dan sawang..
maklumlah dah hampir 2 bulan tak diisi n3 baru..
kenapa?? MERAJUK ke??

merajuk?? tak de la...
kecik ati sikit je...
dengan sapa ??
adalah sorang hamba allah tu...
tak pe, kita pon dah maafkan dia..
malas nak pk2...

kerja yang bertimbun pun salah satu puncanya..
skg dah mula lapang sikit..
budak2 pon dah mula trial PMR..
pas ni buat latih tubi topikal je la..
harap2 seme boleh mencapai tahap yang dimahukan..
siapa yang mahu melihat anak2 didiknya gagal..

lately ni banyak kejadian2 yang melibatkan guru murid berlaku..
macam2 hal..cthnya baru2 ni kes pelajar pukul guru..
sesetengah perbincangan yang dilakukan di forum internet seakan2
menyokong perilaku pelajar yang biadap dan kurang ajar..
siap ada yang kata "padan muka cikgu.."
"sedap x cikgu?.."

apatahlagi ada sesetengah pihak yang terus saja berkata "guru yang bersalah"
tanpa tanya apa sebenarnya yang berlaku....

yang bijak pandai memberi komen pulak berkata..
"cikgu skg mendidik mesti berhemah dan berdplomasi..kena gunakan psikologi"

ada pulak yang memberi contoh,
guru kena duduk bersimpuh dengan nada yang lemah lembut,
tangan digenggam sopan seraya berkata..

"wahai anak2 didiku sayang...ketahuilah olehmu..
bahawa perbuatanmu iteww adalah berdosa..
tidak sopan sayangggg...Astagfirullahhhhh, nanti anak2 ku sayang
tidak mendapat kaf ba ra kaf alif ta nunnnnn...."



Cikgu tak boleh cakap macam ni..

" eh..awak ni, apasal nak melawan cakap cikgu?
saya tegur awak sebab awak langgar peraturan sekolah..."


atau macam ni..


"wei..ko ni ngape degil sangat aa..mak bapak ko tak ajo ko budi bahasa
adap sopan ke cemana nak cakap dengan cikgu?? setan punya budak.."


KALAU yang ni lagi jadi kes beso...


"WOII...GUA DAH MUAK TAU TGK MUKA LU..BALIK2 MUKA LU YANG
BUAT PANGAI...WEI, BLAHH LA WEIII, G CARIK SEKOLAH LAIN..BERAMBUS!!"


menuding jari pada guru memang mudah kan?


"alaaa..kan cikgu dibayar gaji untuk ngajo anak saya...
saya ni sebok cikgu..keja carik duit untuk derang..."

satu jari tunjuk kepada guru, 4 jari lagi tunjuk kearah siapa?

err, lupa pulak..peranan ibu bapa kat mana?
cukupkah masa yang diluangkan untuk anak2?
perhatian dan kasih sayang setakat mana?
berapa kali tanya hal sekolah anak seminggu?
ambil tahukah kita apa anak2 kita buat didalam dan diluar rumah?
dengan siapa dia berkawan?
apa isi hpnyer? bagaimana bahasa smsnya?
apa yang ada dalam folder imej hpnya?
penah tgk? check?

kau ada??


cukupkah dikatakan beri perhatian
hanya dengan menghulur wang belanja berpuluh ringgit seminggu?
betul sayangkah kita pada anak jika
hanya mengunjuk kunci motorsikal bertangki penuh tanpa ambil tahu
kemana hala tujuan anak kita?
siapa yang dibonceng ? pakai helmet kah dia?

hemmm...seribu satu macam persoalan tak terungkai kan?
bila bercakap tentang remaja dan anak didik..
kita tak pernah putus berita dan cerita...


dan perlu di ketahui...

GURU JUGA TAK PERNAH PUTUS USAHA...


(emo kerrr? tak de la..saja gatal tangan nak menaip...)

2 comments:

Kak Lia said...

berusaha selagi berupaya...
tawakkal je kak...mudah2an akak tabah...dan mudah2an anak aku tk jd budak2 yg tk snonoh...insyaallah

reen said...

betul kak..mereka tak merasa pd tpt ckgu.tp kalau ckgu yg bertindak melulu mmg sy tak sokong.tp sy paham,sbb mmg da tak tahan dgn prgai pelajar kan.apepun smoga pelajar2 skrg lihat mcmana kita dlu hormat ckgu.