A small homebase business at Muar town area. Specialities in cakes, cupcakes, handmade chocolate, muffins for wedding /engagement or any ocasion that u needs. Ct Bakery also conducting basic cakes and cupcakes deco and baking class such as pizza, pie, bread etc. Fresh bakes, delicious and halal. Ct Bakery also manage a homestay in Muar town area and ready 4 rental by day or weeks. .
Friday, May 8, 2009
Cerita Tiru Meniru
Pas tu kat cbox pon ada orang nama ary cakap benda yang sama...eh eh eh..Ary kata dia bg teguran ikhlas, tapi pada aku tak ikhlas (siapa awak sebenarnya? )..kenapa? sebab kalau dia baca n3 yang aku buat, aku mmg ada mention nama anna..Cik anon pulak, design mana yang saya rompak tu ? kalau betol2 berani , awak mesti bgtau sapa awak kan ? bukan bg nama anon je...Tu ramai lagi yang tiru buat design siap Arsenal la, MU la, LV , Spanpob dan kengkawan dia, SSC,pooh dll ...memacam lagi tu, tak teringin plak anto email sound derang ???
Macam ni la, seingat akulah kan, rasanya aku tak pernah cetak rompak design kek/cupcakes orang pas tu post kat blog aku, cakap ni design aku cipta...tak penah pon claim...TQ and sorry for anna atas idea design itu yang telah dipinjam oleh ex sudentku ...Dan itu bukan ct jadikan sebagai salah satu modul pelajar yang amek kusus deco dengan Ct Bakery...so, anna jangalah bimbang ya ...
Mmg aritu ada budak BP datang belajo buat cuppies fondant dengan aku, dia nak sangat buat cuppies design macam ana buat, siap dengan warnanya sekali..bukan aku suruh pon, dia mmg peminat anna..dan dia kata dia link dengan anna...kebetulan aku mmg bukak tenet masa tu..dia tengok dan buat cuppies pkai tu..bukan banyak..sebijik je.
Dan bila post entry kat sini , aku tak cakap pon aku design ke hape, siap aku mention kredit kat anna bake fresly, siap mintak halal lagi...aku penah tulis kat blog anna, aku nak mintak halalkan beberapa design yang aku minat nak simpan..tapi tu la..tak tau nak cakap, kerenah dan pemikiran manusia sukar nak dijangka... Aku rasa bukan aku sorang je simpan gambar2 cuppies yang cantik dan menarik minat ni..ramai lagi kan? tu yang kita tau..yang tak tahu ??
Abis tu, aku penah g belajo dengan lynn hassan , kak ida merpati, chef azman, cheff Yee dan lain2 tu, aku dapati derang guna design/ nozzle/ bahan/alatan yang sama..so derang pon copycat jugak ke??
Sepatah kata kak Zatidhati, nak kata benda tu exclucive kita punya design pun susah, sebab tekan2 pencetak - keluar bentuk sama, tekan2 nozle - keluar design yang sama, kenapa ?? sebab sumbernya sama, kita guna alat/rujukan/bahan yang sama..cuma mungkin cara letak dan warna yang berbeza. bukan kita beli benda houte couture..specially design juz 4 u...
Entahlah.benda macam ni susah nak cakap..sebab once kita publish sumting kat web/internet, kemungkinan orang tengok, tiru @ amek idea dan buat lebih kurang sama mmg sangat tinggi...Kalau nak elak benda ni senang aja, patentkan ciptaan anda di bawah harta intelek, so orang lain tak boleh amek idea..sebab dah ada trademark...
Pada ct, kalau ct post n3 gambar cuppies, lepas tu ada orang minat nak buat, ct halalkan..stroke tangan memasing pun berbeza kan..takan dapat 100% sama..Ct anggap tu sedekah amal jariah diri kita..bila orang suka, kita pun dapat pahala kan ? tapi sedarkah kita sebenarnya semua orang memang meniru idea orang lain , cuma kita olah dengan gaya kita ... tak percaya ? check balik, tgk...sikit sebanyak idea orang lain memang menyumbang dalam segala aktiviti kehidupan seharian kita sama ada kita sedar atau tidak...so pk2 lah sendiri....
Sunday, May 3, 2009
Kenduri D Cengal
1. Selamat berpindah dan menduduki rumah baru , sebenarnya semalam juga buat pelancaran CT BAKERY secara tidak langsung
2. Habang misai dapat kenaikan pangkat hujung taun lepas - aku belum buat apa2 majlis untuk dia, dulu hanya belanja makan saja
3. Dah dapat DG 41 - mungkin pd orang lain biasa je, tapi bagi diriku sungguh bermakna...5 tahun berhempas pulas beb..
Semalam, ramai saudara mara ,sahabat handai yang datang memeriahkan majlis Alhamdulillah..dan terima kasih yang tak terhingga.n Majlis dimulakan pada pukul 2.30 petang dengan bacaan tahlil dan doa selamat..kemudian majlis jamuan sehingga 7.00 ptg. Tetamu datang bertali arus..kakak2 ipar cakap macam buat keja kawin..hahahaha...
Menu semalam - Nasi putih, ayam goreng mamak, sayur lemak pisang kapas, urap pucuk ubi + togey kontot+bunga betik, perut + paru + peria ular tumis pedas, tempong kelapa, ikan layur goreng, ikan jelentir , ulam timun dan mee kari.
Berkat - nasi putih, ayam goreng, jelentir, bi hoon goreng, serunding, sambal goreng jawa, cupcake coklat moist, abuk2 sagu, jely, kerepek pisang dan tumpi dhal.
Kuih muih pencuci mulut - bubur kacang + jagung, apam pisang, lepat labu, tako, cara pedas, lopes serunding, kek buah kukus, kek carot, tembikai + oren dan air strawberry.
Semua makanan ni aku sediakan sendiri dengan bantuan mak, kakak2, adik, kak jai, kak ani, chom, jiran2 yang datang rewang dari malam sampai pagi. Ada juga kuih yang orang bawak..TQ semua, budak renjer pun ada 4 orang, tolong2 kemas meja dan serve makanan.
Keadaan fizikal rumah ini memberi banyak kelebihan pada kami..ruang lebih luas, ada kawasan lapang lagi..khemah pun elok je dalam kawasan isi rumah..dan, lebih kawasan untuk mengORKID ...parking pun tak ada masalah...Sebenarnya, aku tidak pernah menyangka dapat memiliki rumah yang sebegini..Tapi percaturan ALLAH mengatasi segalanya..Skg kalau sudent datang nak belajar deco/baking pun aku tak bimbang...
Oppssss...bukan tujuan nak berbangga dengan bercerita ..(jangan nanti ada pulak yang kata nak menunjuk2 mengada2)...cuma nak syer cerita saja..kalau tak suka, mudah..Jangan baca..wakakakak....
Wednesday, April 29, 2009
Liza - Serampang 2 mata
Kek untuk makan2 ni ditempah oleh Liza dari Uithho. Umah mak liza kat Lenga, kelmarin mentua dia nak datang melawat, so liza tempahlah cuppies ni untk makan2. Liza juga datang untuk mengesahkan tempahan kelasnya pada 17 mei nanti, TQ liza.
Deco Class For Mei 2009
16 @ 17 Mei 2009 - Buttercream cupcakes -
Tuesday, April 21, 2009
Istimewa Untuk Si Dia
Kek Tempahan cik N dari KL untuk Mohd Hafez yang berada di Sg. Mati yang akan menyambut hari lahirnya esok 22 April 2009. Cik N mahukan cupcakes saiz S dengan topping buttercream yang dihias dengan lukisan hati dan rama2 dengan tema warna merah putih. TQ cik N sebab percaya dengan Ct Bakery dan Tahniah Hafez..
Kalau nak tau, cik N tak mau Hafez tau siapa dirinya...ni macam main sembunyi2 pulak ya..hehehe. Tak kesahlah janji derang bahagia..kita pun tumpang suka....ecehhh...
Kek Persaraan
Kek Tempahan Cikgu Nor Dzihan dari SK Pasir Panjang, Bkt. Pasir untuk meraikan Hari Ulangtahun ke 56 dan Hari Persaraan untuk GBnya yang akan bersara, Pn. Hjh. Aisah Palani. Kak Dzihan mahukan kek coklat moist dengan layer ganace dan bluberry . Harap kak Dzihan dan sahabat2nya berpuas hati dengan perkhidmatan Ct Bakery.
Nak tempah ? Jangan segan2..contact saja Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com . Anda nyatakan, kami realisasikan...
Purple Fahmi
Kek hari lahir tempahan Cikgu Melur untuk anaknya Mohd. Fahmi yang menyambut hari lahir ke 9. Cikgu Melur pilih buttercake dengan perasa strawberry dan difrosting dengan buttercream putih unggu sebab birthday boy suka warna pepel.
Oleh kerana kita rasa macam kosongg je maka ct pun tepeklah edible image gambo sepanbob..kan bebudak suka sepanbob...harap Cikgu Melur sekeluarga gembira dan berpuas hati dengan kek tu ya...TQ kak.
Friday, April 17, 2009
Happy Family
Kek tempahan kawan najwa , Biella..untuk makan2 sekeluarga katanya..Biella nak kek coklat moist dengan frosting buttercream..biella gembira bila jwa bg kek tu tadi, sebab Ct gunakan bc warna pink...kita tau budak2 suka warna pink..
Saturday, April 11, 2009
Kasih Seorang Ibu
N3 kali ini tentang kek yang ditempah oleh Ustz. Siti Zubaidah untuk memperingati hari lahir anak2nya Ain dan Azah. Ustz. Zubaidah nak kek marble trio dengan kemasan buttercream dan tulisan nama beliau dan anak2nya. TQ Idah sebab order dengan Ct Bakery.
Saturday, April 4, 2009
Khas Untuk Tersayang
Kek tempahan Cikgu Khoo Sze Ming untuk meraikan hari lahir suaminya yang tersayang..Khoo nak kek butter vanilla dengan filling kiwi dan difrosting dengan whip cream dan ditambah dengan peach yang landing atas kiwi filling. Kek ini telah diperindahkan dengan jeli berperisa pandan. Semuga khoo dan suami gembira menikmatinya..
Testimoni :" Ct, kek tu sedappp..hb saya makan banyak, hampir separuh..dia suka sangat , dia cakap kek tu melting in the mouth.."
Friday, April 3, 2009
Aniza Turn Sweet Sixteen
Nak Order ? Call/sms Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com . Anda beritahu, kami realisasikan...
Its Iqin birthday
Kek hari lahir untuk Iqin ni adalah tempahan Amalina lagi..untuk sahabat baiknya. Amalina mahukan kek coklat lembab dengan frosting buttercream pula kali ini. TQ Amalina.. Hope u enjoy the cake , girl...