A small homebase business at Muar town area. Specialities in cakes, cupcakes, handmade chocolate, muffins for wedding /engagement or any ocasion that u needs. Ct Bakery also conducting basic cakes and cupcakes deco and baking class such as pizza, pie, bread etc. Fresh bakes, delicious and halal. Ct Bakery also manage a homestay in Muar town area and ready 4 rental by day or weeks. .
Friday, September 25, 2009
Salam Aidilfitri
Raya tahun ini aku macam biasa sahaja, sederhana , seadanya dan ikut kemampuan poketku (yang ternyata tidak setebal orang lain)..ku cucuk kepingan plastik ke dinding, jumlahnya sama sahaja..tidak bertambah atau berganda...kwang3x...tidak mengapalah.aku bukan jenis orang yang 'biar pape ase bergaye..'
Kat umahku pun tidak ada perabot yang ditukar, sofa lama tu antar reper mana2 yang patut, tapi langsir aku buat yang baru la, bukan apa, langsir umah lama tu 2 tingkap je, tapi umah sekarang ada 13 tingkap...ala, aku beli kain jersey yang murah2 je..konsep warna - biru turqoise...dinding dan langsir, semua usaha sendiri dan habang misaiku...semua yang dilakukan atas dasar keperluan sahaja...
Hah? kuih muih? Ada gak..aku buat 3 jenis biskut je - cornflakes madu, green lace , biskut badam , tart pie (beli) , kacang salut, dan aku sediakan 4 jenis kek - lapis masam manis, lapis coklat horlick, kek cekelat dan kek buah...tu je...aku buat sekali untuk bg pada mak dan mertua ku saja...
Yang datang umah ? forumer Cari - Cikgu Hani dari penang, Cikna dan Civicsi dari Sg Merab...sedara mara, sepupu sepapat jauh dan dekat pun ramai yang singgah, alhamdulillah...meriah umah, adik beradik abang dan adik beradik aku datang pada raya ke 3..alhamdulillah, umah baru ni beri kelebihan pada semua yang hadir , sebab lebih selesa dan lega...hem itulah serba sedikit sambutan hari rayaku....
Thursday, September 10, 2009
N3 tertunda : Nurin Naziha
Tuesday, September 8, 2009
Ragam Manusia...
Sebetulnya aku agak kecewa dengan sesetengah orang...sanggup menipu orang lain dengan menggunakan nama aku demi nak dapatkan sedikit habuan..Malas nak cerita panjang2 la...Senang kata camni, untuk pengetahuan semua, Ct Bakery tak pernah melantik mana2 individu sebagai proksi atau wakil Ct Bakery, sebab Ct Bakery ditubuhkan bukan hanya tujuan untuk berniaga semata2, tetapi lebih kepada kepuasan diri dan mengisi masa terluang disamping mengembangkan minat dan bakat yang tak seberapa ni...
Sebarang urusan berkaitan Ct Bakery adalah lebih baik ditanyakan terus kepada Cikgu Ct...jika ada pihak lain mengaku sebagai wakil Ct Bakery, maaf itu sama sekali tidak benar..Dalam dunia hari ini, ramai orang yang pandai bermuka2 dan mengambil kesempatan...jadi lebih baik berwaspada.
Kepada hamba Allah tersebut , janganlah mempergunakan nama Ct Bakery untuk kepentingan anda, kita hidup ni tak lama, jangankah diisi dengan perkara2 yang merugikan..ruang masa terbuka, berhentilah dari perbuatan anda yang jelas2 menginayai orang lain...
Saturday, September 5, 2009
N3 Tertunda : Untuk Yang Tersayang
Kek tempahan Norhana dari Jasin untuk tunangan tersayang, Jasmin (Sg . Rambai) yang menyambut hari lahir 30 Ogos yang lalu. Nana tempah kek coklat dengan hiasan bertema putih merah dan topping ganace. Masa menghantar kek ni kat Pt. Sidang Seman, syok gak tengok En. Jasmin tu terkejut , yalah baru bangkit tidoq, ujan2 pulak tu, tak kenal pulak dengan ct , tetiba dapat kek, tapi senyummmm sampai tinger bila tau sapa yang hantar kek ni...hehehe...
N3 Tertunda : Hanya Untuk Fatin
Monday, August 31, 2009
Selingan : Bukan N3 Kek
Pertama2 - Ampun dan maaf kepada semua pembaca jika saya ada melakukan kesalahan dan kesilapan secara disedari atau tidak sepanjang berblog ni..yalah, manusia tu kan tak sunyi dari sebarang kesilapan...di bulan yang penuh keberkatan ini apa salahnya kita bermaaf-maafan kan?
Salam Kemerdekaan juga untuk semua, sedar tak sedar dah 52 tahun kita mengecapi rahmat kemerdekaan, jangan ada antara kita yang berniat untuk menganggugugat kenikmatan sebuah negara yang merdeka ini dengan menyokong dan melibatkan diri dengan aktiviti menjual kedaulatan negara...bila tengok kekacauan dan peperangan di tempat orang , barulah kita sedar betapa nikmatnya hidup di Malaysia...Macam tu pun masih ada yang tak sedar lagi!!
Cuti sekolah dah habis, esok kita akan mula bersekolah...Anak2 pun dah cakap, mereka akan bertambah penat...sabarlah anak2ku..itulah namanya cabaran orang berpuasa...Allah nak uji adakah kita tabah dan sabar dalam melaksanakan ibadah ini..seorang rakan berbangsa cina berkata padaku semalam, dia tabik dengan orang islam esp kanak2 yang berjaya menunaikan ibadah puasa dengan jayanya..kalau dia, dah mati agaknya...Kata2nya aku sambut dengan senyuman dan aku terangkan sedikit sebanyak tujuan berpuasa bagi orang islam..Terangguk2 dia.faham agaknya....baguslah...
adik khusuk tengok shinchan kat youtube
Kekadang aku buat 1 jenis juadah dan belikan setengah dari hidangan yang dimintak , cthnya masak yong tau foo/mee bandung/spaghetti carbonara/ maggi goreng , pas tu beli je 2 - 3 jenis dari menu wajib derang...settle...Aku pulak suka makan bubur lambuk..kekadang beli je semangkuk dua...malam untuk sahur, aku biasanya masak lauk ringkas2 je...tak yah beriya2 masak kicap/asam pedas bagai...tak de maknanya derang nak makan.lauk telur mata kerbau atau telur ceplok dah cukup..dengan ikan bilis goreng dengan bawang dan cili...haa, yang ni lakulah...alamak, tak kesempatan pulak nak shoot gambo muka poyo derang makan sahur...
Lepas sahur budak2 ni biasanya tak tidur, tengok tv, kartun , pas tu solat subuh dan tengok lagi tv sampai siang...pas tu break jap.mandi2 buat aktiviti lelain..gitulah setiap hari....tapi esok rutin sudah mula berubah...
Tuesday, August 25, 2009
Miniature In D' Making
Ini adalah kerana proses pembuatannya yang agak cerewet dan memakan masa..yalah benda kecik..hiasan pun nak kecik2 kan? kalau beso gabak tak sesuailah..pas tu benda kalau kecik, sudah tentu susah sikit nak mengerjakannya...tumpuan masa sepenuhnya hanya padanya.sedangkan persediaan bahan dan alatan sama aja macam kek fondant beso...tak tahu nak buat keputusan nih....AKU DALAM DILEMA....Wakakaka.....
Pas tu, HARGA pulak..pun membuatkan aku penin..Letak murah tak balik modal dan upah, letak mahal kan orang KOMPLENNN....Aku dapat tahu seorang baker terkenal di KL meletakkan harga sebiji miniature cakes ini rm 30.00..tapi dia orang tak kesah nak bayar , ada gak yang muncul dengan kata2 " ala..dia dah famous..rega kek dia mestilah mahal sikit.." Abis tu? Kami baker2 yang baru nak maju setapak ni kenalah jual murah2 gitu ke ? Kita pun kena guna bahan yang sama...kos pengeluaran pun hampir sama je..
Untung je tak sama..kalau kat Bandar Pencen ni , tak de maknanya nak dapat kaut untung...dah kalau bahan mentah dan bahan2 macam solo cup pun mahal (kena beli kat KL/Bangi je - tambang dan minyak keta nak kena kira gak kan?) ...pelanggan asyik nak murahhhh je..boleh untung banyak ke? Sib baiklah cinta hatiku di bidang ni...tu yang terus bertahan tu....
HANGIN? Tak de la hangin.saja je nak bagi orang celik...dah selalu sangat benda orang cakapkan.... sebenarnya yang anda bayar untuk sesuatu kek tu adala skill/ kemahiran berdasarkan hasil karya seni kan..pas tu ada pelanggan suka sgt banding2kan hasil keja seseorang..atau mintak kita buat kek serupa dengan baker pilihannya..mana boleh dikk...kan tangan orang lain2..myb Si A master dalam fondant...Si B master dalam buttercream...halus mulus je hasilnya....takan serupa kalau kita nak si A buat macam Si B...setiap individu tu unik..ingat itu....
Pada aku, kita ni kenalah fleksible dan saling perlu bertolak ansur..kalau mmg btl2 nak hasil yang perfect, order aja dengan si perfect itu..tak kiralah hargany
mahal ke apa...tapi kalau budget kecik...lagak dan kemahuan je beso..tak de makna nyer.....Jangan meminta keterlaluan...sesuaikan dengan yang ada...
Kalau hakulah, (baker lain pun serupa rasanya) bila sanggup terima sesuatu tempahan , bermakna aku akan berusaha bersungguh2 untuk memastikan ianya terhasil sebagaimana yang dikehendaki...cacat sikit2 tu adatlah...So pada pembaca budiman yang bijaksana dan bijaksini...pkkanlah apa yang aku luahkan ni...janganlah memandang baker melayu macam kami ni terlalu rendah...nak banding2kan dengan baker cina...kek melayu tak sedaplah! yalah mmg kek derang tu lebih sedap sebab dalam tu ada kahlua/cerry brandi/sherry/rum...HALAL KER?? Hua hua hua.....
Sepatutnya orang melayu teguh menyokong produk halal yang dihasilkan oleh melayu juga....barulah ekonomi melayu dapat dijana dengan baik...ni tak bayar dengan baker melayu berkira, kedekut..tapi kalau kat kedai cina tu tak berkira..berapa sebut terus bayarrr...adoyaiiii....
Monday, August 24, 2009
N3 Tertunda : Cheezee Cake Crazeee
Ni sebahagian dari tempahan Cik Mala dari UTHM..sanggup woo datang amek kek jauh2 tu..hehehe..Mala ni ciskek dan chocolate crazyy katanya , nak ciskek pun atas bawah luo dalam buh cekelat....suka cekelat cair meleleh2 atas ciskeknyer... So ct buatkan black bottom ciskek + cekelat + ganace cekelat cairr meleleh...hehehe...
Mala juga tempah 5 biji kek comel untuk *tut** ahaks...romantik gitu...pas tu kita pun belanjalah anak2 makan ciskek gak...derang tanak base...ciskek aje..siram pulak dengan bluberry..hemph..tak sanggup tunggu sejuk dah settle kena serang....
Kek Sarang semut ni pulak tempahan Kak Rosnani , kerani PDRM Muar . Hehe..kek ni mmg tak laku kat umah haku...bebudak tak hengen..tak tau ngapenyer..
Pada hari yang sama, aku juga menyediakan sebiji lagi black bottom ciskek untuk Yati dari Bukit Pasir. Yati tempahkan untuk sambutan hari lahir maknya yang jatuh ada 1 ramadhan..tapi tak sempat nak amek gambar, kek dah deliver..TQ yati..lain kali tempah je terus dari akak....
N3 Tertunda : Akikah cuppies
N3 Tertunda - Che Azimar Birthday
N3 tertunda - Amirul Farhan Birthday
Haku terima tempahan kek comel ini disaat aku mulai sakit mata 10 Ogos yang lalu. Kak Noraida Abu call aku mintak tlg buatkan kek comel untuk anak bujangnya, Amirul Farhan yang menjangkau usia 11 tahun pada 11 ogos yang lalu (hehehe...sama date dengan birthday aku le ).
Kak ida kata buatlah apa2 deco...asalkan sesuai untuk budak lelaki...n 3 biji kek comel tu nak bagi kat cikgu amirul..so aku deco dengan bola dan rumput, butterfly, buku dan pensil...