Thursday, October 20, 2011

Tutttttt....Tuuuuttttt..Tuuutttt...tuuuttt....

Ahaaaa...dah sampai dah trak ya..
pekerja2 pon dah ada...
barang2 dah siap packing...

YA...KAMI DAH BERPINDAH DARI RUMAH NI...

KENAPA ??

SEBAB RUMAH NI ADA MASALAH NAK UPDATE...

JUMPA KAMI KAT SINI


Rumah baru akan menjalankan aktiviti yang sama..
nak tempah atau kapkek atau homestay

boleh contact sy - cikgu Ct 013 6315909. Tq

Monday, September 19, 2011

Bila Nak Rajin??

Assalamualaikum...
Ya Allah...btl2 terabai blog ni kan? Kenapaa?mmglah kerja banyak..
plus skg tengah galak buat latihan intensif dgn budak2 bakal PMR..
masa ciput..tak leh nak suka ria mcm sebelum ni...

Arini tetiba rasa rindu pulak dgn blog ni..huhu...
rasa gatal je tangan nak menulis..
rasa gedik je nak mengupdate..
entah rasa ni berkekalan ke tidak...
hanya Allah yang tahu...

Dalam mengharungi cabaran sebagai pembuat kek separuh masa..
dah banyak suka duka ku tempuhi...
kena marah pelanggan..kena tipu..komplen tu tak yah ckp la
kena tikam dari belakang..(sakitnya ati, Allah saja yg tau..)
tapi semunya dapat ku telan dan dengan tenang ku tempuhi..

Sebagai seorang guru, banyak yang aku dah alami sepanjang 20 th ni..
berbagai ragam manusia dah jumpa..yang bendul..yang talam..yang batu..
yang lalang..yg tebu...yg biskut..yg sekam..semua ada...pilih je nak macamana...
aku selalu terpinggir dari senarai mereka kerana tenggelam
dalam duniaku yang tersendiri..kerap bersunyi-sunyian dalam gua
tapi tak penah terputus hubungan dgn alam cyber..

Aku mmg suka IT..aku bisa hilang jiwa dan merana
jika tiada 'buku nota' kesayanganku ini...
Kami ibarat aur dengan tebing...saling memerlukan...
tapi aku tak la smp tahap gila dan mabuk IT..
Sayang nak kelip mata gara2 menatap 'muka buku'
berchenta bagai nak rak dgn ntah sapa2 dalam Tagged..
berkicau dgn irama tweet burung ..
burung apa? burung murai....

burung apa? burung murai....

mm..apa aku melalut ni?
ntahhhh...saja2 je tulis apa yg berkelaruk dalam kepala ku..
buang sikit cas yang lebih...hahaha..

Gambar2 kek? Ada...nanti update e..hehe..
k lah..ingat nak melawat dan menyapu kat satu laman tu..
nanti kita dtg sini lg ya...adioss


Monday, May 23, 2011

Oren dan PLUS

Kek tempahan En Sulaiman, Pengurus PLUS kaw. selatan untuk majlis pertunangan anak lelakinya dgn gadis N9. Semua selamat semuanya..Terima kasih..






























Friday, May 20, 2011

Sambung lagi....

1. 2 biji kek coklat dgn ganace - tempahan Hjh. Kamariah,
katanya dah selamat kek tu dibawa ke utara..thanks kak...




2. 1 set cupcake hantaran tempahan Cik Norhidayah untuk
majlis pertunanganya . Thanks dayah...


3. set kek Pakej 1+35 fondant , tempahan cik Tasya sebagai
hadiah kepada rakannya yang berkahwin. Thanks tasya..erk..awak bila lagi?



4. 2 biji kek fondant ni pon tempahan tasya juga bagi pihak
rakannya...



5. Kek fondant bertema bby - untuk display d satu majlis yang dihadiri
oleh Ct Bakery



6. kek fondant tempahan Tasya untuk hadiah perkahwinan
sepupunya di yong peng..


Bila Bahagia Mula Menjelma...

Apa kes?? Sajeeee je..bukan pape pon..
cuma hati dah nak mula bahagia - kerja kursus yanng bertimbun dah nak selesai..huhu..maka, kuranglah stressnya...

Tanak cakap banyak2 la..meh kita tgk apa ada...

1. 1 set cupcake yang ditempah oleh cik Yasmin
untuk meraikan hari ibu 8 Mei lalu. Thanks meen...




2. 20 pcs hantaran cupcakes ditempah oleh Cik Mazlina,
warna unggu putih, gaya English garden. Thanks mazz... 

 



3. cutting cakes pakej 1+35 tempahan Cik Azura @ Pt Karjani, Pt Jawa
tema merah putih..thanks Azura



4. set cupcakes untuk buah tangan PM Malaysia, Datuk sri Najib
sempena lawatan kerja sehari ke Muar .



5. design fancy cookies tempahan cik Azah dari Tanjung Agas
untuk wedding goodiesnya..thanks azah



Sunday, March 20, 2011

Maafkan daku...

Assalamualaikum..lama betul blog ni terabai ya...
bukan dah lupa..juga bukan sengaja...
cuma mmg kesempatan tu tiada...
tambahan pula macam dah tumpul kata nak berbicara...


mesti org kata..mcm sebuk sangat...
tapi itulah hakikatnya..
semua tugasan dan tanggungjawab dah berderet2 mintak disentuh..
akhirnya ada yang terus tertangguh..
nak update, gambar mmg banyak..
tapi masalah utamanya..
KAMERAKU..entah mana dia menyorok
atau disorokkan...
puas cari..tak nampak bayang..
yang ada sedikit gambar dari HP cap ayam..
(kira mahal jugak la kan..ce tgk sadin cap ayam tu..dah cecah rm 5.00++)
nak upload bukan tanak...
sikit2 je..tapi kat FB (Cikgu Ct Man)
dah banyak yang naik
kat sini..kenalah tunggu
sebab nak naikkan banyak gambar dan cerita..
jadi, sabar2 lah ya...


Untuk pengetahuan pembaca..
(erk..ada ke yang ak baca?)
tempahan homemade cakes n cuppies masih terbuka..
nak belajar pon boleh susun masa..
pokoknya insyaallah semua masih ada..
cuma tak de masa nak berbual bicara..
tak susah, senang je caranya..
ADD sy di FB , atau call/sms
no tel ada kat tepi tu...
jgn malu2 ya...


tapi sebelum tu nak bgtau,
Saya ni bukan baker profesional..
pengetahuan pon sikit je..
kemahiran insyaallah adalah juga..
kalau rasa2 demand tu tinggi..
maaflah, myb bukan saya pilihan utama..
tapi kalau anda yakin dengan bakat saya..
INSYALLAH..sekuat daya saya akan berusaha..
terima kasih daun keladi pada pelanggan yang  menyokong
CT BAKERY selama ini...
jika ada yang kurang sempurna, tegurlah saya...

Saturday, January 29, 2011

Dalilah..Percayalah, Bahagia Itu Milikmu..

Hari ini, Adinda Dalilah yang kecil molek dan ayu
telah menjadi pengantin jelita untuk Halim..
lelaki bertuah dari Melaka..
Selamat Pengantin Baru..semuga kekal bahagia selamanya..



Minggu Akhir Januari..

Tempahan2 dari Pn Najiha , Rakan Fb..
yang tema bola ni untuk suami kakaknya atau abangnya..
sorry x pasti ya..maaflah, kalau kurang memuaskan hati..




yang set cuppies fondant merah putih ni pulak ditempah oleh jia untuk Anniversarynya..tahniah la ya dik..Tq la sebab mencabar sy untuk buat topper figurin macam tu...alhamdulillah..boleh la buat lepas ni ya..




Merah jambu pilihan dara,
Putih bersih pemadan warnanya
Bila hati memilih sidia..
didoakan kekal bahagia selamanya..


Adinda sepupuku, Nur Ilmi Md Som telah selamat
diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Man..
semuga bahagia kekal abadi..





Rahsia dibawah tier itu..hanya kami yang tau..hehehe...


Yang ni pulak, tempahan dari wany, Pasir Gudang..
buat supprise ibu mertuanya di Pt keroma..
rupa2nya Cikgu Normah, mantan guru sy n kawan seperjuangan..
hehe..dunia ni kecikk je ya..

 

Dan..Kelas Pun Bermula Lagi...

Assalamualaikum..Kelas baking pembuka tirai 2011..
diadakan pada 7 jan lalu..
dihadiri oleh Noor Saadah Mashudi,
rakan sekolah yang telah berpuluh tahun terpisah..
dtang jauh dari Kg Melayu Raya Sagil..
Bakal usahawan terkenal...
belajar kelas Aneka Roti




Buat persediaan awal - inti dsbg..




kelas express - mula kol 2 - 6..siap dah..
semua berjaya...



Kelas Kedua - Pn. Rumizah Sebah, staff
Kolej Matrikulasi Tangkak,
dtg belajar kelas basic deco..





Hasil tangan Rumizah..

Tuesday, January 11, 2011

Antara Kek dan Pulut kuning...

Ramai yang memilih kek..
tapi ada juga yang mahukan pulut kuning..
tugas ct - berusaha memenuhi kehendak pelanggan
selagi mampu..


Tempahan pulut kuning ni datangnya dari pengantin popular
merangkap x studentku - Che Dah dari Sg Abong.
menempah untuk memenuhi hajat ibu tersayang
yang tidak dapat menjamah pulut ini sewaktu majlis perkhawinan
tempoh hari, sekali gus meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
Mekasih cik dah...




Pulut yang lg satu i tempahan orang jauh..mek Klate..
untuk majlis sambutt menantu di rumah mentua
di Taman Suria, Jalan Salleh. Salasiah juga menempah
kek perkahwinan pakej 1+35 dengan tema warna hijau apple dan putih.
TQ sal...




kek kahwin yang ni pulak, pakej 1+35
milik Mohd Dasuki dari Kg Pt Tengah, Air Hitam , Muar.
memilih tema merah putih dan oren, Dasuki minta
kek di hias dengan bunga ros segar untuk mewangikan lagi
majlisnya..Thanks Kie n ana...



Kapkek tempahan Nani Yasak untuk sambutan hari lahir
ibunya tersayang di Kg Pt Karim, Bt. 18, Air hitam. thanks ya..



Kapkek yang ni pulak tempahan Pn Halimah
dari Tmn Impian Murni untuk pertunangan
anakanda tersayang , Ika. Mahukan tema Oren, hijau
dan putih , satu taman yang manis telah ku cipta..
Tq Pn Halimah..

Dari Selatan Ke Utara

Untunglah Kapt. Umi..sebab Kek perkahwinan dan hantarannya
di taja oleh kakak ipar, Maisarah yang pernah ct sediakan
keknya tahun lepas. Umi memilih gandingan
warna pink dan putih..hmm..romantik sekali.





Yang ni pulak kek tempahan SM Tuminah , IPD Muar
nak bawak ke utara katanya..hadiah atau hantaran seseorang..
nak cupcake fondant bertema biru n pink
design sama dengan Pn Azizah.







Hantaran yang ditempah rakan Fb - cik Huda Ani..
katanya untuk hadiah pertunaangan sahabat baiknya
di Semerah.



Kek tempahan Cik Zuriana aka Cik Honda Wave (kaki rempit ni)..
untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinan
ibu bapanya yang ke 34. Semuga kekal bahagia ya..