Sunday, December 7, 2008

D'Gurney Fondant Class

Semalam g KL kat Gurney Height jumpa kak Ida Merpati66 untuk belajar basic cara menghias kek dengan fondant. Aku travel sensorang naik bas , kemudian jumpa adik , dia hantar ke Gurney dan dia balik kg. Kak Ida ramah mesra orangnya, mcm dah bertahun kenal pulak. Alhamdulilah kak Ida memudahkan pembelajaran yang pada awalnya aku anggap susah..tapi dengan methodnya memang mudah dipelajarai oleh orang seperti aku yang tahu sikit2 je.

Kami menyediakan 3 set kek berfondant, 2 dummy dan 1 kek sebenar, aku nak tahu apa masalah yang mungkin timbul kalau pakai kek betul. Dengan panduan dan tunjukajar kak Ida, semua dapat diselesaikan mengikut jadual. Alhamdullillah, semuanya selesai pukul 4.00 dan kak Ida hantar aku ke Stesyen Putera Damai. kemudian turun di Masjid Jamek, aku jalan2 kat pasar malam TAR...pukul 6.00 ku menapak ke Puduraya bertemankan payung yang kak Ida kasi , lepas makan aku lepak2 kat kawasan platform 1.

Allah memudahkan perjalananku, aku sepatutnya naik bas pukul 8.00, tapi bas pukul 7 yang masih ada seat kosong membantu, so dapatlah aku balik awal sikit. Alhamdulillah,aku sampai di Muar tepat jam 10 malam. Tengolah hasil tangan ku ini...Terima kasih kak, budi dan jasa akak akan ct kenang sampai bila2..Insyaallah, ct akan attend kelas dengan akak lg tahun depan..



Set 1 - Ribbon cake (dummy)



bila dah siap attach...taraaaaaa...

Set 2 - Wedding Cake (dummy)
lepas tutup kek, buat dan attach hiasan kat atas

pas tu..cantikkan



hehehe...ada bulung2 aaa....


dah siapppp....taraaaaaaa
Set 3 - Kek untuk baby

Buat bby dulu...Batu nesan kata kak Ida

Boh bby n selimut atas cadar merah

kemaskan...taraaaaaa....
Anda berminat ? Mudah sahaja..Sila tempah dengan Ct Bakery di tel 06 9539435 atau 013 6315909 atau boleh email ct di cguct1970@yahoo.com , tema warna boleh dirundingkan mengikut kehendak anda (tertakluk kepada terma dan syarat)

2 comments:

merpati66 said...

tahniah ct semuga allah membuka pintu rezeki mu melimpah ruah ya...ilmu yang ada elok kita kongsi sebagai amal jariah kita ..amin..hehe ingat satu ajee kita yang buat kek tu..hehe
kak ida bakery
http://merpati66.fotopages.com

Ct said...

TQ kak..sama2lah kita share ilmu yang ada..aminnn