Minggu lepas Kamalina aka aimi dapat email yang tak disenangi mengatakan kamalina copycat..melenting kamalina, yalah aku faham perasaan dia..sesedap rasa je orang mengata pada kerja kita. Kenapa aku rasa perlu nk clarify pasal benda ni ? Minggu ni aku pun dapat email somebody dia taruk nama anon@yahoo.com , katanya - copy design anna (bake fresly).. dah tak de idea nak pk sendiri ?
Pas tu kat cbox pon ada orang nama ary cakap benda yang sama...eh eh eh..Ary kata dia bg teguran ikhlas, tapi pada aku tak ikhlas (siapa awak sebenarnya? )..kenapa? sebab kalau dia baca n3 yang aku buat, aku mmg ada mention nama anna..Cik anon pulak, design mana yang saya rompak tu ? kalau betol2 berani , awak mesti bgtau sapa awak kan ? bukan bg nama anon je...Tu ramai lagi yang tiru buat design siap Arsenal la, MU la, LV , Spanpob dan kengkawan dia, SSC,pooh dll ...memacam lagi tu, tak teringin plak anto email sound derang ???
Macam ni la, seingat akulah kan, rasanya aku tak pernah cetak rompak design kek/cupcakes orang pas tu post kat blog aku, cakap ni design aku cipta...tak penah pon claim...TQ and sorry for anna atas idea design itu yang telah dipinjam oleh ex sudentku ...Dan itu bukan ct jadikan sebagai salah satu modul pelajar yang amek kusus deco dengan Ct Bakery...so, anna jangalah bimbang ya ...
Mmg aritu ada budak BP datang belajo buat cuppies fondant dengan aku, dia nak sangat buat cuppies design macam ana buat, siap dengan warnanya sekali..bukan aku suruh pon, dia mmg peminat anna..dan dia kata dia link dengan anna...kebetulan aku mmg bukak tenet masa tu..dia tengok dan buat cuppies pkai tu..bukan banyak..sebijik je.
Dan bila post entry kat sini , aku tak cakap pon aku design ke hape, siap aku mention kredit kat anna bake fresly, siap mintak halal lagi...aku penah tulis kat blog anna, aku nak mintak halalkan beberapa design yang aku minat nak simpan..tapi tu la..tak tau nak cakap, kerenah dan pemikiran manusia sukar nak dijangka... Aku rasa bukan aku sorang je simpan gambar2 cuppies yang cantik dan menarik minat ni..ramai lagi kan? tu yang kita tau..yang tak tahu ??
Abis tu, aku penah g belajo dengan lynn hassan , kak ida merpati, chef azman, cheff Yee dan lain2 tu, aku dapati derang guna design/ nozzle/ bahan/alatan yang sama..so derang pon copycat jugak ke??
Sepatah kata kak Zatidhati, nak kata benda tu exclucive kita punya design pun susah, sebab tekan2 pencetak - keluar bentuk sama, tekan2 nozle - keluar design yang sama, kenapa ?? sebab sumbernya sama, kita guna alat/rujukan/bahan yang sama..cuma mungkin cara letak dan warna yang berbeza. bukan kita beli benda houte couture..specially design juz 4 u...
Entahlah.benda macam ni susah nak cakap..sebab once kita publish sumting kat web/internet, kemungkinan orang tengok, tiru @ amek idea dan buat lebih kurang sama mmg sangat tinggi...Kalau nak elak benda ni senang aja, patentkan ciptaan anda di bawah harta intelek, so orang lain tak boleh amek idea..sebab dah ada trademark...
Pada ct, kalau ct post n3 gambar cuppies, lepas tu ada orang minat nak buat, ct halalkan..stroke tangan memasing pun berbeza kan..takan dapat 100% sama..Ct anggap tu sedekah amal jariah diri kita..bila orang suka, kita pun dapat pahala kan ? tapi sedarkah kita sebenarnya semua orang memang meniru idea orang lain , cuma kita olah dengan gaya kita ... tak percaya ? check balik, tgk...sikit sebanyak idea orang lain memang menyumbang dalam segala aktiviti kehidupan seharian kita sama ada kita sedar atau tidak...so pk2 lah sendiri....
13 comments:
Saya tetap menyokong akak dr jauh....
Sesungguhnyer tiada hak cipta terpelihara didalam islam apabila sesuatu ciptaan itu telah dipamerkan kepada umum..
alahai..mcm tu punya cerita pun ada ker..?
kreativiti atas kek bukan seperti kreativiti dalam bidang penulisan. dalam bidang penulisan perlu ada hakcipta kerana menulis menggunakan idea, akal, emosi hak milik penulis itu sendiri. di atas sebiji kek apalagi cupkek,apa sangatlah design yang dapat dibuat? aku hairan mengapa mesti bising pasal sipolan tiru aku, sipolanm tiru dia. masing-masing kan ada sasaran bisnes masing-masing. apa yang takut sangat bila design ditiru? sepatutnya berbanghga kerana itu bermakna ada orang sedang mencontohi kita. ini cakap yang berfikieran positif. Yang negatif, mesti menyumpah aku cakap macam ni.
Shida - Tq yang kerana selalu bg semangat
casa'oma aka ana - manusia sukar dibaca hatinya...
Pinat - sedih dan terganggu ct sejak semalam..hati berbuku..maka terhasillah n3 ini..
Kak zati - tq kak..ct bangga dengan pendapat akak , sememangnya bidang penulisan dan bakery jauh berbeza....
salam ct
aduhai sedihnya baca kisah tu. Benda remeh temeh pun dpt dijadikan isu.Sabar aje ct..
TQ kak nik..tulah manusia...tak pernah puas dengan apa yang ada
Salam perkenalan CT...
saya selalu singgah blog CT.
pd pendapat saya... dlm perniagaan mmg ada org yg iri-hati/cemburu. Nie baru kes tiru meniru... yg jadikan kenegerian sebagai isu pun ada pd hal kita nie satu negara.... RAKYAT MALAYSIA!!!!!
Dlaam berniaga fikiran kena positif dan stabil....
SEMOGA TERUS BERJAYA....
Hai Sweetmum..TQ sebab sudi jenguk blog ni selalu..keep it up..TQ
salam kak...ooooo....kes lebih kurang je ni..saya rasala, org yg sama la kak gy komen mcm ni... ntahla kan..org2 mcm ni apa yg diorang rasa ya?? seronok agaknya menulis yg bukan2 kat blog org...
saya pun selalu gak cakap kat customer saya, kalau ada design menarik, nanti bg gambar & saya akan buat mcm yg diorang nak...dan selalunya, saya blh camla design tu dari mana..mmg saya akan bgtau empunya tuan awal2... dan betul cakap akak, even kita buat pun, takkan dpt 100% sama..sebab tgn kita lain2.. hmmm..saya suka dg pendapat kak zati... org2 yg suka komen tu patut baca apa yg kak zati tulis... baru dia tau.. kdg2 tu saya wonder gak org yg komen tu, adakah design dia mmg lain dari yg lain?? tak berani lak nak expose diri tu kan?? bgla kita tgk sikit hasil kerja dia... betul tak??
alah kak ct...org yg hantar email layang camni..kita biarkan aje email tu melayang ntah ke mana2,tok sah amik port...
org2 macam ni mmg dengki...kalau dia ikhlas menegur,tader nyer nak pakai nama Anon ke ape ker....
abaikan ajela...
Kakct tgk ajelah dari sudut positif...iaitu...kak ct meme glemer..sampai ada org dengki2....hehehe.....
mcm org sabah kata...org yg macam ni...dia cuma nak minta pujijer....
salam
tumpang menyampuk sekadar utk memberitahu
quote anda:
"Kalau nak elak benda ni senang aja, patentkan ciptaan anda di bawah harta intelek, so orang lain tak boleh amek idea..sebab dah ada trademark..."
komen saya: harta intelek, paten dan cap dagangan (trade mark merupakan 3 entiti yg berbeza di mana paten dan cap dagangan merupakan elemen utama dalam harta intelek.
sumber: www.myipo.gov.my
:)
-b3skut-
Hai aimi...akak pun rasa mmg macam tu, derang ni orang yang sama..
hai zana, akak tak putus asa atau down pn..malas nak pk...let it be..
En/cik B3skut...saya tahu apa yang awak maksudkan..saya faham..cuma saya cakap mcm tu nak cepat taip je..tQ 4 the info...
Post a Comment