Wednesday, August 19, 2009

N3 Tertunda : 3 Tier Wedding Cakes 4 Double Brides


topper...1 kg




hadoiii..teleng kepala nak buat seme ni...



2nd tier

3 tier - dengan nama 2 pasang pengantin

3 tier wedding cakes set ni ditempah oleh jiran setaman, Pn. Anne untuk majlis perkahwinan 2 orang anaknya yang dibuat serentak. Pada mulanya, aku nak batalkan sahaja tempahan ini memandangkan mataku yang tenah teruk sekarang, tapi dia minta sangat2 jangan batalkan tempahan itu.

Maka, dengan mata yang ceme aku gagahkanlah jugak membakar dan menyemen kek tu dengan bantuan mata anak2ku dan habang misai...selalunya kalau 3 tingkat macam ni aku boleh siapkan menghias dalam masa 3-4 jam..tapi la ni aku buat pelahan2, aku mula kol 3 siap pukul 9.00 mlm...

Kek ni berukuran 12" , 10" dan 8" dengan berat lebih dari 5 kg. Isinya topper kek pandanbutter, 2nd - vanilla lemon buttercake dan yang bawah sekali - paling berat - Chocolate moist cakes. semuanya dengan frosting buttercream icing yang ku godek sebanyak 1.8kg

p/s - Ada beberapa perkara yang membuatkan aku sedih dan terkilan kerana kek ini..tapi biarlah aku simpan sendiri, asam garam hidup seorang peniaga kecik2 macam aku ni..apatahlagi baker melayu...paham ajalah mentaliti orang kita! tak apa..aku jadikan sebagai pengajaran..next time aku kena bertegas!Sedihlah bila bayaran yang aku terima tak setimpal dengan hasil kerja ku..balik modal sahaja..

2 comments:

Hayati said...

sabar sajalah ct. Lain kali suruh aja mereka buat sendiri. Mereka tak menghargai susah payah kita, skill kita dan masa kita.

Ct said...

Tu lah kak...susah sangat nak ubah mentaliti orang kita ni..