Sunday, October 18, 2009

Citra Cinta Hana Dan Jasmin

Kek tempahan Raja sehari Cikgu Norhana dan Jasmin dari Bemban , Melaka. Hana nak tema warna putih dan merah..tapi ct bagi sikit sentuhan warna kuning pada tengah bunga putih tu...tak le dull sangatkan? supaya nampak lebih 'hidup' dan 'meriah' gitu...

Hana menempah 1 set kek 3 tingkat yang terdiri dari sebiji kek berbentuk pecah lapan sebagai topper dan 35 biji kek comel siap dome untuk acara memotong kek..alhamdulillah, semuanya dapat diselesaikan tanpa banyak masalah....



bunga handmade Ct Bakery ....tak taw bunga apa....hantam je la...
penat mengulit berhari2, hilang bila bunga menjelma sesuai imaginasiku...





set 1 - Merah, lambang keberanian Jasmin menyunting bunga di taman Pak Karim , 3 kuntum melambangkan ' I love U'












Set 2 - 2 kuntum bunga putih membawa erti kesetiaan dan kepercayaan, ku pertaruhkan pada suci cintamu....(hana)










Set 3 - Merah , sehangat sepasang hati yang telah dipanah kasih, 3 kuntum bunga mungkin menceritakan ' U're mine forever'...













Yang ni toppernya - sejambak cinta, setia dan kasih sayang dipersembahkan Hana untuk teruna pujaan...Semuga kekal abadi mewangi selamanya....











Untuk Norhana dan Jasmin, semua bahagia hingga ke akhir hayat..
Jangan blur2 eh ?
( ni la budak jasmin yang dapat seperais kek comel bulan pose aritu, yang terkujat , terkulat2 dan termanggu2 bila ku hulur sekotak kek hari lahir dari Hana...mana taknye, member tu baruuu je bangkit tido, ujan2 pulak tu...hehehehe...Jangan mare nooo...)

p/s - ada orang kata akhir2 ni ct semakin jiwang...ye ke? bukan jiwang, cuma nak luahkan katahati yang sama indah berbunga2 kerana seronok dan terhibur semasa menyiapkan sesuatu set..kita turut selami dan hayati apa yang kita buat.....

No comments: