Merah keberanian bukan sekali,
Putih selalu melambangkan suci,
Biru setulus hati yang rindu,
Kuning tanda cinta abadi....
Sepuh keemasan dicita raja sehari,
tapi bukan senang nak direalisasi,
Kuning masih pilihan dihati,
agar tema dipilih tidak dikianati....
Dari Jln. Junid bawa ke Mersing,
kek ditempah melalui halaman jaring,
Demi kasih dan sayang yang kembang seiring,
harapan adik tercinta tidak dihampa....
set 1 - cintamu sentiasa mekar dihatiku , kembang berseri jambangan hati
set 2 - kasih ditempa emas tempawan , kilau perak memukau hati..
Set 3 - Taman astakona belahan jiwa...
p/s - entah mengapa, tatkala mengerjakan set ini, hatiku berbunga riang..indah sekali, walaupun aku perlu menyediakan semua bunga2 ni sendirian...tapi semuanya indah sahaja , halus hatiku membuatnya tanpa bantahan...bila kita suka atau cinta, semuanya indah dan mudah sahaja kan? adakah aku sedang bercinta? kwang3x....
jawapannya - tidak...tapi tak tahu kenapa, kuning permintaan Cikgu Siti Zarina dari SMK Pei Hwa untuk perkahwinan adik iparnya di Mersing pada 1 Oktober lalu bisa membuat hati dan jemariku jadi begini.... :-)
No comments:
Post a Comment