Assalamualaikumm kengkawan...
Kelas deco kali ini dihadiri oleh dua rakan setaman, Cikgu Rosni Dan Cikgu Laili dari Taman Seri Temenggung, Muar. Cikgu2 ni ada anak2 yang sukaaa makan kek dan selalunya beli sahaja. Dengan galakan dari suami masing2, gigihnya ibu2 ini menaftarlah dengan Ct Bakery dan berlangsunglah kelas pada Rabu 23 Dec lalu. Meh kita intai2 apa derang buat...
Cikgu Rosni sedang berusaha membesarkan mussle lengan semasa aktiviti mengaul adunan kek
serius ni buat keja...
Laili : isk...jadi ke bentuk aku lukis ni...aku ni mmg fail bab2 lukisan ni, dulu tak belajar kat sekolah...
Rosni : apa bentuk nak conteng ni....buat je la...
Rosni : fes taim melepa ni..eh, menyemen cupcake...
Laili : Kak ct , 'ganase' coklat ni nampak sedap la....
Rosni : Boh gambar love boleh x ct?..Hantammm saja lah...
Laili : Hemm, tak sangka aku boleh buat benda ni.....seronoknya...
Rosni : Ok ke basket aku ni..meja pusing ni canggih sangat, siap ada besen lagi....
Rosni : Saya bab potong nak bagi level ni fail la Ct, hancur kek nanti....
Laili : ni kali kedua aku buat basket ni, kalau cikgu kata senget dan soh padam lagi, tak taula apa nak kata....
Rosni : Taraa...bangganya...tak sangka boleh hias kek macam ni...
Laili : Lihatlah anak2...mak dah pandai buat kek macam ni..tak sangka betul kan?
Rosni : kek ni khas untuk anak teruna saya, b'day dia 18 hb aritu...
tak buat apa2 pun....
Ni Bday kek Spiderman Rosni
cupcake hasil kerja Rosni ...dah ada kemajuan, cuma perlu banyakkan latihan ya...
Yang ni basket weave hasil tangan Laili...berjaya gak dia siapkan walaupun banyak kali kena buat semula, jangan lupa , mesti banyakkkkkk kena latih...
spiderman cake laili
cupcake milik Laili , elmo tu mata dia juling sebelah...
Hehehe...dailog yang ditulis tu adalah sebahagian sahaja yang ct rakamkan....kelas ni hapening, riuh rendah...kelakar pun ada..yalah , masing2 tak pernah pegang nozzel dan piping bag, hari ini berjaya pulak hasilkan 2 biji kek berhias cantik dan sebilangan cupcake....mau tak bangga ?
Bak kata Laili : Kak , terima kasih banyaklah ajar saya macam2...saya puas hati betul...tak sangka kak, saya boleh buat kek macam ni....hehehehe....
Rosni pun kata puas hati dan masing2 bercadang nak amek kelas lain-lain pulak di Ct Bakery...TQlah korang...Ct mintak maaflah, kalau ada salah silap, terkurang ke semasa ajar hari tu ya....Jangan putus asa, berlatih banyak2 ya....Insyaallah, akan berjaya dapat skill tu...
p/s - rosni, kalau terbaca n3 ni, tlg call saya, ek...
No comments:
Post a Comment