Thursday, March 27, 2008

Kebangganku...

Aku bangga dengan diriku sendiri..
cita-cita ku berjaya terbukti ...
impian semalam telah tertunai....
ibarat benih bercambah setelah disemai..

Aku tak mahu perduli dengan cakap2 orang...
yang kerap memandang serong..
pandai bercakap, mengkritik dan mengata..
tapi x pernah memberi sebarang idea..

Tanggal 19 ogos 2007
segulung ijazah ku terima sudah...
hilang segala hati yang gundah.
air mata gembira pula tertumpah...

5 tahun lalu aku berangan2...
dalam Dewan Besar UTM bersama rakan2..
suatu hari pentas ini akan ku panjat...

untuk menerima segulung hasil telah terniat...

air mata mengalir bersama keringat..
jerih payah bergelut dengan buku masih ku ingat..
Anak berempat pemberi semangat..
agar semangatku tetap hangat....

Untuk menghargai diri sendiri...
aku hadiahi si adik Kenari...
Viva comel pilihan hati...
setia menemaniku ke sana ke sini...

Dasar manusia double standard..
bila dah ada kelulusan baru dipandang..
perangai begini tak sesuai untuk dipegang..
nescaya binasa reputasi depan belakang...

No comments: