Sunday, May 18, 2008

Mengamit Kenangan Silam

Kenangan lalu memang sukar dilupakan...dulu mereka merupakan 20 orang gadis sunti yang nakal dan selalu mencabar aku semasa berada di dalam kelas...kenakalan mereka selalu membuatkan aku marah dan kadang kala memaksa aku mendenda mereka bila mereka culas dalam menyelesaikan tugasan atau kerja rumah...pijot, ina,awa,odi, siti fauzana, fetty, nor, haslina, slam, kujai, faiz dan ramai lagi yang aku dah lupa nickname mereka...

Tapi dalam nakal ada baiknya...dalam duka banyak sukanya...dalam marah ada lucunya...tak sedar telah 8 tahun mereka ku tinggalkan...hubungan kami bermula tak berapa baik , kerana aku mengofferdiri untuk mengantikan guru ERT mereka yang telah berpindah hampir 4/5 bulan yang lalu kerana naik pangkat. Jadi mereka sudah lama kehilangan guru dan terabai. Bila aku dapat mereka dalam bulan 3 di tingkatan 5, aku dapati mereka banyak ketingalan dalam pelajaran..Aku berusaha bersungguh2 untuk membantu dengan mengadakan kelas tambahan 2x seminggu untuk kaber topik yang tertinggal tapi disambut dengan sambil lewa sahaja oleh mereka...yalah mereka baru lagi dengan aku..tak tau lagi stail aku...jadi, tak kenal maka tak cintakan...

Pernah aku merajuk dan tinggalkan kelas mereka kerana respon pelajar yang sangat buruk..selepas aku bersyarah sehingga berlinangan air mata tentang sikap mereka , aku keluar dari kelas dengan hati yang luka dan kecewa..lewat tengahari itu, sekumpulan pelajar tu datang, mintak maaf dan pujuk aku..dan aku kembali mengajar kelas itu dengan satu azam baru..aku akan pastikan mereka dengar dan ikut 100% kata2 aku...pendek kata aku akan buli mereka cukup2...muhahahaha....natezzzzzz....

Sejak itu, kami mula akrab..makan bersama2 di kantin..lepak kat bilik ERT dan Jahitan sama2..buat kelas tambahan, buat makan2 ..aku pun selalu gak datang rumah2 mereka bila ada lapang...kiranya kami mmg baik dan rapat..derang pun selalu gak datang umah aku..pada masa ni aku mmg dah 'pegang' derang 100%...dalam pada sibuk2 nak peksa tu, ada gakk yang hanyut dalam dunia cinta..sapa lagik kalau x pijot dan nor laa...gaduh dengan boypren pon ngadu kat aku nangis2...aku biasa aaa...bagi nasihat dan marah sket...tapi yang aku tak lupa sampai skg adalah keputusan berani Odie cabut keluar sekolah,
g pekan semata2 nak belikan kek besday supprise kat aku...terperanjat dan terharu sangat aku....

Sampailah tarikh peksa SPM dan aku dapat tahu yang habang kena transfer ke Muar, aku sangup lewatkan sehari tarikh pindah semata2 nak hadir beri sokongan kat derang masa paper ERT...seharian aku duduk kat sekolah, walaupun umah aku lintang pukang dengan barang2 nak pindah...lepas tu derang ramai2 datang umah aku tolong pack dan kemas2...

Selepas itu kami putus hubungan ..masing2 bawak haluan sendiri...buat apa..kerja apa..aku tak tahu...tiada sebarang khabar berita yang aku perolehi..sehinggalah pada suatu hari, seorang jiranku memberitahu dia mengenali salah seorang dari mereka...melalui jiranku, aku dapat kesan hawa dan beberapa orang lagi..derang datang beraya ke rumah ku, meriah betul tahun 2001 tu... dan benar tebakkan ku, salah seorang mereka yang manis ,bertahi lalat , popular dengan panggilan pijot cari aku tahun 2005 (kalau x silap) sebab bak kawin..lepas itu , sorang demi sorang anak2 dara ni anto kad/tepon bila nak kawin.. Nor, Fetty, mana yang sempat aku datang...Odie je kawin senyap2....Tak menjemput....

Bulan lepas , masa aku otw g gunung ledang bawak budak2..aku dapat satu panggilan tepon...si awa , nak kawin dah..jemput aku datang. Pas tu ari abu lepas dia call & sms mintak aku doakan dia..nak menikah lepas asar..alhamdulillahhh... selamat sudah...dan tengah hari tadi aku hadir ke majlisnya...Ya Allah, cantik dan manis sungguh hawa...bertuah Kamal (Kamaruddin)..Kamal ni kawan sekolah dia jugak..tapi aku tak berapa perasan laa...Kami berpelukkan gembira..sebelum tu aku dah jumpa Pijot kat luar...dah dua orang anak pijot, alhamdullilah....Hawa suruh aku tunggu dia bersanding..oklah, aku tunaikan permintaannya...


Hawa Untong dan Jiha


Masa aku tunggu hawa sanding , aku nampak seseorang..Odie! Datang dengan Babynya dan faiz, kawan sekelasnya..semua dah jadik mak orang, badan pon dah berubah.....kecoh seketika suasana...laaa..dah beso dah bby odie ..odie cakap si Nor yang aku g jemputan taun lepas tengah dalam pantang..bersalin pada 16 mei...spesial tu..hari guru..kecohlah kami bertiga berbual2..cerita hal lama2...kemudian , dah kol 3++, aku pun minta diri balik umah dari pengantin dan keluarga...

Odie dan bby...

Buat Hawa dan suami, Odie dan suami, Fetty dan suami, Nor dan suami, Pijot dan suami, doaku semuga kalian bahagia dan gembira bersama keluarga..Nanti suatu masa, kita buat ghatering...kita jumpa semua...Buat Ina (mana menghilang) , Haslina aka kak long dan slam, jangan lupakan saya..contact2lah...

No comments: