Thursday, May 29, 2008

Muffin Project

Semalam seharian aku menyediakan muffin untuk tempahan kak Hjh. Fatimah yang akan melangsungkan perkhawinan anak2nya sabtu ini. Kak Hjh Fatimah order 500 biji. aku mula membakar pukul 9.30 pagi dan siap sepenuhnya jam 6.30 petang....Alhamdulillah.

Malamnya selepas isyak, aku muka membungkus...siap semua , kira dan masuk dalam kotak ...siap semua pukul 11.30 malam. Ready to deliver...pas tu ada yang lebih sikit2 aku beri kat abang soh bagi2 kawannya , untuk promosi juga... Gambar tak amek sebab tak ada kamera...

Pagi tadi , kol 8.30 aku bawak anak2 g makan luar...lepas sarapan g SK Dumpar daftarkan jiha...jumpa semua budak2 ni dengan wak amimnya...siap daftar, balik amek kek dan hantar..balik jumpa ana , antar 1 pasang baju. Walaupun aku boleh menjahit..tapi sekarang malasssssssss beno nak menjahit, tak tahu nape...baju bebudak tu ada 3 pasang nak potong..kang dah siap2 potong dah senang..boleh sambil2 menjahit....

oleh kerana ramai yang tanya business card , hem aku kenalah usahakan buat..
aku buat sendiri je...yalah cut cost..tadi pon ada yang tanya ngape mahal muffin tu sampai 60sen..hemm..rasalah dulu..baru boleh cakap...sebab aku buat tak guna minyak masak je..aku guna margerin , susu cair, serbuk koko pun yang baik..rasanya x lari jauh dari kek coklat...lepas tu choclate rice lagi..tapi kalau orang yang faham, derang tak banyak soal jawab kan ? Harga barang semua dah naik mencanak2...nak jual murah macamana lagi...

Perangai pelangan ni macam2...ada nak harga sebiji 60sen tapi nak siap dengan bekas plastik goodies yang cantik tu...ada jugak yang mintak masukkan dalam plastik container kecik .. semua tu kos..bukan murah pun...Plastik goodies tu , 1 pack paling kurang 5.00 = 100 sheet....container pulak paling murah pon 15.00 = 100 ..pelanggan nak kos harga lama , muffin beso...pening...
Sekarang semua harga barang dah naik...mana nak dapat ?

Tapi heran kan mentaliti sebilangan orang melayu? Bayar 27.00 untuk 1kg lebih birthday kek - kek coklat pon bising kata mahal...walhal kat kedai kek pakai kek span je, harga pon lebih kurang sama, boleh pulak bayar tak banyak cerita pon..kalau kat kedai cina tu , sanggup bayar muffin kecik 60 sen , tak de packing...order beratus2 untuk keja kawin pon tak sayang duit nak bayo...sedangkan tak tahu samada ia halal atau tidak...tapi dengan kita, yang meniaga sikit2 ni, kalau boleh nak bayar harga pokok je...sikit2 cakap mahallll je....mintak charge delivery pon bising....benda dah sampai depan pintu , lagi banyak soal...ni lah manusia.....

No comments: