Sunday, December 13, 2009

Adab Berpakaian Yang semakin Dianggap Remeh

Senario 1 : Sebuah majlis perkahwinan rumah seorang guru agama di sebuah kampung

- jemputan datang dan pergi , minuman dah disaji berbaldi2..
makan ditambah pinggan dicuci...Nasyid dan qasidah menghibur tetamu....tiba2...ziuttttttttttttt...
terkedek2 naik seorang puteri...berbaju gaun bunga2 pendek dengan padanan baju inner hitam dan seluar hitam leotard ketat melekat nampak bodi...rambut merah mengerebang kalah cik ponti....bibir merah menyala...lagak diva tak sedar diri....

- semua yang hadir tertoleh2 berpandangan sesama sendiri...kawan siapa yang tak sedar diri ni? si pengantin atau kenalan tuan rumah? masing2 mengutuk mengata mengumpat dalam hati...sapalah manusia yang tak sedar diri ni...tuan punya badan tersenyum2 bangga konon modern...majlis yang mulia telah dicemari.......


Senario 2 : Di sebuah rumah , menziarahi kematian anak seorang sahabat..

- sedang tahlil dijalankan , datang sepasang suami isteri dan seorang kanak2..si suami berambut panjang paras  bahu ,  MU peminat kipas mati , seluar bapak jin ketat tak hengat..di pandang sekilas...tak pelah, lelaki...yang menarik perhatian hadirin adalah si isteri, perut memboyot memang mengundang simpati..tapi berbaju tshirt ketat hitam melekat nampak serba serbi hatta pusat tersembol tu apa kes? Gunung lurah pada semua mata disaji...seluar jean low cut yang ketat seksi menambah siksa mata lelaki...Ini kah yang dinamakan mordern?

- masuk pula seorang yang lain, berblaus hitam ketat berkilat2,  bertudung awning warna warni , seluar jean hitam ketat dan penuh aksesori...muka pelbagai cat warna di tepek...sekejap2 hp berlagu2 tak pernah sunyi...


WAJARKAH PERLAKUAN BEGINI?

Sebagai pemerhati, aku merasa sangat sedih...
Mana pergi moralnya diri?
kalau tak nak bertudung tu terpulanglah pada diri....
TAPI berpakaian tu biarlah kena dengan majlis...
mana pergi adab kelakuan diri? Hormatilah majlis..
tak suka baju kurung , blaus longgar dgn kain pun ok...
atau jubah berseluar yang longgar dan mengikut syarak..
sedangkan Islam sudah mengariskan panduan diri...


KALAU kita sebagai ibu bapa/ kakak/adik/abang atau sesiapa sahaja..tidak menegur perlakuan anak/ adik/kakak kita...
APA AKAN JADI? Mungkinkah suatu hari nanti baju kurung hanya tinggal nama sahaja? Baju kebaya hanya jadi bahan pameran? Manakala Jean dan tshirt ketat melekat mendominasi segalanya?

Aduhai adik kakak...berpakaian biarlah kena pada tempat dan majlisnya...janganlah jadi seperti rusa masuk kg...suami2..
lihat2lah pakaian isterimu...banggakah kau jika lekuk tubuh isterimu menjadi tontonan umum? Jangan biarkan mereka berpakaian tetapi terlanjang...



AKU ?
RASA??
SEDIH..APALAH NAK JADI......


---  sekadar luahan hati  ----

2 comments:

Shida said...

Setuju dgn akak, skait mata tengok orang yg berpakaian begni...nak kata kita ni ketinggalan zaman pun biarlah.....

saya sedih tengok wanita bergelar ibu dan isteri seorang lelaki apatah lagi umurnya makin meningkat berskirt paras lutut persis artis.

Ct said...

Akak rasa masa tu macam nak g tegur je..sakit sangat hati dan mata.muka derang ni selamba badak je..esp yang kat umah kematian tu..