Tuesday, April 15, 2008

Adik-adikku

Aku ada 2 orang adik , Izah dan Mudah. Dua-dua pompuan, dua-dua keja ngajo anak orang. Kami sederet 3 semua jadik cikgu , plus abang haku yang tua pun guru..dia GB aku Gk je..Gk ? Alahhh...cikgu kecik je...(saiz beso jek)..Aku ni cuma cikgu DG 32 walaupun aku dah grad taun lepas dari UTM, tapi aku belum dilantik ke 41.

Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana aku dapat menunaikan hajat hatiku untuk menyambung pelajaran. Aku merasa satu tamparan hebat bila adikku iza berjaya menamatkan pengajiannya di UIA pada akhir 90an. Lepas tu si mudah habiskan diplomanya di Kolej Tek. Putera...aku jugakkkk yang dok takuk tu je. Arghhhhhh...tak boleh jadi ni, pulak tu iklan SPACE UTM pun keluar, aku mohon...dan aku diterima.

Zaman belajar adalah satu zaman yang serba mencabar , mana nak maintain point CGPA , mana nak rawat bby , nak jaga 3 anak2 yang lain, nak buat semua keja umah, aktiviti sekolah dan banyakkkkkkkkkk lagi. Semuanya aku perlu lakukan serentak dan tanpa bantuan sesiapa. Kalau masa belajar Add Math 1 dan 2 aku juga kena pergi tusyen 3x seminggu dengan cikgu Osman Tamby bersama Leez..dia seorang guru yang sangat bagus..aku memang suka dengan kaedah yang dia gunakan untuk mengajar mahasitua macam kami...

Iza dan mira

pojie 'kecik' dengan mira

Iza sekarang sedang bersiap2 nak pindah umah sendiri ujung minggu ni. Sorrylah za, aku bzz banyak, kang lapang aku datang dan tido umah ko ekkk? Iza selepas grad jadi guru sandaran kat JB dengan cousin kami , Izzi. Izzi memang rapatttt dengan iza dari dulu ingga kini. Ape taknyer, start dari SMK Maahad Muar hingga ke UIA dan jadi GSTT kat JB sentiasa serumah, sebantal dan sepinggan walaupun bukan sepusat dan sepusing sebab mak bapak kami asing2...kes kes kes....

Kemudian iza dapat buat Dip Pendididkan, KPLI kat MPBP . Kemudian dia posting dan kawen dengan pojie 'kecik'. Ngape aku panggil kecik ? Sebab dia ni kecik molek dan kat umah aku ada 2 pojie...susah nak bezakan, dipanggil satu, dedua menyahut...dedua menoleh...poning palo. Pastu aku panggil le satu kecik satu lg wak onji...selesaiiiiii...



Mudah pulak adik aku yang palik kecikkk...tapi saiz dia besooo. Dia bongsu, sebab tu kami semua panggil dia 'Adik'...sampailah dah tua ni pon adik... adik..adik..La ni laki dia pon dah ikut2 panggil adik..dia ni macam aku gak, maksudnya suka buat menda yang ada cabaran..suka naik moto..tapi dia ni fail sikit bab masak2 , bab kuih2 dan bab jait2....sama je macam iza. dedua ni kalau nak masak pape, derang akan sms aku..dah le aku kena bagi resepi secara online...tapi tak pe laaa...

Mud dengan najir ni ada sedikit persamaan , dedua ada taik lalat kat bawah bibir , agaknya dulu2 mak2nyer lupa nak halau lalat , sampai hinggap dan berak kat bawah bibir derang tu...hik hik hik. Dedua montel (tapi derang pasan kata tough), dedua batu le kunun...dan dedua selalu kena buli dengan aku..nazir ni mulut bising dan suka njaraki bebudak..pojie pulak pendiam sikit dan sukaaa tido, tapi dedua boleh masuk dengan laki haku sebab sorang kaki pancing dan sorang lagi kaki badminton....

what eber pun , derang adalah adik2 ku yang baek...iza tu tengah wek wek..sementara mudah tengah mencari kuncinya yang hilang...4 dedua ipoku, wei..korang bela adik2 aku bebaik aaa..kalau idakkkkk...watchhaaaaaaaa....wakakaka.....

5 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah...... :)

Anonymous said...

walla, lajunya hapdet....tahniah akak sonokkan dpt sambung study..baguih betoi ler akak depa...mesti akak depa nie spoting moting punya..alhamdulilah..semuga semuanya sukses...* & *....
~~.

Ct said...

blek...terima kasihhhhh....

Ct said...

sue, ada masa boleh update..kalau tak sempat terbiarlah.... :-)

Anonymous said...

nie gelagat ahmada akak...bulan depan dh setahun tp baru menapak..takut betoi mamat nie nampaknya lmbat skit boleh jln sama dng kakak dia yg sulong, yg lain2 tu kurang dr sthn...yg bestnya gigi tkder sebatang habuk lg nie...rusing etoi sue...walhal nk mkn mcm dh..

http://www.filehive.com/files/080322/sorieymfimauludS.jpg