Sunday, April 20, 2008

One Day Mini Camp

Setelah tertunda 3 kali, akhirnya program 'One Day Mini Camp' yang ku rancang bersama latipah telah terlaksana. Alhamdulillahhh...semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini...Kesibukanku bermula 2 minggu sebelum kem dijalanan..berbincang dengan kepala2 unit PP Remaja (Latipah) , Puteri Islam (Farahdiana) dan KRS (Watie).



Pada mulanya aku hanya merancang nak buat cara kecil-kecilan - ala kita2 je dengan PP Remaja..tapi cgu PPI mintak nak join...oklah..pas tu KRS pulak mintak sama. Akhirnya menjadi besar...aku menawarkan 130 tempat untuk pelajar2 ni..akhirnya 120 tempat terisi kerana ada yang menarik diri di saat2 akhir..unuk PP renjer aku gunakan kuasa - semua wajib hadir..dan 22 orang yang datang ..1 tak datang, katanya ada ceng beng...



Non banyak membantu aku membuat dokumentasi..kertas kerja, surat menyurat , pinjam alatan dan banyak lagi..dia ambil kerja ini kerana dia tak dapat hadir sama sabtu tu..maklumlah...dia nak g kusus..kusus apa ? kusus yang ehem2 tu....aku rancang semuanya dengan bantuan non, tapi aku tanya gak pendapat kepala2 lain..tipah sebok betul dengan kawad minggu tu..kiranya sejak ari rabu sampai jumaat aku bzz giler..jumpa budak, buat taklimat, pinjamkan peralatan dan lain2 lagi...fewwwww....



Setel semua..aku g belaja petang jumaat, sebelum aku buat kelas tambahan, mujurlah ada 2 budak ni yang offer nak penat2 diri tolong aku g membelah belah kat ekonsave...si pajira dan atilia...mana gambo aku ? mana adeeee...aku tengah amek gambo ni laaaa....




banyak borong kakkkkkk......


Pagi hari kejadian, Sabtu 19/4 ..pepagi lagi aku dah sampai..kol 7.30 dah terpacak , tengok2 bebudak dah ada yang sampai...Tai pun dah ada...terus masuk dewan, siap2kan apa yang patut...nota, bahan, alatan dll..





Syafeza tengah suruh budak angkat barang2...






beraturrrrr cepat..daftarkan diri...






cgu pendaftaran - Ayu, Tipah, Nani dan Lee Meng






Haa..ketua ajk jamuan tengah bz susun barang untuk dimasak...



Selesai pendaftaran dan pembahagian kumpulan , aku mulakan slot yang pertama...ucapan alu2an...tujuan kem , pilih ketua, cari nama kumpulan dan terus mulakan tajuk 1 : Perkemahan dan undang2 perkemahan...gambo x de yee..tengah sebok bagi ceramah..mana nak ketik gamboo....aku bla2..bukak kemah, tunjuk pasang dan kemaskan ...sedar2 dah kol 10..aikkk...cepatnyerrrr...dah tiba masa minum pagi...menu : bi hoon dan roti dengan teh o...

No comments: