Wednesday, April 23, 2008

Kerja Amal

Isnin yang lalu , aku bersama pesuruhjaya PP Muar, Puan Hjh. Fatimah dan YDP PP Muar, Pn. Hjh. Rokiah (Isteri DO Muar) telah mengadakan satu lawatan singkat ke 3 rumah mangsa ribut yang telah melanda Sg. Balang baru2 ini. Kedatangan kami disambut oleh Tok Penghulu Sg. Balang yang ramah dan kelakar iaitu En. Zulkifli.

Tok telah memilih 3 rumah yang benar2 teruk dan penerima adalah terdiri dari ibu2 tunggal dan bapa tunggal. Rombongan kami turut disertai oleh tim. pesuruhjaya PP, Pn. Hjh. Juriah dan beberapa rakannya dari SMPB. Aku pulak datang bersama Non Zaihana , sementelah Zahariah ada masalah untuk turut serta, manakala Latipah mengajar sesi petang.



A warm welcome from tok pengulu..


Rumah pertama di belakang SK Orang Kaya Ali.



Mangsa ribut kedua...Di Sg. Resik Darat


Mangsa ribut ketiga...di Sg.Sudah Darat

Selepas itu , aku diminta untuk mengikut YDP untuk melawat kawasan pekan Panchor dimana berlakunya kejadian tanah runtuh dan mendap di kawasan tepi sungai. Tugasku sebagai jurugambar tak bertauliah pada petang itu diteruskan. Jarak dari Sg. Balang ke Panchor agak jauh jugak, ketetel2 keta haku nak mengekor keta YDP , ganas sungguh driver YDP ni...yalah mana nak terlawan Viva dengan Volvo...wakakaa...Sampai saja kami di pekan Panchor , aku melihat orang ramaiiii...ooo..patutlah MB datang menjenguk rupanya...


land slide on the river banks

bayangkan trauma dan cemasnya derang yang terlibat...



3 roses among the crowd

haku pon sibuk gak amek gambo ni...

No comments: