Thursday, July 9, 2009
Bara Cinta
Set kek comel untuk pertunangan ini ditempah oleh X studentku - Cekdah aka Nor Saidah dari Sg Abong yang akan bertunang mlm sbt ini dengan jejaka pilihannya dari belakang umah..Cekdah nak tema merah putih dgn kemasan fondant..Selamat Bertunang ya Cekdah..awal taun depan kawin, ujung taun cguct dapat cucu...yeehaaa...
Labels:
kek
Tuesday, July 7, 2009
Kek Comel Makan2
salah satu deco yang dibuat
Satu set kek comel yang diorder oleh Cikgu Tuan Masnani, katanya untuk makan2...tak mintak spesel deco..semuanya terserah aja...harap2 nani suka ya..isinya kek coklat lembab...
Labels:
kek
Suprise Cuppies
Kek comel pesanan Zariza Rizwan dari Kangar Perlis . Ditujukan untuk si dia tersayang Muhamad Fahmi di Tanjung Agas Muar. Zariza minta kek coklat lembab bersama buttercream dengan tema kuning, hijau dan hitam - warna kegemaran sidia. Sewaktu haku hantar, Fahmy speechless dengan suprise Zariza tu..sengih sampai tinger beb...To both of u, good luck..semuga cepat bertemu jodoh...
Labels:
kek
Friday, July 3, 2009
Buah Tangan Pemanis Mulut
ros kuning penyeri taman
deco simple2 sahaja
Ni kek Coklat lembab bersalut ganace yang haku bagi kat isteri SM Hussin sempena majlis kenduri yang telah diadakan pada malam Jumaat 2 hb lepas. Saja bagi kat kak Mariam..sebagai buah tangan dan pemanis mulut majlis kenduri ini...
Labels:
kek
U Are Everything, Abah..
Kek coklat 2kg ni ditempah oleh cikgu Latipah Lamat untuk meraikan hari lahir abahnya yang ke 70 Ahad lalu. Pah kata deconye terserah pada akak saja.. asalkan ianya sweet.. untuk itu akak gunakan ganace coklat untuk layer dan simennya , kendian akak gunakan bunga gumpaste putih dan fondant hijau sebagai penambah seri.. Pas tu bohlah pulak ceri maraschino sebagai tambahan pemanis..Alhamdulillah Pah teruja dan suka..Semuga abah pah sihat selalu ya...
Labels:
kek
Emmm..Sedapnya Coklat....
dah siap pack 3 pcs = Rm 2.00 (promo price)
Hak ni dalam dia ada roast almond nips
Yang ni ada perasa peanut butter shj..
Ni sebahagian dari coklat yang haku sediakan untuk dijadikan jualan Hari Keusahawanan di sekolahku. Nampaknya coklat2 ini mendapat sambutan hangat dan habis dijual dalam masa sejam sahaja.
Nak order ? Call Ct Bakery atau email cguct1970@yahoo.com Berbaloi mencubanya...
Labels:
coklat
Wednesday, July 1, 2009
Kek Comel lagi...
Tempahan 2 set kek comel untuk pelanggan dari En Hadi Takaful..TQ En Hadi..Isi dalam kek coklat moist dengan hiasan krim dan bunga gumpaste baki hari kemarin...
Labels:
kek
Thursday, June 25, 2009
Sayang Ayah
Kek Tempahan Fatin Zakiyah untuk Sambutan hari bapa . Fatin mahukan kek Oren dengan kemasan buttercream dah sedikit hiasan sesuai untuk bapanya..harap fatin suka ya..
p/s -- 2/3 hari ini aku rasa happy je..hati senang, fikiran lapang..kepala pun ringan je..Alhamdulillah..myb sebab masalah yang mengganggu dah berlalu pergi...
Hari Bapa tahun ini aku hanya dapat belikan hadiah jam tangan Orient untuk habang misai, sementara bapak aku tak beli apa2. Nantilah, bila aku punya poket doraemon dah lega sket, aku plan nak beli sesuatu untuk bapak pulak..
Labels:
kek
Saturday, June 20, 2009
Merah Cintaku , Putih setulus Kasih
Set hantaran kek comel bertema merah dan putih ini adalah tempahan dari Hjh. Zabedah yang telah melangsungkan majlis pertunangan anakanda lelaki sulungnya dengan pasangannya dari bakri juga.
Kak Hjh. Zabedah mahukan kek oren dengan topping buttercream dan hiasan bunga gumpaste . Selamat bertunang Sham dan Mimi. Semuga cepat ke jinjang pelamin
Labels:
kek
Wednesday, June 17, 2009
Demam Cheese cake
Alhamdulillah..Sepanjang minggu lepas sampai lah ke minggu ni asyiklah haku mengodak cheese cake aja. Ramai sangat yang berkenannya..biasanya haku buat Black Bottom Lemon Cheese Cake . Anak2 pun tumpang sekaki..hahaha..tapiiii x leh selalu taww , nanti korang seme montels2..ha sapa nak jawab tu.. So kita layannz..
yang ni tak ingat sapa ownernya..sebab diorder oleh wakilnya sahaja..
Yang ni Lawyer Mazlin punya...order kali pertama untuk cheese cake
Yang ni di order oleh Ain dari Bukit Pasir, Muar . TQ ain..black bottom lemon cheese cake dengan topping bluberry juga...
Yang ni order Lawyer Mazlin lagi selang 3 hari je..untuk raikan bday anak sedaranya yang ke 6 tahun...TQ lin 4 the endless support..Mazlin dah bgtau nak topping bluberry yang banyakkk..hahaha..sampai melempah wa bagi...
Happy Birthday Syafie
Yang ni di order oleh kawan sepejabat Mazlin , lupalah namanya..sorry ek..
minta kek coklat lembab dengan salutan ganace dan bluberry untuk meraikan hari lahir ibu tersayang..
Labels:
kek
Subscribe to:
Posts (Atom)



