Wednesday, December 31, 2008

Cupcake dan kek


Kek tempahan niela dari Seri Medan , Batu Pahat. Untuk majlis perkhawinannya bersama cuppies 1000 biji. Tema warna gold dan putih. Puas gak mencuba campuran warna, dapatnya warna cenggitu..kira oklah....


roses tu macam tak cukup cantik kan ?


Chocolate Moist cake with buttercream













set hantaran cupcakes berfondant juga untuk tempahan niela , Chocolate moist juga

Yang ni pulak 2 set fondant cupcakes untuk hantaran, tempahan dari Cikgu Zaidah untuk majlis pernikahan anak saudaranya ...tema peach putih , tempahan bersama2 cupcakes swirl yang kat bawah tu....








PC Sakit DiMinggu Yang Sebuk

Alhamdulillah...baru kejap tadi terima pc ni..sakit...dah seminggu masuk wad..
kena jangkitan virus yang kronik..terpaksalah antar kat Dr Raman..dapat je apalagi..zappp..pasang terus tenet..huhu..kerinduan terhadap laman ini tidak dapat dibendung lagi....

Banyak coretan yang nak diutarakan..Banyak gambar yang nak dikongsi bersama..cuma keadaan yang tak mengizinkan..pc habang misai pulak tak leh plag n play kat tenet...hampehhhh....seminggu ni jiwa kacoooo je..mandi tak basah..tidur tak lena..makan tak kenyang..macammmm kapal nak masuk dock..hehehe...tu wak kadarisman yang cakap tao..

Nak kasi tau satu cerita yang menyedihkan...dan juga sangat mengecewakan aku serta orang lain..24 dis...aku balik kg malam tu..esok umah mak nak kenduri..otw tu aku akan singgah dan deliver kek kawin Suziyati yang cantik gebu macam bantal peluk...aku drive dari Muo 55 - 60km sejam je...maklumlah, dalam keta angser tu penuh dengan cupcakes lebih kurang 1400 biji...ada yang berkerim bagai..aku drive slow n carefull...

Nak jadi cerita, sampai kg sg muda, ada satu keta wira..pandu laju..potong aku..lantak ko la..aku drive je..tak jauh kat depan tetiba keta tu berenti mendadak tanpa signal..aku hape lagi , brake la dan elak..si amai menjerit, kek mengelongsor!!! hah???!!! Aku terus signal n berenti tepi..check..Ya Allahh!!! kek bantal peluk tu bonyok dan menglongsor dari cake board...ahh sudahhh...aku dah bengang giler..aku tarik nafass..dan pelahan2 tolak kek tu balik to the position..alhamdulillah..aduhhh..rosak kek orang...adalah beso tapak tangan aku yang rosak tu...aku termenung pk nak buat apa...

Pas tu aku tengok kek2 krim yang lain..alhamdulillah...yang lain ok dan sihat2 je...aku drive keta dengan hati yang libang libu...apa lagi nak buat? benda dah jadi..nak balik muo lg tak mungkin...akhirnya aku nekat jumpa je suzi...

Sampai umah suzi , aku terangkan apa yang jadi..mujur suzi faham, tapi aku tahu dia kecewa..tapi reda..aku ada buat beberapa cadangan pada suzi jika dia masih nak guna kek tu..dia kata ok, dia akan buat, sebab cederanya kat bahagian tepi..sementara 9/10 bahagian lain masih ok..legalah sikit aku..

Next time kalau aku deliver kek macam tu , aku kena onkan hazard light kot..supaya orang lain lebih berhati2...satu pengalaman dan pengajaran paling berguna untuk aku dan pembaca2 yang lain....

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430 DAN SELAMAT TAHUN BARU 2009..SEMUGA TAHUN INI MEMBERI LEBIH KEBAHAGIAN DAN KECERIAAN KEPADAKU..JUGA SEMUGA AKU MENJADI INSAN YANG LEBIH BERGUNA UNTUK BANGSA DAN AGAMAKU..AMINN..

Monday, December 22, 2008

Cupcake..cupcake

Seawal 9.00 pagi, sambil buat sarapan, aku dah mula menyediakan adunan dan membakar cupcakes untuk memenuhi tempahan minggu ini.

1) Tempahan Iza untuk majlis aqiqah Muaz yang akan diadakan khamis 25 dec ini. Ku buat booties setelah puas membelek gambar2 di tenet..ada nampak maca booties ka ? hahahaha..hantammmm...




2nd design ..cactus...ya ke ? Hantammm...




2) Kek kahwin tempahan Suziyati dari Sg. Balang , yang akan melangsungkan perkhawinan sabtu ini. Suzi mahu 20 cupcakes dan sebiji kek untuk majlis potong kek dengan tema pink putih.

cupcakes swirl pink putih



yang ni kek toppernya ..bentuk love



ada ka kata habang misai gebu macam bantal peluk..isk isk isk...
3) Tempahan dari cikgu Zaidah untuk anak saudaranya yang akan bernikah hujung minggu ini. Kak Zaidah tempah cupcakes fondant untuk hantaran dan cupcakes krim untuk makan2 sekeluarga dengan tema peach putih. Yang ini baru sebahagian sahaja...yang lain on the way...




Friday, December 19, 2008

Birthday Cake




Kek tempahan kak Tini untuk anaknya yang menyambut hari lahir ke 9 th.
Kak Tini nak hiasan simple sahaja dengan kek coklat moist. Berminat nak menempah ? sila hubungi Ct bakery di 013 6315909 atau cguct1970@yahoo.com . Maaf no tel rumah ada masalah sekarang..

Thursday, December 18, 2008

Deco Class D' Cempaka Selatan 2

Petang ini aku mengadakan kelas deco spesial untuk jiran2 lamaku di berek . Seramai 6 orang ahli perkep datang untuk belajar cara buat cupcakes dan deco dengan menggunakan simple deco menggunakan buttercream. Tepat 2.30 petang mereka telah sampai kerumahku.


Mula2 sesi bual2 ..lepas tu sesi mengadun cupcake , macam2 pertanyaan yang diutarakan oleh mereka dan dengan senang hati aku jawab setakat mana aku mampu. Bila kek masuk oven , aku ajar mereka buat asas deco , bagi deorang main krim..dan tunjukkan beberapa design yang simple2..kemudian sesi menghias dan packing...nampaknya semua berpuashati dengan hasilnya.



sesi menyimen dan melepa



sesi memekap kek


midah tayang kek yang dah dihias ..sementara kak esah

dan kak enon tekun menghias




hasil pelajar...not bad kan ? dah cukup bagus untuk
orang yang tak pernah buat..







Yang ini cikgu yang buat..hadiah untuk Hjh. Kamilah dan keluarga semasa delivery kek ptg ni. design paling cepat nak siapkan , 20 minit dah siap..
Pada sesiapa nak nak belajar atau nak menempah , boleh berbuat demikian dengan Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com Peluang sentiasa terbuka untuk anda.

Wednesday, December 17, 2008

Cupcakes Goodies




Hari ini aku sibuk sekali menyiapkan 700 biji cupcakes Chocolate moist tempahan Hjh. Kamilah yang akan mengadakan majlis perkhawinan anaknya pada sabtu ini. Kek akan diambil petang esok dan dimasukkan dalam beg goodies. Lepas itu aku mintak tolong adik, ajer dan amai datang tolong packing..bab baking aku boleh buat sendiri..

Ajer dengan adik muk tengah tayang eskrim

Ajer yang rajin membantu , adik tengah masak kat dapo masa ni

tukang packing - najwa dengan amai

antara cupcakes yang menunggu untuk dipacking

Alhamdulillah, berkat pertolongan mereka, semua kerja selesai menjelang pukul 6.00 ptg..legaaa...esok pg tinggal bake sikit lg cupcake untuk dihias dan petang ada kelas dengan beberapa ahli perkep G6 , IPD Muar...

Tuesday, December 16, 2008

Lauk semua taruk

Aku pening..tak tau nak masak lauk apa..nak g kedai malas...pas tu ada ikan dalam peti ais , ingat nak buat ikan bako..last2 tengok rempahratus tak cukup...kensellll.....pas tu aku termenunggg depan petiais.

pepagi tadi dah masak bi hoon goreng putih...sebungkus..untuk 6 orang..pas2 je...maklumlah budak2 seme cuti sekolah..seme gasak bina badan je kejanyer...masak apa pun laku...bebudak tu dah ke kena gelar montel dengan kak muk masa balik kg ari tu dengan cik najirnyer...

aku jenguk dalam peti ais , daging korban beku sangat..susah nak masak..kena tunggu lama..aku nampak fileman ketam..terus kepala aku "ting" kuar mentol..hehehe aku dapat idea nak masak apa..pulak tu ada sikit brokoli dan nanas tin..settle...siap ..kejap je..hehehe...budak2 suka..kejappp je dah licin..anak2 kata sedappp cuma kuranggg sikit je...kurang apa?...laaa kurang banyak rupanyaa...hampehh tol...ngeh3x

Sweet Sour Crab Filament with brocolli n pineapple..

Monday, December 15, 2008










Cupcakes adhock . Tengoklah , langsung tak sempat mekap cantik2...lepas tu dia punya silver casing pulak tak cantik langsung...lambat sikit cuppies lekang, dia punya casing pulak banyak senget benget...hadoiii..tensiiii gue...
bayangkan pukul 12.00 bagitau , terus g dapo mula buat , kol 2.30 siap..kol 4 dah sampai ke umah kakak ipar kenduri sebagai buahtangan...Pengsan le kalau laki haku selalu buat kejutan macam ni...adehhh...sesekali oklah..

Sunday, December 14, 2008

Deco Class D' Cempaka Selatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada pengunjung blog ini...semalam buat pertama kalinya secara rasmi , aku mengadakan kelas deco untuk Fondant Cupcakes dan fondant cakes. Mengajar student sekolah adalah sangat berbeza dengan mengajar student kelas hands on begini..apatahlagi studentku ni seorang pensyarah dari MMU Melaka..hehehe...


Puan Suri datang bersama anaknya Aida sebagai peneman. Pukul 9 pg dah sampai , lepas bual2 kejap dan minum pagi ringan, kelas dimulakan..mula2 buat adunan fondant..kemudian buat royal icing...lepas tu buat fondant cc..dan akhir sekali mendeco fondant cake...nampaknya Suri puas hati dan merasa gembira dengan hasil tanganya..




Huii..ralit nooo



Hasil fondant cupcakes yang suri sediakan


uli-uli fondant biar lembuttt dan mudah di bentuk
Ribbon orange cantik sekali..
Fondant cake pertama - ribbon

tekun mendeco kek fondant ke 2
Merah dan putih menambat hati..

Haaa..amacam cantik tak ? Semua yang diatas tu, suri buat sendiri tau...

Terima kasih daun keladi suri, lain kali datanglah belajar deco lain pulak
sesiapa yang berminat nak belajar deco cupcakes atau fondant cupcakes atau fondnt cakes boleh hubungi ct di no 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com peluang sentiasa terbuka..

Friday, December 12, 2008

Practice Make Perfect

Kalau kita selalu praktis ...
barulah kita tahu menghadapi masalah...
kalau kita selalu praktis barulah hasilnya cantik....
kalau kita selalu praktis ...
penyelesaiannya semua berada di hujung jari..

yang ini saja buat praktis...
nak melembutkan jari jemari...
nak mencari masalah yang timbul...
walau hasilnya tak seberapa..
tapi ia tetap menjadi kebanggaan...
biar sakit jari jemari menguli...
hasilnya tetap dihati...













praktis bby

praktis ribbon rose

praktis lili
praktis rose