Saturday, January 30, 2010

Menyulam Kasih Dan Sayang








Tempahan dari En Esa , Tmn Lembah Padang, Jln Junid untuk meraikan hari lahir isterinya yang ke 27.  Esa ni berani bermain warna ,hijau apple dan purple - mmg jarang orang mintak  warna2 macam ni..Tapi seronok la akak ya..sebab buat color lain dari yang lain...apa2 pun TQ la....jangan serik order lagi ya...



Bingkisan Kasih Untuk Emak


Set Cupcakes ni adalah tempahan dari seorang rakan FB - Siti Ruslinda Ruslei untuk ibunda tercinta yang tingal bersama kakaknya di Sg. Abong.

Emak rus ni tak berapa sihat, terkedu ct bila nampak, maaflah ya tuan rumah, sebab ct nak jumpa maknya aritu, kalau tahu maknya tak berapa sihat, akak bg je kek tu..Akak doakan mak rus cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala..Maaf sangat sebab lambat nak post gambar kek tu...


Thursday, January 21, 2010

Kursus Asas Kejurulatihan Olahraga SEDAR 2010


Tarikh : Sabtu 16 Jan 2010, 7.30 pagi

Tempat : Stadium Muar





Taklimat awal dari Cikgu Najib ttg tentatif program hari ini.





Memasing serius dengar taklimat ... tgk ajalah muka  Taiso Fung n Kak Zabedah tu, kak Jah pulak sempat memberi panduan kepada Kak Azlin ttg cara2 mendapatkan pinggang yang menarik...Kak Noraida pun apa lg, nguping sama la..




kak Mai mengetuai kumpulan bersama ahli - sikin selamat, hajar dan cik baju belang (sory tak ingat nama). Gaya macam nak menari je tu....




Kumpulan cikgu2 lelaki yang majoritinya PJK (Perut Jauh Ke depan) agaknya ada group gonggok buat  show kot, itu yang ralit Khalid, zaidi dan kamaruddin tgk tu agaknya....





Taklimat dari jurulatih bertauliah , hingga terpesona Cikgu Juahir mendengarnya....Azham tu badan je kat sini, pikiran sedang menerawang jauh ingat si dia di kedah agaknya...erkk, Hairi kat mana ?





Aiyooo...series betol muka  cikgu2 tu  (Shahrom, Hj Ridzuan, Afinde) ...takut dengan big boss kat belakang tu ke? Rilexxx aaa...





Cikgu2, Mari kita bersenam...atirahhhh!!! Mulakan ! Wong...ngantuk lg ka?




Muka2 kepenatan ( ye ke penat?) tapi masih tetap maintain ayu... Farah Diana, Normawatie, Kak ana, nurul huda dan Rosmawati




Yang ni dah sampai sesi penghabisan....aikk? gambo2 orang lain mane?

Hahaha...sorrylah mate, bateri hp dah ciput, kang kalau snap2 kang takut terus kong, anak call kang tak dengor...dah le akak merempit aritu....apa2pun majulah sukan untuk SEDAR sekolah kami tercinta....

Tuesday, January 19, 2010

Bee's Love




bees sedang terbang mencari sarangnya...bzzzzzzzzzz




bzzzzzzzz...erkkk...ehh, dah hingap kat sarang....





Ada juga yang 'parking' kat rumput2 tu....

Cupcakes bertema 'Bees n love' ni ditempah oleh cik Shifa, untuk ehem2nya - Ehsan..untuk sambutan hari lahir ke 25. Shifa order 16 pcs cupcake chocolate moist dengan buttercream dan nak warna yang sesuai dengan lelaki...tanak bunga2..TQ ya shifa...



p/s - sorry, gambar amek dengan hp cap ayam jew,
kameraku tak dapat dikesan...huhu...

Sunday, January 17, 2010

Cerita Derita Dari Hospital Muar




Ini kazen aku, Mohd Aspar Rakimin yang duduk Pt. Jawa kat area Asam pedas jetty kuala Pantai Leka tu...Dia telah mengalami kemalangan jalanraya pada subuh isnin yang lalu sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Melaka. Dia ni keja bawak lori, jenis apa , maaplah haku tak taw....

Apa yang is3 dia Nor bgtau, Aspar ni kena rempuh dari arah depan dengan satu kereta cina yang mabuk dekat Pt. Hj Ali muo. Kazen aku ni terpaksa menahan kesakitan berjam2 lamanya sebelum bomba muo dapat lepaskan dia yang tersepit di tempat duduk pemandu...bayangkan dia kena dalam kol 6 pagi..pas org dpt tau, call tu bomba ambulan dan hanya dapat bawak spital kol 12.00..mau dia tak siksa...org bgtau dia merayu merintih soh org tlg kuarkan dia...tapi derang tak de peralatan...cina mabuk tu pulak larik tinggalkan keta...tu yang orang2 hangin sey...kalau ada kat situ, ,mau mengelupoo kena belasah kot...dah ko nak mennonggak arak tu ko nyer pasal aa, yang ko bawak keta tu sapa soh?? dah macam ni, kan menyusahkan orang lain......kazen aku ni ada 3 lagi anak sekolah nak tanggung...sapa nak jawab tu ?


Syukur Alhamdulillah, keta tu tak meletup..dengan tangki penuh petrol ...keta tu dah kata nor jadi cam besi buruks..boleh jual timbang kati je...




Kesian betul aku tgk , tulang tangan kiri patah 2 , tu yang kene semen. Tulang peha hancur...minggu depan ni doc nak oprate masuk besi, Rm 800 kena bayar...tisu paru2 luka dan terkoyak sikit..Lidah dia hampir putus , dah koyak sana sini...nak cakap pun tak ble...doc jait sana sini.masa ni dia lom ble makan..bubur pun masuk 2/3 sudu jek..gg depan atas seme ranap...aduhai....

series, aku tau baru semalam...masa nor call aku tengah golek2 atas padang , yalah kami kan semalam kusus olahraga kat stadium..terperanjat katak aku...ptg aku balik kg, dan pagi tadi bawak sekali mak dengan kakak g ziarah....bapak pulak sakit lutut, so dia tanak g....






Kaki tak leh gerak..gantung air 4 kg nak bg betul balik...lepas oprate kali pertama, 6 bulan lg nak oprate ke 2 untuk masukan sebahagian tulang punggung ke dalam tulang paha...tak leh aku nak bayangkan....Sabarlah ya aspar...nanti kalo dah kuar spital, aku datang umah ya..kita ngeteh sesama....

Aku galat  bila nor bgtau, aspar terkilan bila aku dan hb tolak ajakan dia ngeteh masa kami jumpa at paso mlm Parit Jawa 10 Jan minggu lepas . Bukan aku tanak ngeteh dengan dia, tapi masa dah petang sangat..aku nak balik muo...budak2 seme kat umah...jadi aku terburu2 nak balik...sian kazen ku tu...selalu kalau kami jumpa kat PJ, mesti g ngeteh sama2...sorrylah sgt...Aku doakan ko cepat sembuh ya, dan pulih spt sedia kala....






Ha, yang kepala benjol ni student aku, budak fm 5..katanya dia somersout masa tengah merempit kat Tg. Agas sabtu smlm..berlangar dengan awek 2 orang naik moto..tah2 dia tengah usha2 awek tu kot...hahahaha... dah jatuh, kan tau sakitnya kan? Len kali naik moto tu bebaik sikit ya...macam yang Cgu Ct cakap, Berhemah, sopan santun dan pandu ala2 kontrol hensem...semuga awak cepat sembuh ya....taun ni nak exam SPM tu....


Thursday, January 14, 2010

Princess Fidaa Is 3


 






Tempahan kek yang cukup adhoc dari Puan Nurin, Pt. Bunga untuk anak daranya yang akan sambut birthday ke 3 . Nurin mintak buatkan kek mentega oren dengan topping fresh cream , nak bubuh peach antara layer dan kat atas , edible image upin ipin dan disney princess serta taburan M&M...wahhh, meriah gitu kan ?

Nasib baik akak ada simpan sikit stok EI ni..kalau nak beli kat Muo ni, nan adoo....Apa2 pun, TQ Nurin sebab sudi order dengan Ct Bakery ya....


Sunday, January 10, 2010

Episode Cinta Duka Seorang Dara












kisah yang aku nak ceritakan ni agak tragis , walaupun dia aku tak kenal secara fizikal , hanya melalui sms kesannya sangat mendalam sampai hari ini..

kisah bermula bila aku terima sms seorang dara dari Penang , Miss Jessica Koay mintak aku buat cupcakes dan hantar kepada some1 yang dia sayang yang tinggal kat Muo. Setelah berbincang dengan sms dan ym maka, hasilnya ada di sini . Dari apa  yang jess bagitau aku, depa ni bergaduh dan Lim putuskan hubungan.Jess mintak maaf dengan  hantar kek setelah permintaan maaf berkali2 dengan call & sms tak dilayan oleh Lim.

Awal Okt kalau tak silap, Jess datang muar dalam usaha nak pujuk Lim dan dia ada call aku beberapa kali , mintak tunjuk arah nak g umah Lim (sebab aku dah jumpa umah lim dulu)  . Dan dia ada sms bgtau dah jumpa umah, tunggu lim keluar je. Apa yang berlaku , mmg aku tak tau...ingat derang dah berbaik la...

Malam selasa yang lalu, kol 10.40 mlm, aku terima sms dari seseorang , no penang..dia tanya boleh buat kek n hantar kat Lim ? Aku sangka mesti Jess la, so aku terima, aku borak2 la dlm sms..tentang harga, jenis kek dll. Tengahari esok, penghantar sms tu bgtau, dia adalah adik Jessica, Samantha..Jessica pass away...dubb..terkejut beruk aku, aku pujuk2 Sam cerita, last2 dia bgtau setelah pasti yang aku mmg tahu kisah Jess -Lim.

Rupanya pertemuan Oktober lalu tidak berjalan lancar, tak tau apa jadi , Jess balik penang dengan hati yang luka parah dan terhina..Jess jadi sangat murung dan terganggu , dalam minggu tu jugak dia jatuh sakit dan admit ward..doc detect ada something abnormal dalam blood dia..she getting worse, bawak ke luar negara dan buat operation..Tapi she pass away pada awal november...

Dia tinggalkan beberapa pesanan, antaranya suruh hantar kek hari lahir pada Lim Rabu lalu melalui aku...Terus terang, aku mmg sedih sangat dengar kisah ni...macam masih terdengar2 lagi suara dia yang manja tu..bila aku hantar kek ke rumah lim, Lelaki itu telah balik ke Singapore, so makcik dia yang amek..Makcik dia sangat terkejut dan kesal bila aku sampaikan pesanan dan cerita pasal jess...dia kata myb Lim tak tau..untie tu bgtaulah cemana jess ni datang cari lim kat umah tu....


Kadang2 aku rasa sedih...yalah bila jadi benda macam ni..agaknya mmg Jess ni jenis yang cinta sejati dan setia...Love matters ni mmg unpredictable....tapi kita janganlah fanatik cinta membabi buta, bak kata pepatah... ikut hati, nanti mati, kalau ikut rasa kelak binasa....


psst...kenapa nak kata mem BABI buta ek? Kalau babi tu tukar pada kucin ka, lombu , gajah atau sipot , tak leh ka....haiyaa...

Thursday, January 7, 2010

Angin Barat Sedang Bertiup...

sakit kepala  ...

sakit Hati...



aku pun tak tau....

apa sebenarnya yang ko mau..


kedudukan yang tak menjanjikan apa2 ni

bukan aku nak pun...

apa yang ko gigih sangat nak buat kacau tu ?

ko rasa jeles ke ?

Ampuu , bodek, kipas tu bukan  sifat diri aku, k ?






Tapi prinsip hidop aku ialah

kalau orang dah bagi tanggungjawab...

aku akan buat sehabis baik...

dengan segala usaha dan kudrat yang mungkin....

itulah namanya tanggungjawab ...





kalau korang tanak bertanggung jawab,

tu korang punya hal la....
sebagai kawan aku cuma tegur mana yang aku nampak tak betul je....nak terima @ tak
terpulanglah......





tapi ingat...rezeki tu akan
mengalir dalam darah daging keturunan kita....
kalau nak kerja senang...
janggan jadi cikgu...jadi towkey...
keja sendirilah...
nak melingkop ke..nak lambat ke....
tanak buat keja ke...
lantakkkk!!!



tapi ngko jangan nak menyusahkan orang lain,

ada faham ?


Kalau ngko tak nak buat keja tu,

senang je....

bagitau bos....

habis cerita kan........

kalau setakat berani cakap kat belakang je ,
apa guna ? Kata hebat ?






ko tau apa aku nak?
Haaa, ni aku bgtau....

aku cuma nak jadi sorang guru (biasa) yang baik,
bertanggungjawab terhadap semua tugasan yang diberi...
berkaliber dan berjaya menghasilkan produk yang
bakal menjana kejayaan sekolah dan negara....
dan paling penting, aku suka dan iklas nak mengajar....



aku juga tanak simpan rasa dalam hati...
buat apa ?
memusnahkan diri...
silap2 nanti kena attack pulak dengan darah tinggi...

na'u zubillahi min zaliq 



aku lebih suka tulis kat sini...
nasiblah sapa terasa, kan dia yang makan cili....



Wednesday, January 6, 2010

Suka Duka Minggu Pertama

Persekolahan 2010 telah 3 hari bermula...
banyak kerja2 yang telah diberikan untuk dibuat...
perancangan strategik, kajian tindakan dan penyediaan belanjawan...
tu baru 3 yang dikehendaki hantar ASAP,
hah? ASAP ? ape tu?
ala.As Soon  As Posible la...ooooo....baru tau....

bebanan kerja pulak...dah berderet menunggu....
yang rajin dapat bertimbun2....alasan?
Sebab mmg dah tau awak boleh buat....
ada sipolan yang lepas rilexx....sebab?
bagi kerja sikit pun tak siap....

aduhai pentadbir, bukan ke mereka2 ni perlu di bimbing?
gunakanlah kuasa awak untuk memastikan mereka setading...
kalau tak sampai bila nak pandai buat keja.....
gaji nak beso, tanggungjawab nak kecik...
boleh gitu ya? kang bila orang dapat ganjaran,
ngko la yang bok bek bok bek mengutuk mengata...
konon ngkolah yang layak terima....

ada juga yang hangin tak dapat jawatan yang dihajati,
konon tak sudi bekerja dibawah 'perintah' si suri,
dianggap perempuan ni tak setanding dan emosi,
tapi kalau dah awak lelaki hanya pandai cakap,
keja tak reti  ,haruskah perangai tu kami ikuti ?

bila kena tegur mulalah tak puas ati...boleh pulak cakap,
kalau nak cepat buatlah sendiri....ewahhhh...
cakaplah dengan bos camtu kalau berani....
ini, talam 2 muka, depan bos bukan main tunjuk isi...
konon cadangan dia la bagus dan harus diikuti...

manuso..manuso....


Minggu depan dah mula aktiviti rumah sukan...
kena datang 2x seminggu ke padang
menyelia dan memilih peserta yang berpotensi..
maklumlah, tahun ni cita2 kami nak jadi juara...
tanak dok no corot lagik....

Pas tu tetiap rabu kena pakai pakaian seragam Uniform..
Masa ni la nak tengok cikgu cikgi melaram jadi polis,tentera,
JPA, Puteri Umno (ade ke? hehehe...) Puteri Islam laaa....
Red Cressent, St. John dan Pandu Puteri....
Abis cikgu Tae kwon do dan Silat kena pakai baju derang gak ke?
aduhhh...dilema...

Khamis pulak wajib melaram dengan Batik..
Awas ya...Batik Malaysia , bukan batik dari Indon..
Ada sekolah yang mewajibkan semua staff beli batik lukis...
yang harganya sehelai yaa ampunnnnn...
kalau semua guru tu dg 44 hingga 48 tak pe laa..
masyuk beso...abis kalau ala2 macam kita ni ?
batik tiruan je yang mampu u.....



Ada juga sekolah yang suka buat peraturannya sendiri...
( aku penah ngajo kat sekola ni dulu...)
tetiap Isnin dan Jumaat kena pakai baju kaler Hitam Putih..
katanya sebab nak nampak ke koporatan..
apalah yang koporatnya tu..
dah nampak macam pelayan hotel je...esp cgu lelaki...
kesiann...cgu pompuan yang teruk..nak sediakan atleast 4 pasang baju itam putih tu...yalah takan nak pakai baju sama je
tetiap minggu kan?

Banyak lagi kisah dan ragam pentadbiran sekolah...
ada sekolah yang aku dengar warning guru pompuan...
seme kena pakai kasut bertutup dan bertumit at least 2 inci...
aku faham, kena ikut GO..tapi kenapa tanak tegur sebilangan guru yang suka berpakaian singkat dan ketat?? berskirt mini ?
belah sana sini ? tayang pangkal peha tu...adoyaiii....
sakit mata dan hati , tapi orang lelaki suka laaa.....

Mana lebih baik?
1) pakaian menutup aurat dan sopan (cth sut 2 keping dengan seluar, atau jubah mini dengan seluar ) dpadankan kasut
bertali dan tumit (macam yang banyak kat pasaran)

2) blaus t lengan pendek nampak ketiak/ gaun ketat /mini skirt singkat dengan kasut yang bertutup 2 - 3 inci....

yang sedihnya no 1 dapat amaran , tapi no 2 tak ditegur la pulak...
aku rasa, sudah tiba masanya aturan berpakaian tu dikaji semula...


p/s - apa yang aku merepek ni? aku punya suka laa...blog aku...hehehehe.....yang penting aku nak lepaskan sesak di dada...
tapi catatan ni hanya ceceran semata2..tak kene mengena dengan sesiapa...kalau ada yang terasa, anggaplah ia secubit perisa...agar kita terus beraspada, supaya tak terima rezeki yang bukan hak kita..

Friday, January 1, 2010

Shukri & Ayu : Ikatan Cinta D Januari

Tempahan cupcake pertunangan oleh Shukri dan Ayu untuk majlis sarung cincin pada Sabtu, 2 jan 2010.  Wahhh..nampaknya shukri dengan berani telah menyambut cabaran tahun baru ni...baguslah, suka anak dara orang, then pinang..ujung taun kawin...


Shukri ni photografer perkahwinan (http://www.epicqasih.webs.com/  datang sendiri menempah dengan Ayu, dara pujaannya yang manis manja dan tinggi lampai tu. Berurusan dengan shukri (Yus) dan Ayu mudah, dia orang tau apa yang dimahukan..insyaallah, Ct cuba sediakan mengikut kemampuan..


Set 1 : Dari Yus untuk Ayu , 16 pcs M  strawberry cupcakes , tema warna putih dan pink , design roses dan ribon







cinta Yus & Ayu







Rose pink pilihan ayu , gara2 terpesona dengan cuppies zariza tempohari..







ribbon comel (tanda ikatan yang berkekalan)





keseluruhan set ....




Set 2 : warna hitam putih , cupcake Apple flavour saiz s , untuk diletakkan di sekeliling dulang cincin pertunangan kepada ayu , design scroll & bunga simple sahaja.















whole set


Set 3 : Dari Ayu kepada Yus , 16 pcs M Chocolate Moist cupcakes , warna hitam putih, design scroll & bunga simple sahaja...







design 1





design 2







design 3









keseluruhan set yang bakal menjadi milik yus




Ayu juga order 130 pcs budget cuppies dengan dome untuk doorgift tetamu yang hadir . Terima kasih ya ayu dan yus...dengan ucapan


Selamat Bertunang dari Ct Bakery..






psst...jangan tunang lama2 ya...pas tu nak kawin, tempah kek dengan akak...wakakaka, boleh gitu...?

 
Kepada bakal2 pengantin dan bakal2 tunangan orang, bakal pelanggan , siapa yang berhajat nak tempah cupcake/ kek untuk apa2 majlis, boleh mula membuat tempahan sekarang untuk memudahkan urusan...Contact Ct Bakery 013 6315909 atau email cguct1970@gmail.com   cguct1970@yahoo.com atau tinggalkan sebarang pesanan pada kotak YM ct...TQ..


Seloka Suka Suki

Tahun Baru datang dan pergi...
2010 menjengukkan diri....
ada azam yang diperbaharui....
azam yang lama takkan nak henti?
sebab banyak lagi yang belum direalisasi...

anak2 nak naik sekolah..
emak bapak pun naik lelah2...
siang malam dok pk mana nak cari tambah ....
tambang, bayaran tambahan, buku2 latihan...
kalau anak sorang apa nak kesah...
kena anak 4/5 orang , demam pun tak kebah..

ada orang cakap , nak bagi anak pandai pun nak bising2...
bayar lebih sikit pun dah hangin...
bukan marah sebenarnya...
kekadang bayaran yang dipinta macam tak munasabah...
yuran komputer ber RM tapi pegang keybord pun tak pernah...
bayar duit majalah, hingga akhir tahun bayang tak menjengah..
biarlah rm dibayar diguna dengan sebaiknya..
nasib anak2 terbela, emak bapak pun lega....

anak2, tahun baru azam perlu baru..
BAYAR penat lelah emak ayah dengan kejayaan..
sahsiah terpuji ko korikulum mantap idaman hati...
akademik unggul penawar hati....


Selamat Tahun Baru...Semuga Kejayaan Milik Kita Bersama...



p/s - wist list tahun baru - Nak laptop baru   ;)