Monday, December 28, 2009

Baking Class : Pelbagai roti

Assalamualaikum...

kelas baking kali ni dihadiri oleh Adik Dayang Nur Hafizah lagi. Sebelum ni Dayang datang buat modul cupcake buttercream.
Kali ni Dayang nak belajar selok belok penyediaan 4 jenis roti dan pizza, antara roti yang dibuat ialah Garlic bun , Sosej twist , sugar plaited bread, white bean stollen aka catterpillar bun dan pizza malaysia...






menimbang doh roti







mengisi inti dan membentuk





sosej twist




pizza ala malaysia




garlic bun




catterpillar bun




sapu margerin cair pada roti panas




Dayang tersenyum puas dengan hasil roti yang telah disediakan hari itu....Tq dayang , jangan serik belajar lagi ya...


Saturday, December 26, 2009

Hijau dan Merah Jambu Yang Serasi


2 Tier Stack Wedding Cakes





Topper 1kg ++












2nd tier 2kg++



Kek tempahan Fara dari JB untuk BILnyer yang melangsungkan perkhawinan pada hari ini di Sungai Abong Muar. Fara tempah kek coklat moist dengan topping buttercream bertemakan warna hijau apple dan pink. Pilihan warna yang kontras dan berani , seronok juga bila pelanggan pilih warna2 macam ni , sesekali lari dari kebiasaan. Apa2 pun, terima kasih Fara atas tempahan ini...



Cinta Maroon Sa'adah

Pakej 1 + 35 tempahan Noorsaadah Hamdan yang telah melangsungkan majlis perkahwinannya hari ini, 26 Dec di Pt. Punggur, Muar. Adah nak kek coklat moist dan cupcake mocha dengan topping buttercream. Tema warna adalah maroon dan putih.



cupcake perasa mocha



muka depan 1kg kek - nama pengantin Adah dan Mizi



bahagian belakang..



handmade gumpaste flower





Set kek pada hari kejadian




Pasangan pengantin - Sa'adah dan Mizi


Untuk Sjn. Hamdan dan Kak Badariah, Tahniah ya terima menantu, taun depan 1 lgikan? jangan serik order lagi ya...

Dari Muar Ke Perlis , CintaTanpa Sempadan

Assalamualaikum ...


semuga sahabat2 semua berada dalam keadaan sihat dan dilindungi Allah..hari ni banyak jemputan perkahwinan yang nak kena hadiri...tapi yang ni jauhhhhh sangat nak pergi...kirim salam kat angin je la ya..hehehe....



Cupcake coklat moist bertema Pearl White ni ditempah oleh Mohd. Fahmy dari Maju Click Tg. Agas untuk Majlis pertunangannya dengan Zariza Rizwan yang akan akan berlangsung hari ini di Perlis. Fuhh...jauh tu kan? Fahmi dan Za ni dikhabarkan berkenalan melalui laman sembang dan YM..kira cinta cyber la ni..oleh kerana warna yang dimintak tu susah nak direalisasikan, Za nak masukkan warna yang dia suka..iaitu pink. So Ct dress-up kek ni macam yang Za nak...





Putih - lambang tulus cinta fahmy



Pink - hangat disambut sepenuh hati Zariza





Penyatuan 2 hati - Fahmy dan Zariza




Bunga2 cinta yang sedang berkembang




Setaman cinta cyber sedang kembang mekar dan mengharum di laman usia




Untuk Fahmy dan Zariza, Selamat bertunang ya...semuga JODOH kalian berkekalan hingga ke akhir hayat...




Testimoni : Fahmy - "cikgu ct, terima kasih, saya dah tengok kek..kek cantik, sangat puas hati, saya bagi 10 bintang...."

Testimoni : Zariza - akak...kek dah sampai dan sumenye dah selamat..thanks..cedapnya....cantik menarik..sume tggu nak makan cuppies tu..




P/s - za, dah puas ati tgk ni ? Jangan tunggu lama2 taw..sian mie dok layan FB n YM tggu za..akak nak rasa nasi minyak korang kat muo ni....pas tu boleh akak supply kek kawin la pulak...wakakaka.....

Friday, December 25, 2009

Debaran Yang Telah Berakhir

Debaran itu telah berakhir semalam.. 24 Dec 2009 Keputusan PMR telah diumumkan..mlm hari sebelumnya, ibunya mcm tak leh tido..tapi tuan punya badan, kakak relexx je...muka pon confident je...ibu tak lalu makan (penat baru abis kelas deco), dia belasah habis 2 pinggan....wakakaka...mana anak2 haku tak bulat koo....





Pagi2 seme dah siap2, g sekolah Montel aka Nabila beli buku dan bayar mcm2 untuk 2010 , rm 260.00 adoyai...tu baru sek keb tahun 6...belum lagik sekolah agama,  adik2 2 orang sekolah keb dan agama...kakak lagik....mana ibu nak korek duit ni...


Pas tu g sarapan , ibu makan sikit je...tapi kakak selamba je...terus g sekolah dia...kumpul kat dewan..kol 10.30 baru majlis mula...kakak muka dah lain je bila 30 orang kawan sekelasnya naik pentas amek result 8A..aku tau dia terasa..yalah kelas dia 35 orang je...tak pe la kakak....

Pas tu kakak berasak dengan yang lelain g amek result , alhamdulillah..kakak berjaya dapat 7A 1B , yang B tu english...bapak dia cakap tak pe, anak jawa..english tak pandai...ada kaaa ?? 

well, ibu rasa suka....kakak dah buktikan pada seseorang tu yang kakak ni tak le low class kan? dan seseorang tu pun resultnya ala2 je....Tak pe kakaka, SPM nanti ko score baikkkkk punya ya...



Thursday, December 24, 2009

Deco Class : Basic Buttercream Cakes N Cupcakes

Assalamualaikumm kengkawan...


Kelas deco kali ini dihadiri oleh dua rakan setaman,  Cikgu Rosni Dan Cikgu Laili dari Taman Seri Temenggung, Muar. Cikgu2 ni ada anak2 yang sukaaa makan kek dan selalunya beli sahaja. Dengan galakan dari suami masing2,  gigihnya ibu2 ini menaftarlah dengan Ct Bakery dan berlangsunglah kelas pada Rabu 23 Dec lalu. Meh kita intai2 apa derang buat...





Cikgu Rosni sedang berusaha membesarkan mussle lengan semasa aktiviti mengaul adunan kek




serius ni buat keja...





Laili : isk...jadi ke bentuk aku lukis ni...aku ni mmg fail bab2 lukisan ni, dulu tak belajar kat sekolah...




Rosni : apa bentuk nak conteng ni....buat je la...





Rosni : fes taim melepa ni..eh, menyemen cupcake...




Laili : Kak ct , 'ganase' coklat ni nampak sedap la....




Rosni : Boh gambar love boleh x ct?..Hantammm saja lah...




Laili : Hemm, tak sangka aku boleh buat benda ni.....seronoknya...




Rosni : Ok ke basket aku ni..meja pusing ni canggih sangat, siap ada besen lagi....




Rosni : Saya bab potong nak bagi level ni fail la Ct, hancur kek nanti....




Laili : ni kali kedua aku buat basket ni, kalau cikgu kata senget dan soh padam lagi, tak taula apa nak kata....




Rosni : Taraa...bangganya...tak sangka boleh hias kek macam ni...





Laili : Lihatlah anak2...mak dah pandai buat kek macam ni..tak sangka betul kan?




Rosni : kek ni khas untuk anak teruna saya, b'day dia 18 hb aritu...
tak buat apa2 pun....





Ni Bday kek Spiderman Rosni





cupcake hasil kerja Rosni ...dah ada kemajuan, cuma perlu banyakkan latihan ya...





Yang ni basket weave hasil tangan Laili...berjaya gak dia siapkan walaupun banyak kali kena buat semula, jangan lupa , mesti banyakkkkkk kena latih...





spiderman cake laili





cupcake milik Laili , elmo tu mata dia juling sebelah...


Hehehe...dailog yang ditulis tu adalah sebahagian sahaja yang ct rakamkan....kelas ni hapening, riuh rendah...kelakar pun ada..yalah , masing2 tak pernah pegang nozzel dan piping bag, hari ini berjaya pulak hasilkan 2 biji kek berhias cantik dan sebilangan cupcake....mau tak bangga ?

Bak kata Laili : Kak , terima kasih banyaklah ajar saya macam2...saya puas hati betul...tak sangka kak, saya boleh buat kek macam ni....hehehehe....

Rosni pun kata puas hati dan masing2 bercadang nak amek kelas lain-lain pulak di Ct Bakery...TQlah korang...Ct mintak maaflah, kalau ada salah silap, terkurang ke semasa ajar hari tu ya....Jangan putus asa, berlatih banyak2 ya....Insyaallah, akan berjaya dapat skill tu...


p/s - rosni, kalau terbaca n3 ni, tlg call saya, ek...

Monday, December 21, 2009

Cupcake Utk Anak2 PDK Bakri



butterfly








smiling star




elmo





50 biji Chocolate Moist cupcake ni ditempah oleh Cikgu Junaidah untuk dibawa ke PDK Bakri. Katanya, Abang ada jamuan hari ni kat sekolah dia. Abang tu adalah anak jun yang sulung dan tergolong sebagai Anak Istimewa  sebab jun ada masalah sakit jantung masa melahirkan abang dulu ..


tapi yang kesiannya, hari ni jun ada masalah kematian pak sedara (Inalillahhh....) dan abang tak dapat nak hadiri majlis kat PDK tu.  Pagi2 jun dah datang amek cupcake dengan hbnya...semuga abang selalu dikurniakan kesihatan yang baik, begitu juga dengan jun, semuga tabah dan sabar selalu layan abang...

Jun cakap " cantiknya kak....." . Terima kasih Jun... Semuga anak2 PDK gembira makan kek ni ya....TQ Jun