Tuesday, July 28, 2009

Mama Aloyah Punya Pasal











Adoyaiii..order kek comel kat atas ni cukuppp adhoc..apa taknyer, malam tadi kol 8.oo kak Aloyah Tokey Kantin call, cakap mintak tolong buat kek..sebab nak bg 'seprais' kat pekerjanya kat Kantin SK Dumpar yang akan menyambut hari lahir mereka esok, 29 Julai 2009. Sapalah yang bertuah tu ya.... :-)

Nasib baikkkklah kita ni selaluuu saja ready bahan mentah..apa lagi teruslah g dapo susup sasap timbang dan sukat bahan..dan kreeennnnng... gedebukk... selamatttt 1 adunan kek comel masuk oven, pas tu kita trrrrrrrr plak bc yang kebetulannya habis stok dalam chiller....hehehehe...

Kenapa haku sanggup buat untuk Kak Aloyah walaupun adhoc ? Adalah kerana terpaksa ? Nehiiii...Adakah kerana aku mmg suka kerja adhoc?? Ohh..Tidakkkkk... Sebab Kak loyah nak bayar lebih? Tak cakap punnn...!! haaaa.kalau nak tau kerana aku dan dia dah macam anak beranak....hah?

Yaa..kak loyah selalu tolong tgk2kan anak2 aku, Nabil dan Najiha yang sekolah kat Dumpar tu, sama2 dengan wak amim sebagai GBnyer..so aku banyak terhutang budi pada kak loyah..dia tak pernah berkira dengan bebudak tu..takan aku nak kudukut dengan tenaga yang ciput tu...itulah ceritanya..tapi kalau orang lain nak adhoc2, hahhh..bab tu kena pk panjang sikit..hua hua hua..adiosss amigoss...

Friday, July 24, 2009

Anak-anak Yang Selalu Ingat Keluarga




Kek tempahan Ain untuk diberikan kepada sepupunya, Zaki yang telah bertunang dengan Yat .. nak kek coklat dengan buttercream tema love dan biru



yang ini Ain juga yang mahu, nak buat makan2 dengan keluarganya..TQ Ain



Kek tempahan kawan kakak..untuk abahnya tersayang..w/pun hari bapa dah berlalu, tapi anak ini gigih mengumpul wang untuk menempah kek ini..

Kek2 di bawah ni adalah tempahan kawan2 kakak yang duduk diasrama..nak makan dengan keluarga masing2



with buttercream




with ganace..ada lebih gumpaste flower tepek je la...







3 set budget cuppies , tapi set ke 3 lupa nak snap..Thanks all of u..



Dari Jauh Ku Kirim Kek

Kek tempahan Izan, yang call jauh2 dari Terengganu. Mintak sediakan sebiji kek coklat yang comel untuk suprise hari lahir papanya. Izan nak papanya gembira dan bahagia dengan ingatan tulus seprang anak..TQ izan..bertuah ya papanya punyai anak spt izan , apatahlagi adik2 kembarnya ina dan ira pun sekongkol sama...

Sayang Seorang Suami











Kek coklat dengan lapisan ganace ini ditempah olah Faizal kira2 seminggu sebelum tarikh hari lahir isterinya yang tersayang, Ann. Tokey Iron Works kat Jln Dato Kosai ni hanya kata nak sebiji kek sebagai suprise kepada isteri tersayang dan menyerahkan segalanya pada ct, so inlah hasilnya..Tq Faizal , kepada ann (sorrylah akak tak ingat nama penuh awak..panjanggg sangat)..Selamat Hari lahir..Semuga panjang umur dan murah rezeki..Semuga inpian ann dan faizal akan menjadi kenyataan..
align="center">

Sunday, July 19, 2009

Macam2 Cerita

1 N3 5 cerita, ahaa..jangan tak percaya... ...




Satu set kek tempahan Fatin Diyana , minta hantarkan kepada mak saudaranya yang berada di TNB Muar. Fatin nak kek comel coklat ini sebagai suprise untuk ibu saudara tersayang , Hjh. Rela Abd. Rahman yang kerap memberi perhatian dan kasih sayang sementelah ibu tercinta telah pergi meninggalkan dia dan adiknya 7 bulan yang lalu. Semasa menerima kek ini, Hjh Rela nampak terharu dan rasanya suprise fatin tu menjadi ya...







Kala merias kek ini, hatiku sayu..sedih..yalah..bukan mudah menghadapi hidup tanpa orang yang tersayang...Untuk Fatin, semuga tabah dan sabar..PMR dah dekat, so kena fokus ya...




Yang ini order dari Fatin juga..untuk makan2 bersama keluarganya...nak tema love dan bunga2..




Yang ini tempahan azira , mahukan kek coklat lembab dengan hiasan buttercream bertema hidupan laut..sorrylah kalau udang tu nampak pelik..rasa2nya tu udang spesis baru kot...yang baru ditemui oleh Ct Bakery..




Kek comel2 ni diorder oleh Anis Syazwani (kalau tak silap!) untuk meraikan hari ulangtahun ke 15nya dengan kawan2..sian birthday girl kena beli kek sendiri..tak pe lah kan Anis..janji kita bahagia...




Kek comel 7 biji ni pulak permintaan Hidayah, nak makan2 bersama keluarga katanya..TQ lah untuk korang semua..selalu bagi endless support kat Ct Bakery..untuk yang diluar sana, kalau nak order kek atau nak belajar sediakan kek2 macam tu, call sahaja Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com . Ct sedia membantu anda....

Saturday, July 18, 2009

Kek Untuk Fatin








Sebiji kek Vanilla dengan salutan fresh cream dan buah-buahan tempahan Hjh. Kamariah khas untuk anaknya, Fatin yang mendapat tempat pertama keseluruhan tngkatan 3 disekolahnya dalam pep pertengahan tahun yang lalu. Tq kak...harap Fatin suka...

Deco Class @ Halimah

Panggilan telefon diterima dari Halimah yang tinggal di Tanjung Agas , 2 minggu sebelum kelas diadakan..mencari ruang dalam kesebukan kerja yang tak pernah habis..seusai perbincangan, tarikh ditetapkan 12 Jun dan modul yang bersesuaian diutarakan. Halimah, seorang isteri berkerjaya dengan 2 puteri dan seorang puteri , gigih memenuhi kehendak suami dan anak-anak yang suka makan kek..


Impiannya, menghasilkan kek dari air tangan sendiri..Halimah mahu belajar menghasilkan dan merias kek comel dan kek dengan topping buttercream. Tepat 10.00 pg, halimah datang dan bermulalah modul seharian..menimbang bahan, mengadun ising, mengadun dan membakar kek comel dan kek, belajar merias dan kemudian menghasilkan dekorasi pada kek dan kek comel..



Halimah ...belajar menyimen permukaan kek comel..



kek comel berperasa vanilla



dah siap di mekap dengan pelbagai gaya..


bubuh inti pd kek comel matahari

dengan teliti halimah bekerja...


hasil kek comel yang telah dihias...


antaranya - kek comel tema bayi


tekun menghias kek pulak





Tadaaaaaa......







Akhirnya - sesi bergambar dengan hasil kerja seharian - merias kek comel dan kek










Pulang dengan 2 kotak kek , kepuasan tergambar di wajah Halimah..walaupun penat , kegembiraan anak2 dan suami menghilangkan segala rasa penat dan sakit pinggang setelah seharian menghadap kek dan merias kek comel. Esok petangnya, muncul sms dari halimah -


"Salam cgu, halimah ni..puas hati belajar semalam, anak2 pun suka makan kek semalam..sedap dan moist, saya pun suka.."


Alhamdulillah, syukur kalau orang suka, Ct tumpang bahagia...sesiapa yang teringin nak belajar menrias kek atau kek comel, jangan malu dan segan..marilah belajar. Tak payah pergi jauh2..kat Muar pun ada....Contact sahaja Ct Bakery di 013 6315909 atau email cguct1970@yahoo.com Segalanya akan diaturkan...bawak badan sahaja...



Wednesday, July 15, 2009

Secebis Rasa Di kongsi Bersama

Hai...banyaknyaaa sawang umah ni..macam umah hantu la pulak..
theee...bukan le kita ni tanak update..tapi tuntutan kerjayaku membataskan segalanya..cewaahhhh...plus server strymx yang super SIPOT dan rubberband....huh..cakap pun tak guna, tembak pun tak kena..korang bayangkan la, nak naikkan gambo 3 keping pon amek masa lebih 15 minit..tu kalau berjaya..kalau tak , ulang lagi..dan lagi..dan lagi..dan lagi..sampai naik lebam jariku yang comelss ni..

Hari ni aku geram dan hilang sabar aka naik hantu...
mana taknya..tengah aku syiok2 mengajar..tetiba aku dengar bunyi mesej masuk dalam hp..dan aku tau ia bukan hp aku..
Aku apa lagi terus gerak dan check..sorang minah yang boleh tahan
le kekwat n gediks dah biru muka..maka terjadilah adegan tarik menarik..bukan tarik tangan..aku mintak dia tak nak bagi..
bila dia tengok aku naik angin, baru dia bagi..siap nangis merayu2..

podahhhh...ingat aku ni boleh dibeli dengan air mata kaa ?
Aku amek hp tu..pandaiiii, dia dah matikan dan ada security no..
aku soh dia bukak..dengan terpaksa dan sebal dia bukak gak..
bartalu2 sms miang dan gatal masuk...tah dari mana2 jantan..
yang pastinya, jantans tu semua budak sekolah aka hingusan..
yang cuma tau mengatal nak test market dan usha aweks je..
sedangkan segala2 keperluan hatta topap dan seluaq kecik dia pon
mak bapak derang jugak yang support..lagi tak sedaq diri...

bila aku bukak beberapa sms..Ya Rabbbiiii...
isinya " baby..manja, sayang , rindu..dan banyak lagi perkataan xxx
yang membolehkan aku membayangkan apa yang terjadi sebenarnya
antara 2 budak biang kirik tu...adehhhhh..berdiri bulu romaku...
anak2 sekarang..PMR pun belum lepas...

Pas tu bila aku g kantin , balik nak pejabat..otw tu aku nampak
ada kelibat orang kat bilik aku mengajar...
laaa..rupanya budak pompuan tu selongkar bilik aku cari hp dia..
hehehe..tapi sorrylah ya , mmg takan jumpa...
budak tu diam dan menangis nangis mintak aku pulangkan
hp dan simcard dia..mintak maaf lah ya..nak mintak jumpalah lembaga displin dulu....

kekadang aku pelik , ngapelah mak bapak derang ni tak nak pantau
anak dia buat apa...mmg kita tau sebuk kerja..tapi anak tu kan
t/jawab kita ? Skg ni nampaknya semua serah bulat2 kat cikgu n sekolah..guru pada sesetengah ibu bapa sekarang tak ubah seperti penjaga nursery..dari sekecil2 hal hingga sebesar2 perkara semuaaaa atas tanggungjawab guru..kuku, rambut, gigi, pakaian, hpsemua guru kena awasi..kadang2 abis 1/2 masa p&p dek kerana benda2 ni saja...
abis mak bapak buat apa ? bg anak makan, duit , hp dan topap aja ke ? Takan tak nampak kesalahan dan kesilapan yang anak buat? Bila kena panggil marah2, serang cikgu..

Bukankah sepatutnya peranan utama mendidik anak bab sahsiah diri adalah di bahu ibu bapa ? kita ni membantu dan menambah mana2 yang kurang..tak taulah apa menataliti sesetengah mak bapak sekarang..

Thursday, July 9, 2009

Bara Cinta













Set kek comel untuk pertunangan ini ditempah oleh X studentku - Cekdah aka Nor Saidah dari Sg Abong yang akan bertunang mlm sbt ini dengan jejaka pilihannya dari belakang umah..Cekdah nak tema merah putih dgn kemasan fondant..Selamat Bertunang ya Cekdah..awal taun depan kawin, ujung taun cguct dapat cucu...yeehaaa...

Tuesday, July 7, 2009

Kek Comel Makan2



salah satu deco yang dibuat




Satu set kek comel yang diorder oleh Cikgu Tuan Masnani, katanya untuk makan2...tak mintak spesel deco..semuanya terserah aja...harap2 nani suka ya..isinya kek coklat lembab...

Suprise Cuppies









Kek comel pesanan Zariza Rizwan dari Kangar Perlis . Ditujukan untuk si dia tersayang Muhamad Fahmi di Tanjung Agas Muar. Zariza minta kek coklat lembab bersama buttercream dengan tema kuning, hijau dan hitam - warna kegemaran sidia. Sewaktu haku hantar, Fahmy speechless dengan suprise Zariza tu..sengih sampai tinger beb...To both of u, good luck..semuga cepat bertemu jodoh...

Friday, July 3, 2009

Buah Tangan Pemanis Mulut



ros kuning penyeri taman






deco simple2 sahaja


Ni kek Coklat lembab bersalut ganace yang haku bagi kat isteri SM Hussin sempena majlis kenduri yang telah diadakan pada malam Jumaat 2 hb lepas. Saja bagi kat kak Mariam..sebagai buah tangan dan pemanis mulut majlis kenduri ini...