Sunday, November 30, 2008

Oven ku sudah berasap

Hehehe...Acara cuti2 malaysia yang meleret2 sudah berakhir semalam...dan ovenku telah mula berasap lagi...sebenarnya kami balik dari JJCM Utara pada 25 Nov. malam..tapi sebab line internet ku buat pasal (rasa haku nak hempas modem..cabut wire seme..streamyx hampeh gilerrrr..) maka tak dapek la akak menghapdet blog ini.

Kemudian 27 Nov. ke Pt. Raja, BP, ke rumah abang angkat kami, Abang Maulan yang akan bersara sebagai sorang kakitangan kerajaan, menyambut ulangtahun kelahirannya dan sekaligus menyambut Ulangtahun Perkhawinanannya yang ke 28 dengan kak Ros. So, kami buatkan ini sebagai buah tangan..harap abang Maulan dan Kak Ros gembira...
strawberry cupcake

set pertama
set ke 2

Tuesday, November 18, 2008

Pemberitahuan

Adapun Ct Bakery akan menghentikan sementara aktivitinya bermula 19 Nov - 26 Nov untuk bercuti aka JJCM ke utara. Segala tempahan yang ingin dibuat bleh diemail seperti biasa ke cguct1970@yahoo.com atau anda boleh tinggalkan pesanan di chatbox . Ct Bakery akan menyambung operasi pada 27 Nov 2008. Sekian, terima kasih.

Projek Cupcake Ke Sabah

Hari ini aku bz sikit , menyediakan cupcake tempahan L/Kpl Salmuna sebanyak 250 biji untuk dibawa balik ke Sabah sempena perkhawinan adiknya 22 Nov ini. Oleh kerana kek ni nak guna lambat lagi dan Muna nak balik esok, maka aku terpaksa meletakkan sedikit pengawet dalam kek. Muna kata kat tempat dia belum ada lagi goodies macam ni untuk hadiah tetamu.

dah sejuk baru masuk bekas...

dah siap boh tag dan susun dalam kotak..ready to deliver

Satu lagi, kita nak tunjuk oven baru kita yang dibeli rabu lepas. Memula kita beli oven gas Rm 1800 , saiz 4' x 2' , berat 65kg siap kaki beroda tingkat2 . Dapat je kita test le bako kek tapi bila dah test kek tak naik gebu..leper2 je.. adusssss cemana nak jual nii..aku garuk2 kepala..mumett.

Aku call pembekal , tanya boleh tukar dak...lepas cingcong dia kata oklah boleh tukar dengan yang karan harga Rm 1200 , berat 41 kg dan saiz 2'x4'. Esoknya,
budak kedai datang lg , angkat yang gas ganti dengan yang letrik. So pagi tadi aku test kali pertama , alhamdulillahhh...cantik menarik dan gebuu. Sekali bakar boleh dapat 24 - 36 biji cupcake saiz 9. Senangnya hati aku, Alhamdulillah...bolehlah aku amek tempahan yang banyak tanpa ragu2 lagi.








Monday, November 17, 2008

Manten D'Palong Timur

Semalam pertama kali aku jejak ke Felda Palong timur....
Jauhnya...waiyuhhhhhh.....baruh..jauh..dalem lg.....
jalannya....bengkang bengkok serupa ular kene palu..
dari muo...masuk tangkak..jementah..batu anam..
lalu jalan shortcut...hutan banat kiri kanan..
jumpa sungai..jalan hancor..legok geneng...
sawitan....mata haku melilau je..tengok orkid utan le...

Dengar cerita Pal0ng tu ada 16...
Palong Timur ada 10...walauweiiiiii....kalau sesat kat sini...
harus nangis kering air mata...guling2 atas jalan raya..
baru jumpa keta lalu sebijik....hehehehe....
tu punya nak tunjuk jalan sunyi dan lenggang

Pengantin lelaki Azizan Khalison adalah pangkat anak sedara aku...
Bapaknya, Khalison bin Yusak merupakan sepupu aku....
Berkhawin dengan orang sefelda namanya Murni....
tema perkhawinan - hijau

Selamat Pengantin Baru...Semuga Bahagia hingga ke akhir hayat...



Rumah pantin
Peterakna di sebelah umah..kiri ada air terjun n kolam ikan...

ahli2 rombongan


penyambut tetamu berbaju hijau - menantu dan anak tuan umah

antara menu yang dihidangkan - pecel (tauge kontot, pucuk ubi, timun, kangkung,
tahu dan sambal kacang...marbelesss) gua belasah sakan....

Tuan umah Abang Ndong (Khalison) berbaju hijau..yang kat atas tu yu min..

Mak pengatin - kak Zaidah yang glamour....

ketibaan pantin kol 2.15 ptg

Azizan dan Murni

penyambut manten - budak2 tadika aka penari zapin

katanya tukang silat ni sepupu manten sendiri....kecik lg 5th katanya

selamat bersandinggg

wah..cilik2 wes pande japinan yoo....

Anak sulung - Azizi n family

singgah minum kat Tangkak...mabuk tgk kain ela...

Jiha dan Razin kongsi ABCDEFGH.....
Pemandu yang diglag...Wak Onji ganteng

Thursday, November 13, 2008

MuraM

sebenanya banyak n3 nak update..tapi memandangkan gambar tak leh upload , semangat pun jd luntur.....yalah, td semangat berkobar2 nak update..tetiba gambo x leh upload...adehhhh...n3 tertunda punyalah banyak....wewwwww....

Thursday, November 6, 2008

Sihat sebelum sakit

Kisah ini diadaptasi dari kejadian sebenar minggu awal minggu ini...Pagi Jumaat yang indah, aku jumpa sepasang kembar lain mak bapak yang serupa tapi tak sama...bila dedua Jun dan Nisah menjerit ketawa, aku angkat kamera je amek gambo.



Pagi tu juga aku dah mula rasa tak selesa, kepala dan lowerback sakit , hidung rasa tersumbat, bengal...badan rasa panas, seram sejuk..petanda nak demam dah nampak nyata. Tapi kerana dah janji dengan bebudak nak belajo masak, aku teruskan juga...badan bertambah panas bila tiba tengahari.

Balik umah, habang pun balik. Dia kata ngape muka merah? dia rasa dahi, wehhh panas ni aku check alamak dah 38.8'c...dia tak kasi g kusus ke Melaka , aku akan bertolak pada pukul 2.30 ptg, bawak 3 kawan tumpang sama. Aku amek aktiffast dan tido jap. bangun aku rasa ok..aku siap2 dan aku bertolak ke melaka. Sampai sana kol 4++..g minum ptg. Aku Makin rasa tak selesa...kepala tambah berdenyut2 panas bertambah mencanak. Naik bilik aku selubung..nisah ckp aku tambah panasssss....nak tak nak bila aku dah rasa melayang2 aku call habang suh dtg amek...dah tak ble pk lain dah...

pas tu aku separuh2 sedar je... kawan2 tlg kemas brg bwk turun...aku tggu habang kat loby..dah tak ingat apa dah....call pun habang kak aida yang tlg jwbkan...sakit kepala aku rasa nak tanggalkan je (kalau le boleh....) Habang dtg, bwk balik muo..g klinik..kena tembak sedas...balik terus tak sado diri....

Pagi2 aku bangun..badan dan sejuk..tapi kepala seme sakit lg. Abang tanya nak g kusus x..(dia tau aku nak g sangat) ..aku siap2 abang anto aku g melaka semula...gambo2 ni aku snap untuk ilangkan sakit kepala aku je....


Geng pemerhati bebas yang sediakan anugerah..aku siap dapat tu..katanya anugerah STS (Sakit tapi Semangat..keh keh keh..TQ koranggg)




ni geng2 aku..derang ni baik , nisah tu demam pulak skg ni sampai la ni lom dtg sekolah..



geng perbincangan tak rasmi kat lobby



derang ni kepenatan shopping ke kepenatan pk duit tak abih lg..



kak F tu dapat anugerah perancang shopping terhebat..kak zaidah pulak tengah pk macamana nak g Tiara Beach Resort sambung kusus lain...


Ahad petang, habang datang amek..laaa dia pulak demam..badan panas...bulan lepas pon dah 2x demam...bahana berembun banyak sangat...kami gilir2 drive dari Melaka ke Muo....tukar2 4x...macam jauh bebeno..dah semua tak sihat..sebelum balik umah, g klinik jap..mc le sehari..Senin pagi , dua2 ibu ayah terlantar demam..Jiha jadi mangsa..kena ponteng sekolah jaga kami...


Wednesday, November 5, 2008

Aktiviti Selepas PMR (2)

Aktiviti yang paling disukai pelajar perempuan - Memasak..tapi bila nak suruh berkemas macam nak mintak darah pada pacat...susah bangettt.... Bila dah siap masak , seronok sangat derang, tak sabo2 nak tengok hasil..yelah dah boleh makan....derang belajo menyediakan 2 jenis kek asas dan 2 jenis biskut mudah..kek pelangi dan brownies , biskut choclate chips dan tart nanas mudah.





Antara hasil pelajar




brownies

coklat chips

macam2 bentuk tart ada..


kepenatan selepas memasak

Monday, November 3, 2008

Aktiviti Selepas PMR (1)

Untuk memenuhkan masa lapang, banyak program telah diatur oleh kaunselor sekolah untuk semua pelajar2 selepas PMR. Antaranya, lawatan ke Kolej Komuniti Ledang pada 28 Okt 2008. Di sana kami diberi peluang untuk membuat pelbagai jenis roti yang menggunakan satu adunan asas yang sama tetapi diberi perasa pelbagai jenis inti.






Penerangan ringkas dari Chef Hisham






orang suruh buat roti bukan posing daaa.....




Kaunselor pun excited gak tau......




Bebudak sebuk menunggu aduanan diuli




adunan yang telah siap , sedia untuk proses proofing.





proses membentuk








hati2 kak gunakan pisau tu...



korang ni membentuk ke mengumpat? macam2 pesen ada...

cikgu2 pon sama sebuk

hasil setelah siap dibakar..yum yummmm....