Thursday, June 25, 2009

Sayang Ayah













Kek Tempahan Fatin Zakiyah untuk Sambutan hari bapa . Fatin mahukan kek Oren dengan kemasan buttercream dah sedikit hiasan sesuai untuk bapanya..harap fatin suka ya..


p/s -- 2/3 hari ini aku rasa happy je..hati senang, fikiran lapang..kepala pun ringan je..Alhamdulillah..myb sebab masalah yang mengganggu dah berlalu pergi...
Hari Bapa tahun ini aku hanya dapat belikan hadiah jam tangan Orient untuk habang misai, sementara bapak aku tak beli apa2. Nantilah, bila aku punya poket doraemon dah lega sket, aku plan nak beli sesuatu untuk bapak pulak..

Saturday, June 20, 2009

Merah Cintaku , Putih setulus Kasih








Set hantaran kek comel bertema merah dan putih ini adalah tempahan dari Hjh. Zabedah yang telah melangsungkan majlis pertunangan anakanda lelaki sulungnya dengan pasangannya dari bakri juga.
Kak Hjh. Zabedah mahukan kek oren dengan topping buttercream dan hiasan bunga gumpaste . Selamat bertunang Sham dan Mimi. Semuga cepat ke jinjang pelamin

Wednesday, June 17, 2009

Demam Cheese cake

Alhamdulillah..Sepanjang minggu lepas sampai lah ke minggu ni asyiklah haku mengodak cheese cake aja. Ramai sangat yang berkenannya..biasanya haku buat Black Bottom Lemon Cheese Cake . Anak2 pun tumpang sekaki..hahaha..tapiiii x leh selalu taww , nanti korang seme montels2..ha sapa nak jawab tu.. So kita layannz..

yang ni tak ingat sapa ownernya..sebab diorder oleh wakilnya sahaja..

Yang ni Lawyer Mazlin punya...order kali pertama untuk cheese cake


Yang ni di order oleh Ain dari Bukit Pasir, Muar . TQ ain..black bottom lemon cheese cake dengan topping bluberry juga...

Yang ni order Lawyer Mazlin lagi selang 3 hari je..untuk raikan bday anak sedaranya yang ke 6 tahun...TQ lin 4 the endless support..Mazlin dah bgtau nak topping bluberry yang banyakkk..hahaha..sampai melempah wa bagi...
Happy Birthday Syafie

Yang ni di order oleh kawan sepejabat Mazlin , lupalah namanya..sorry ek..
minta kek coklat lembab dengan salutan ganace dan bluberry untuk meraikan hari lahir ibu tersayang..


Sunday, June 14, 2009

Biru Hijau Cintamu

Assalamualaikum pembuka kata,
kek pengantin empunya cerita,
Biru hijau warna dipinta,
tempahan Junaidah untuk kekanda tercinta..

Kek ini ditempah oleh Cikgu Junaidah Paiman untuk majlis persandingan kekandanya @ jejaka idaman malaya yang telah sah bernikah pada 6 Jun yang lalu dengan puteri pilihan hatinya, Ida dari Tmn Mawar, Pasir Gudang.

Seperti juga set hantaran, kekanda jun mahukan warna biru hijau atau turqoise dengan gabungan putih. Untuk majlis ini, jun menempah 1 kg kek marble trio + 35 cuppies pelbagai rasa dan 150 biji chocolate moist cake + dome untuk diagih2kan kepada saudara mara.

kek topper 1 kg



cuppies dayang2 pengiring..





cuppies pengiring 2nd version





Cuppies untuk buah tangan saudara mara





TQ jun dan keluarga. Untuk Bai dan Ida, Selamat Pengantin Baru..

Friday, June 12, 2009

Coklat lah Pulokkk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
Alhamdulillah dengan izin ALLAH berjaya juga ct memenuhi hasrat hati untuk belajar membuat homemade chocolate dengan sifu Ida merpati..Insyaallah, lepas ni boleh tambah produk untuk Ct Bakery...sesiapa yang berminat bolehlah contact ct ya...






tengah tekun ni..


cute kan?



hasilnya...yummy


Ikan Di Laut Asam Di Darat

Ahad 7 hb , aku ditugaskan oleh mak dan bapak untuk bawak derang g jemputan umah Wak Kamilan Razak di Skudai , blakang pejabat MBJBT..pada masa yang sama, ada satu lg majlis perkhawinan di adakan di kawasan umah wak lan..Sedang kami jalan bareng2 mak dan bapak, tetiba aku ternampakn kelibat seseorang yang aku kenali..hehehehe...siapa ?

Orang kenal dia dengan nama ABON, kami kenal dengan nama abang Shahrizan Ahmad..Ya, abang abon iklan kicap jalen tu, Sarbat tea, Habatus Sauda dll...Macamana kami kenal dia ? sebab dia selebriti ke? hahahaha..ya dan bukan . Kami kenal dia dah lama..masa dia kecik2 lagi..

Abg Shahrizan merupakan kawan baik bang uji (abangku yang ke 2) , satu geng , satu tingkatan..bg rizan duduk di Pusat Kesihatan Kecil Pt Yusof kerana bapaknya driver di situ..Wak Ahmad juga kawan baik bapak..masa dulu abg rizan suka ikut g sawah bapak , timba/pancing ikan , masuk kebun bapak dll lagi aktiviti yang derang buat bersama..




Bila mak perasan yang abang rizan berdiri bawah kemah rumah kawin pertama, mak tanya aku betul ke tu abon? aku kata ya..dan kami berenti sebab tunggu bapak yang jalan agak lambat. Abang abon datang pada kami dan bersalaman. Bertanya kabar dan kemudian berkenalan.
Bila tau saja bapak merupakan orang yang dia kenali sejak dulu, apa lagi abg rizan peluk2 bapak..rindu katanya sebab lama tak jumpa , kemudian dia tanya macam2 hal terutama abangku..kecoh kat situ..jemputan lain pun toleh2 peliklah agaknya tengok kami sekeluarga kecoh bising2..abg rizan masih macam dulu, kecoh, lucu..bersahaja dengan slang jawa dia (walaupun dia bukan jawa)..nek ngomong nerocosssss waee..abg juga kenalkan kami pada isterinya dan berjanji akan datang kerumah bapak jika datang ke Muar..kemudian kami mintak diri ke rumah wak Lan dulu..

mak dengan abg rizan tengah cerita pasal abg uji..

Masa nak balik, abang abon sekali lg temui kami..dia peluk2 bapak lagi, dan kata takan lupakan jasa baik bapak dan mak dulu..dia ckp pada aku, dia dah kenyang makan nasik kat umah mak dulu..tapi masa dan keadaan memisahkan bila Allahyarham bapanya berpindah ke Kuala Lumpur. Abg juga mintak jika kami dtg ke KL , bgtau dia , boleh dia ambil kami datang uamhnya..Insyaallah bg, jika ada umur, ct akan bawak bapak dan mak datang ke rumah...

wajah gembira kami sekeluarga...

Tuesday, June 9, 2009

Wedding Season CT

Assalamualaikum..banyak sangat n3 tertangguh sepanjang minggu lepas..banyak juga gambar2 kek ang terlupa nak snap..dek kerana mengerjakan semuanya sendiri..harapkan anak daraku mengambil gambar..rupanya banyak yang dia tak amek...huhu.. :- (
plus masa tu kepala dan jiwa betul2 tengah kacau ...... masalah apa ?
Biarlah ia menjadi rahsiaku sendiri...Alhamdulillah , semuanya dah selesai kini, harap2 sangat tak berulang lagi...so, kita tengoklah n3 yang ada...


Date : 6 Jun 2009
Bride : Hairi Dan Liza ( TQ..)
Location : Kg Sri Jaya, Tangkak
Detail : 1 kg++ Moist Chocolate Cake with Buttercream icing , royal icing flower , maroon red and white theme plus 25 pcs M size with similar theme..



Topper





Cuppies..






Date : 6 Jun 2009
Bride : Hanim Yusof and Azam (TQ..)
Location : Kg. Pt Bengkok, Pt. Raja, Batu Pahat.
Details A: 1 set coconut pandan cuppies for hantaran, with ganace finishing and gumpaste flower , chocolate , gold and lite yellow theme..but I decided to add some white flowers to make the hantaran more attractive....


special glitter handmade roses





Details B : 3 tier cutting cakes , topper - 1 kg++ chocolate moist cake with ganace , sugarpaste and gumpaste, for 2nd and 3 tier : 50 pcs indvidual packing cuppies (25 pcs marble trio, 25 pcs strawberry flavour) finishing with rich chocolate ganace and sugarpaste & gumpaste flower

topper

cuppies







Date : 6 June 2009
Bride : Norhafizah Kamso and Muhd. Najib ( TQ..)
Locations : Kg. Pt. Jarum Laut, Bkt. Gambir, Muar.

Details A : 2 Tier cutting cakes including 1 kg++ Chocolate moist cake with buttercream and gumpaste n sugarpaste flower, purple lilac and white theme. 2nd tier - 40 pcs chocolate cuppies 's' size with buttercream and simillar theme and flower..





topper








Details B : 16 pcs of coconut pandan cuppies , frost with fondant n gumpaste flowers for hantaran , purple, white and lilac theme












Date : 7 June 2009
event : Enggangement - order by Hidayah 4 her cousin
Fizal and Eila..TQ girl.
Locations : Melaka
Details A : 12 pcs of strawberry moist cuppies with fondant finishing and gumpaste flower plus silver dragees, blue turqoise theme , for the girl side..



Details B : 12 pcs Chocolate moist cuppies with fondant and daisy gumpaste flowers , lemon yellow and white theme , specially for the men side...




last..Junidah's order 4 her brother wedding , blue turqoise theme , but unfortunately she forgot to snap the foto...i try to get soon...and Mazlin' s order 3 sets of cakes and cuppies for 'makan2' and her nephew - Baby Hambali 1st birthday...

Tuesday, June 2, 2009

What A Wonderfull World


Waktu senggang 2/3 hari ni penuh aktiviti..selain aktiviti memenuhi undangan jemputan kawin dan mengopakkan poket dengan beli banyak stok makanan..yalah, budak2 berempat ni kalau cuti sekolah asyik cari makannnnnn je kerjanya..pagi dah sarap nasik lemak @ nasik goreng@ bi hoon goreng, jap lagi kol 10 dah bising2 g dapo cakap lapooo...jadi waktu2 cenggini stok makanan kenalah banyak...

Aku sempatkan diri mengadun fondant , mengelek , menerap dan membentuk bunga2 mengikut permintaan dan tema pelanggan yang menempah kek mengikut acara seperti bertunang, berkhawin dan sebagainya..gelek, terap..ecehhh..sama je bunganya..blossom la, daisy laa..haku bosan gak..
jadi haku gatal tangan cuba buat bunga2 lain..rose esp.

Rose ni susah sikit, memula aku guna kaedah picit dan ribbon rose je, tapi tangan ni gatal pulak nak buat roses lain..yang ada rupa macam rose laa, wakakaka..puas aku telek, belek, search flickr , tenet dsbg..akhirnya..dapatlah aku hasilkan bebunga tu...


Daisy in da making..


white blossom aka sakura

bunga tak de nama..wakakaka...



lilac and purple..


yellow roses hasil keras tanganku...





bee cumil...puas haku telek2 contoh kat tenet..baru jadik..bangga aku bila anak2 ku excited..