Saturday, December 18, 2010

Nurul Dan Amir

Nurulhuda - sikecil molek ini telah selamat menjadi isteri
kepada Amir, lelaki bertuah pujaan hati..
yang bergambar masjid ni tempahan Amir..
senget benget sebab lukis freehand je..
nasib baik pengantin suka..


Sebiji kek bertema warna orange gold ni tempahan nurul
untuk balasan hantaran katanya..



Untuk Cutting cakes ceremony, nurul memilih Biru dan putih
sebagai warna tema..sejuk mata smp ke sukma..
Pakej 1+35 combination menjadi pilihan..
semua hidupmu lebih bermakna..
dalam kasih sayang Amir tercinta..



Zulaikha Dan Purple..

Bagai Yusuf dan Zulaikha..tapi yang ini..
Zulaikha dan Syah..
Di Serom 5 cinta termetri..
Diijab kabul bersaksi..

Eika ni nampaknya suka purple..
warna dipilih sebgai tema perkahwinan..
Dari kek kahwin sampai pelamin..
tempat makan beradab pon tak terkecuali..

1 set kek fondant hantaran menjadi pilihan eika
bersama 1 set cupcake bertema MU..
tapi maaf..edible imagenya kurang menyerlah..




Untuk Cutting Cakes , Eika memilih pakej 1+35 combination..
kek fondant dan cupcakesnya bertopping buttercream
dengan hiasan bunga gumpaste mengikut warna tema..



Pakej 1+35 tempahan Ifa Raziah (akak panggil le)
dari Pt Perupok Jln Abd. Rahman, Muar
bertema purple putih..






Kek 3 tingkat tempahan Cik Zainiza dari Sengkang,
utk majlis perkahwinanya di Sengkang
memilih tema Merah dan putih..



base 3kg+



2nd tier - 2kg+



Top tier - 1kg+




Set cuppies bertema pink putih tempahan
Sufiah Mahzan , Sg Terap Muar untuk hadiah rakan baiknya..




Set Pakej 1+35 tempahan Cik Nunu Laloli atau Cik Nurul
dari Kg Dato,Muar . Memilih tema warna keabu pink dan putih
untuk majlis persandinganya di Dewan SK Ismail 1..



2 Biji kek ini adalah tempahan Cik Salasiah , staff SK Ismail 1
 untuk hantaran
balasan pertunangannya dan pihak lelaki..



Emiza Hanum Taib..bertemu, bercinta dan kini bersatu
dengan jejaka idaman hati - Muzir.
Memilih oren dan putih sebagai tema,
kek pilihan dihiasi dengan bunga segar
si ros dan gebera menjadi bukti..






Majlis bertandang di Kesang
putih hitam jadi pilihan
2 tier stack mencabar kredibiliti
tapi alhamdulillah..dapat dibukti..


Ain Dan Fizi : 1Cinta Moga Abadi..

Nurul Ain dari Kuarters PDRM Muar
menjalin cinta menyulam kasih
dengan teruna Fizi namanya
selamat disatukan dalam bahagia..






Thursday, December 16, 2010

3 Dara Rajin Mencuba

Tiga dara tidak lagi duduk ditangga..
tapi tiga dara ini rajin bekerja..
menambah ilmu didada..
sebagai bekalan berumahtangga..

Bukan sepupu bukan bersaudara..
ikatan terjalin antara bertiga
rapat rukun sesama mereka..
sayang menyayang tiada tara..

Alya Elaenor , Noaimi dan juga Suraya..
Sorang dah kena tambat..
sorang lagi solo..
sorang lagi tak tau macamana..
dengar2nya dah hampir juga..

Tiga dara sepakat..
mencuba jari samada berbakat..
merias cupcake menjadi minat..
datang bersambut ilmu disemat..


tekun belajat x kenal penat..



cuba berkali2 sehingga dapat..


tekun menyimen cuppcake dengan semangat..



akhirnya hasil membawa berkat..


tq girls..

Friday, November 19, 2010

Cikgu Ieta n Kapten Fairus

Cikgu Ieta aka Sunita sedang menginai jari..
mana taknye..esok akan bergelar isteri..
selama beberapa lama bercinta..
skg dapat bersanding pula..

Ieta yang kecil molek dara dari Bemban Melaka..
memilih tema biru turqoise n putih..
lemah lembut mengatur bicara..
menempah kek untuk hantaran nikahnya



Yang ni cutting cakesnya..Ieta memilih pakej 1+35..
masih dengan tema serupa..tapi ct dah bega2..
kalau tak nanti org kata serupaaaa...



tapi..bila dibelek..laaaa gambo cupcakesnya lupaaaaaa...

N3 Tertunda : Ollyn n Saiful : Ikatan Itu Menjadi Milikku...

Majlis dah berjalan..saing dgn Dr SMS...
tapi tak sempat, plus gambar dalam hp..
masa tu lom leh syncronise dengan laptop
so, baru skg boleh post...

Ollyn anak tauke stesenPetronas Jln dato Kosai
  memilih pakej 2 + 35 ,
iaitu 2 biji kek : 2 kg + 3 Kg
digandingkan dengan 35 biji cupcakes...
nampak grand n mewah..

Ollyn pilih warna merah dan pink yang manis
digandingkan dengan putih yang sentiasa bersih cemerlang..
tetamu yang datang tersenyum senang..
mak mertua berdada lapang..
melihat pengantin jalan berlenggang..



base : 3kg cmc + bc+ bunga gumpaste



2nd tier : 2 kg strawberry cakes + bc+ gumpaste



kek pada hari majlis...pengantin minta gandingan
bunga roses segar sebagai penyeri cupcakes tingkat atas..
thanks ollyn..

N3 Tertunda : Edisi Awal Nov

Tempahan dari cik Li Sin untuk meraikan ulang tahun
perkahwinan ibu bapanya yang ke 30..thanks Li Sin..



Tempahan dari Pn Kamariah Musa dari Tmn Temenggung , Muar
untuk birthday anak bujangnya. Cuppie saiz S, choc moist dengan
buttercream n jelly..TQ kamariah..





Yang ni menimbukan marah..diorder oleh seseorang..
banyak pulak tu 3 kotak, masa nak tempah kemain lg..
tapi bila dah siap sms kt x leh amek.ada masalah..
sampai ke sudah x amek..bila sms x jwb, call x angkat..
boleh gitu ya?? pandai tempah, tapi x nak amek...
sabarrrr je la...bila jual fast sale x laku, ct bg je kat org..




Kek farewell party anak2 kat sek derang..mocha sponge kek
dengan bc dan strawberry filling..



Pandan layer cake tempahan org jauh..
kawan lama masa sek dulu..harap suka ya..TQ..


Kek birthday tempahan Hazwani untuk anak taukeynye..
ADAM yang sambut bdy ke 2 tahun..
nak tema kanak2...vanilla sponge cake + bc+ bluberry filling...
Thanks wani..