Sunday, May 23, 2010

Gumpaste Flower Class @ Cengal

Untuk kali pertama, kelas Bunga Gumpaste ditawarkan kepada sesiapa
yang berminat..dan anna aka Casa'oma dari Casa'oma home biz 
yang dulu pernah datang belajar dengan Ct mengambil kesempatan itu.
Anna, ibu yang sedang sarat mengandung ini datang dan bawa bersama 12 bj
cuppie berfondant..dia belajar buat bunga je..so, jom kita tgk apa
yang anna buat...

Dalam kelas ini, pelajar akan diajar selok belok cara menyediakan adunan
gumpaste yang sesuai untuk dijadikan bunga hiasan di atas
kek yang selamat dan halal dimakan tanpa ragu2..kemudian
pelajar akan diajar cara menyediakan dan membentuk bunga2
gumpaste sebanyak 10 jenis bunga dengan mengunakan pelbagai
kaedah dan peralatan..akhirnya pelajar diajar cara mengubah
bunga di atas cuppie..







mengacu dan membentuk bunga dengan tangan
dan fondant tools







small dragon fly



attach bunga pada cuppie dan hasilnya...











Macamana? ada yang berminat? Jangan segan, contactlah Ct ya..
013 6315909 atau email cguct1970@gmail.com
atau fb Cikgu Ct Man..kalau malu , susah nak belajar...


Pink tetap Jambu


Pakej 1 + 40 tempahan Pn. Kamariah dari Bakri
untuk majlis persandingan anakanda lelakinya yang disayangi..
yang diadakan di Man Chalet, Kg Sri Pantai, Jln. junid. Permintaan
Pn. Kamariah, kek coklat moist dengan topping buttercream
bertemakan warna pink putih sesuai
romantik cinta si pengantin baru...

Thanks..



p/s - gambar lain lom dapat masukkan, kabel yelekkk la pulak
blutooth dah jadi blu kentut...tak bleee guna...

Sunday, May 16, 2010

Fuzi & Aza - May Pengikat Cinta Kita


Set cuppie hantaran tempahan Cik Fuziah dari Tangkak.
Fuzi bagi gambar kek yang simillar to this design..
Sesiapa pun tuan punya design, maaf n halalkan ya..
pengantin yang nak..kita dah ubah banyak..
tak sama pon dengan design asal....





Yang ni cuppie untuk pakej 1+35 yang ditempah fuzi,
tapi hermmmm..keknye lupaaaa nak snappp...
uawwaaaaaaa...sob3x..
Nanti kita lengkapkan gambar mintak dengan pantin k...
hehe..minggu kaluttsss...


35 pcs vanilla choc chips topps with bc n cadbury choc..
hemmm..wallaa...


 





Rezeki Sepanjang Minggu ini




Tempahan student Dila zul untuk supprise hari ibu..
12 pcs fondant cake , garden theme..TQ dila..







Tempahan Firdaus untuk ibunda tersayang yang dibuat melalui Atilia,
pemalu agaknya bujang tu..tapi untung ibunda firdaus kan,
ni jenis boleh buat menantu, bujang perihatin...





Tempahan dari Amira,  Pasir Gudang untuk atuk saudaranya,
Pn Jamilah Kaso yang menyambut hari lahir pada
14 may yang lalu..Thanks mira..
sorry gambar roses tu tak sempat nak snap..



Yang ni tempahan student juga, Nadia untuk ulangtahun
perkahwinan ayah ibunya pada 14 may lalu, juga sekali gus hari lahir ayahnya..dan juga sempena hari ibu.  Thanks nadia.




Tempahan dari teman FB , Rohana Othman
untuk supprise hari ibu..Thanks ana..





Tempahan dari teman FB juga x student SMBG, Nur Zainiza
untuk guru kesayangannya, Nor Haniza Mustaffa di
Tanjung Agas, sempena sambutan hari guru hari ini...
Thanks ain...




Yang ni, tempahan dai KS Canopy N Wedding Planner, Pn. Khatijah
mintak pakej 1+35 dengan tema Orange white , tapi malanggggnyer..
haku luppeeee la pulak nak snap cuppies punya gambar..
adoyaiii..tu la kalau keja sorang2 ...








bunga pattern baru..ok x? hehe..


p/s - kalau ada yang tempah, tapi gambar tak naik kat sini..
mintakkkk maaafffffflah...adoyai, minggu ni kalutt sikit...

Deco D'Cengal @ Mei 2010


Salam sejahtera...
lama kan tak update, n3 adalah 2-3,
tapi bz dan haku pon agak malas
nak kejo2 nak update blog ni...

Kelas hari Ahad 9 Mei yang lalu, dihadiri oleh
Cik adik yang kecil molek dan manis manja,
khairun Nisaq aka Nisa Apple..
(dik..akak cari gak kat manalah apple tu..tak de..hehe)


Nisa ni pelajar tahun akhir UITM Segamat..datang amek kelas
basic deco untuk cuppies dan kek, teringin nak hias cuppie katanya.
So kita tgk je la apa yang nisa ni buat ek...






Mula2 belajar mixing cuppie , lepas tu buat Sponge cake,
 lepas tu buat 2 jenis krim..kek sebiji lg cikgu dah buatkan...








Lepas tu, belajar deco atas bod dulu..kih3..mengegel2
nisa nak handle nozel dan ising dalam piping bag..






Bila dah ok, barulah simen cuppie dan deco atasnya...




salah satu hasil deco nisa


Sesi mencantikkan kek pulak




hehe..dah siapppp...







this cake specially dedicated to her mom 4 mother's day gift...





yang ni deco tema birthday kanak2..nisa sukeee
bateply..



nisa bangga kerana berjaya mencabar dirinya..go go gurl..
u boleh buat, jangan takut..

sms dari nisa : Thanks cikgu..rasa confident sikit skg..mak dah suruh buat cuppie untuk hari guru ni...


p/s - sorry ya nisa, lambat update...

Tuesday, May 11, 2010

Rezeki Sepanjang Minggu (2)





120pcs cmc cuppies tempahan Hjh. Norazmi dan sebiji kek cmc bersalut ganace untuk acara penutup minggu Teknik Dan Vokasional STUDI, Bakri, Muar. Terima kasih kak...





Chicken Pie dan Apple Pie tempahan kak Noraida untuk dibawa sebagai buah tangan ke KL. Terima kasih kak, sabarlah dengan dugaan yang menimpa akak tempohari...

Rezeki Sepanjang Minggu

Alhamdulillah...rezeki dari ALLAH yang tak pernah putus..


1) order dari Lyarissa Hana di KL untuk ayahanda tercinta di Sg Pulai, Muar..16 pcs mocha cuppies with bc dengan tema gusti dan manly..thanks hana


testimoni : "terima kasih cikgu , sudi terima order yang cukup adhock ini..."

mana taknya, masa hana call ct otw balik umah..nasib baik mmg ptg tu nak bake cuppies..kalau tak memang berat juga...rezeki ayah hana la yang sangat minat gusti tu...



2) tempahan dari kembar seiras Nuzul Najwa dan Nuzul Najiha
untuk ibunda yang tercinta sempena hari ibu..Chocolate moist cake dengan buttercream , dihiasi dengan tema sesuai hari ibu..Thanks Gurlz...





Testimoni : "Cikgu, terima kasih ya...Mak saya sukaaaaa...senyummmm je sepanjang hari .."




3) tempahan dari anak dara yang cantik Molek, Zairina dari UTM, Skudai untuk meraikan mamanya. reen request Vanilla sponge cake with bluberry filling n fresh cream. Top with peach n maraschino cherry...Thanks Reen .







p/s - reen , ibu itam tu mmmg betul2 hitam berkilat dan gomokkk ek..

Cinta Oren Suzy

Dia teman Facebook saya..tak pernah jumpa..
chating2 adalahh...dalam ym..
tapi si kecil molek ni walaupon tak penah jumpa
akak yang comel ni..tetappp je percaya
yang akak boleh merealisasikan impiannya..
lalu, dia menempah 25 bj cuppies size S untuk
majlis pertunangannya minggu lalu...


Terima kasih atas kepercayaan itu...


Suzy yang kecik comel ni memilih oren dan putih sebagai
tema warnanya...design ikutlah  akak katanya..Maka terhasillah ini...








Alhamdulillah, suzi kata suka sangat dan puji kek dia cantik...Thanks suzy...selamat menempuh alam pertunangan...
nanti nak kawen jangan lupa akak ya...