Thursday, November 6, 2008

Sihat sebelum sakit

Kisah ini diadaptasi dari kejadian sebenar minggu awal minggu ini...Pagi Jumaat yang indah, aku jumpa sepasang kembar lain mak bapak yang serupa tapi tak sama...bila dedua Jun dan Nisah menjerit ketawa, aku angkat kamera je amek gambo.



Pagi tu juga aku dah mula rasa tak selesa, kepala dan lowerback sakit , hidung rasa tersumbat, bengal...badan rasa panas, seram sejuk..petanda nak demam dah nampak nyata. Tapi kerana dah janji dengan bebudak nak belajo masak, aku teruskan juga...badan bertambah panas bila tiba tengahari.

Balik umah, habang pun balik. Dia kata ngape muka merah? dia rasa dahi, wehhh panas ni aku check alamak dah 38.8'c...dia tak kasi g kusus ke Melaka , aku akan bertolak pada pukul 2.30 ptg, bawak 3 kawan tumpang sama. Aku amek aktiffast dan tido jap. bangun aku rasa ok..aku siap2 dan aku bertolak ke melaka. Sampai sana kol 4++..g minum ptg. Aku Makin rasa tak selesa...kepala tambah berdenyut2 panas bertambah mencanak. Naik bilik aku selubung..nisah ckp aku tambah panasssss....nak tak nak bila aku dah rasa melayang2 aku call habang suh dtg amek...dah tak ble pk lain dah...

pas tu aku separuh2 sedar je... kawan2 tlg kemas brg bwk turun...aku tggu habang kat loby..dah tak ingat apa dah....call pun habang kak aida yang tlg jwbkan...sakit kepala aku rasa nak tanggalkan je (kalau le boleh....) Habang dtg, bwk balik muo..g klinik..kena tembak sedas...balik terus tak sado diri....

Pagi2 aku bangun..badan dan sejuk..tapi kepala seme sakit lg. Abang tanya nak g kusus x..(dia tau aku nak g sangat) ..aku siap2 abang anto aku g melaka semula...gambo2 ni aku snap untuk ilangkan sakit kepala aku je....


Geng pemerhati bebas yang sediakan anugerah..aku siap dapat tu..katanya anugerah STS (Sakit tapi Semangat..keh keh keh..TQ koranggg)




ni geng2 aku..derang ni baik , nisah tu demam pulak skg ni sampai la ni lom dtg sekolah..



geng perbincangan tak rasmi kat lobby



derang ni kepenatan shopping ke kepenatan pk duit tak abih lg..



kak F tu dapat anugerah perancang shopping terhebat..kak zaidah pulak tengah pk macamana nak g Tiara Beach Resort sambung kusus lain...


Ahad petang, habang datang amek..laaa dia pulak demam..badan panas...bulan lepas pon dah 2x demam...bahana berembun banyak sangat...kami gilir2 drive dari Melaka ke Muo....tukar2 4x...macam jauh bebeno..dah semua tak sihat..sebelum balik umah, g klinik jap..mc le sehari..Senin pagi , dua2 ibu ayah terlantar demam..Jiha jadi mangsa..kena ponteng sekolah jaga kami...


No comments: