Tuesday, November 18, 2008

Projek Cupcake Ke Sabah

Hari ini aku bz sikit , menyediakan cupcake tempahan L/Kpl Salmuna sebanyak 250 biji untuk dibawa balik ke Sabah sempena perkhawinan adiknya 22 Nov ini. Oleh kerana kek ni nak guna lambat lagi dan Muna nak balik esok, maka aku terpaksa meletakkan sedikit pengawet dalam kek. Muna kata kat tempat dia belum ada lagi goodies macam ni untuk hadiah tetamu.

dah sejuk baru masuk bekas...

dah siap boh tag dan susun dalam kotak..ready to deliver

Satu lagi, kita nak tunjuk oven baru kita yang dibeli rabu lepas. Memula kita beli oven gas Rm 1800 , saiz 4' x 2' , berat 65kg siap kaki beroda tingkat2 . Dapat je kita test le bako kek tapi bila dah test kek tak naik gebu..leper2 je.. adusssss cemana nak jual nii..aku garuk2 kepala..mumett.

Aku call pembekal , tanya boleh tukar dak...lepas cingcong dia kata oklah boleh tukar dengan yang karan harga Rm 1200 , berat 41 kg dan saiz 2'x4'. Esoknya,
budak kedai datang lg , angkat yang gas ganti dengan yang letrik. So pagi tadi aku test kali pertama , alhamdulillahhh...cantik menarik dan gebuu. Sekali bakar boleh dapat 24 - 36 biji cupcake saiz 9. Senangnya hati aku, Alhamdulillah...bolehlah aku amek tempahan yang banyak tanpa ragu2 lagi.








4 comments:

PINATBATE said...

wow..bisnes makin berkembang..TAHNIAH1telah melebarkan sayap hingga ke Sabah..mudah-mudahan suatu hari nanti akan sampai ke Europe dan Timur Tngah pula..
HIDUP JOWO!

anir said...

waahh gajet baru nampak...
semoga sukses...

Ct said...

pinat...alhamdulillahh..ada permintaan maka adalah pengeluaran..JOWO kan sentiasa boleh...

Ct said...

Dah lama diidamkan...baru mendapat