Sunday, February 1, 2009

Jahat..Barua..Penghasut

Itulah gelaran yang aku dapat dari salah seorang anak buahku yang tengah mabuk bercinta..katanya semua itu adalah sifatku..hemmmm...aku jahat eaaaa?

JAHATKAH aku jika memberi nasihat berterusan supaya anak sedaraku yang kesat hingus pun belum pandai tapi dah pandai mengusung anak dara orang ke hulu ke hilir tu kembali ke pangkal jalan?

JAHATKAH aku jika bersetuju untuk membantu kedua-dua pihak ibubapa memisahkan mereka supaya per'cintaan monyet' mereka tidak terlanjur terlalu jauh ?

JAHATKAH aku memisahkan bujang kecik berlagak bagus yang belum tentu pass SPM dari berterus-terusan menghampiri ke arah perbuatan zina laknatullah dengan anak dara orang berumur 22 tahun yang memang dah tau mak bapak semua tak suka?

JAHATKAH AKU??

Aku BARUA ? DALANG ? PENGHASUT ? kalau ngkau kata semua tu sifat aku..dalam kes engkao...Tak apa..aku terima...TAPI aku cuma nak kau tahu..
semua itu aku lakukan demi untuk masa depan kau....

SIAPA LEBIH JAHAT ? Aku yang melaksanakan tanggunjawabku kah atau kau yang tega dan MENTOLO serta KEBANGATEN sanggup mengugut untuk MEMUKUL dan MEMBUNUH seluruh ahli keluargamu hanya keraha hajat mu itu dihalang...Nekat sangat nampaknya engkau ya..Kalau kau ingat kau kuat?? kau hebat ??..kau salah..kalau nak merasa duduk 'dalam' teruskanlah..
ingatlah..negara ni ada undang2...silap langkah buruk padahnya...

Seburuk2 mereka...itulah ibu bapak mu..yang bela kau..bagi makan dan pakaimu sejak dari bayi smpai usia kao 17th ni....Merekalah yang sepatutnya kau hormati lebih dari seorang KEKASIH...Ingat apa aku cakap malam tu..WHAT U DID , U GET BACKKKK!!!!! Watchout !!! (eh..ko pahamke bahasa inggeris ni ?) Jangan nanti menyesal kemudian hari...belum terlambat untuk ngkau mempoerbaiki diri.....

5 comments:

Hayati said...

T, betul ke macam tu bahasanya? Takut akak membacanya. Harap juga diberi Allah yang baik-baik juga. Sekarang ni kalau kita punya anak-naka yang baik, Alhamdulillah kurnia tuhan untuk kita tapi kalau kita menghadapi anak-anak macam ni,pening juga kita.Zaman sekarang ni anak-anak yang masih berhingus pun sudah pandai nak hidup sendiri, tak nak dengar cakap orang tua.Walhal nasi pun masih disuap.

Ct said...

ya kak...mlm semalam kami g berperang...aduhhhh...susah sangat nak pisahkan..kalau dah masa nak kawen , ct tak kesah..tapi ni anak hingusan lg....harap sangat dia boleh berubah...ct dah cukup2 bg dia kuliah/usrah dll....

ninoZ said...

iskkk ct..
sian awk yerr

tu lah anak2 sekarang..bila cinta jadik buta..
ngeri sebenarnya membesarkan anak zaman ni..

Ct said...

ninoz..akak dah banyak berusaha untuk anak sedara ni..tapi kali ni kalau melampaui batasan akak dah tak sayang nak biarkan dia merasa sengsara...

Mr. and Mrs. Mokhsin said...

dalam keadaan mcm ni mmg dia tak nampak dah kak ct...dah buta hatinyer...dah tokleh nilai mana baik mana buruk, sampai begitu sekali penangan "cinta"