Tuesday, August 25, 2009

Miniature In D' Making







Miniature cake ni sebagai menjawab pertanyaan dari beberapa orang pelangganku. Mereka inginkan miniature kek ini untuk dijadikan hantaran perkahwinan atau pertunangan pada masa akan datang. Tapi haku lum beri keputusan sama ada sanggup nak buat atau tidak..

Ini adalah kerana proses pembuatannya yang agak cerewet dan memakan masa..yalah benda kecik..hiasan pun nak kecik2 kan? kalau beso gabak tak sesuailah..pas tu benda kalau kecik, sudah tentu susah sikit nak mengerjakannya...tumpuan masa sepenuhnya hanya padanya.sedangkan persediaan bahan dan alatan sama aja macam kek fondant beso...tak tahu nak buat keputusan nih....AKU DALAM DILEMA....Wakakaka.....



Pas tu, HARGA pulak..pun membuatkan aku penin..Letak murah tak balik modal dan upah, letak mahal kan orang KOMPLENNN....Aku dapat tahu seorang baker terkenal di KL meletakkan harga sebiji miniature cakes ini rm 30.00..tapi dia orang tak kesah nak bayar , ada gak yang muncul dengan kata2 " ala..dia dah famous..rega kek dia mestilah mahal sikit.." Abis tu? Kami baker2 yang baru nak maju setapak ni kenalah jual murah2 gitu ke ? Kita pun kena guna bahan yang sama...kos pengeluaran pun hampir sama je..




Untung je tak sama..kalau kat Bandar Pencen ni , tak de maknanya nak dapat kaut untung...dah kalau bahan mentah dan bahan2 macam solo cup pun mahal (kena beli kat KL/Bangi je - tambang dan minyak keta nak kena kira gak kan?) ...pelanggan asyik nak murahhhh je..boleh untung banyak ke? Sib baiklah cinta hatiku di bidang ni...tu yang terus bertahan tu....




HANGIN? Tak de la hangin.saja je nak bagi orang celik...dah selalu sangat benda orang cakapkan.... sebenarnya yang anda bayar untuk sesuatu kek tu adala skill/ kemahiran berdasarkan hasil karya seni kan..pas tu ada pelanggan suka sgt banding2kan hasil keja seseorang..atau mintak kita buat kek serupa dengan baker pilihannya..mana boleh dikk...kan tangan orang lain2..myb Si A master dalam fondant...Si B master dalam buttercream...halus mulus je hasilnya....takan serupa kalau kita nak si A buat macam Si B...setiap individu tu unik..ingat itu....




Pada aku, kita ni kenalah fleksible dan saling perlu bertolak ansur..kalau mmg btl2 nak hasil yang perfect, order aja dengan si perfect itu..tak kiralah hargany
mahal ke apa...tapi kalau budget kecik...lagak dan kemahuan je beso..tak de makna nyer.....Jangan meminta keterlaluan...sesuaikan dengan yang ada...




Kalau hakulah, (baker lain pun serupa rasanya) bila sanggup terima sesuatu tempahan , bermakna aku akan berusaha bersungguh2 untuk memastikan ianya terhasil sebagaimana yang dikehendaki...cacat sikit2 tu adatlah...So pada pembaca budiman yang bijaksana dan bijaksini...pkkanlah apa yang aku luahkan ni...janganlah memandang baker melayu macam kami ni terlalu rendah...nak banding2kan dengan baker cina...kek melayu tak sedaplah! yalah mmg kek derang tu lebih sedap sebab dalam tu ada kahlua/cerry brandi/sherry/rum...HALAL KER?? Hua hua hua.....

Sepatutnya orang melayu teguh menyokong produk halal yang dihasilkan oleh melayu juga....barulah ekonomi melayu dapat dijana dengan baik...ni tak bayar dengan baker melayu berkira, kedekut..tapi kalau kat kedai cina tu tak berkira..berapa sebut terus bayarrr...adoyaiiii....

No comments: