Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri

Aidilfitri sudah menjelma dan telah pun diraikan dengan riang gembira..Tua dan muda saling bermaaf2an...begitulah juga dengan ct, alhamdulillah, tahun ini aidilfitri disambut dengan penuh sederhana...Blog ini telah di'anaktirikan' selama 2 minggu...bukan tak ada gambar2 yang nak ditepek..tapi kesempatan dan keupayaan terbatas..tetamu datang dan pergi perlu dirai...

Raya tahun ini aku macam biasa sahaja, sederhana , seadanya dan ikut kemampuan poketku (yang ternyata tidak setebal orang lain)..ku cucuk kepingan plastik ke dinding, jumlahnya sama sahaja..tidak bertambah atau berganda...kwang3x...tidak mengapalah.aku bukan jenis orang yang 'biar pape ase bergaye..'

Kat umahku pun tidak ada perabot yang ditukar, sofa lama tu antar reper mana2 yang patut, tapi langsir aku buat yang baru la, bukan apa, langsir umah lama tu 2 tingkap je, tapi umah sekarang ada 13 tingkap...ala, aku beli kain jersey yang murah2 je..konsep warna - biru turqoise...dinding dan langsir, semua usaha sendiri dan habang misaiku...semua yang dilakukan atas dasar keperluan sahaja...

Hah? kuih muih? Ada gak..aku buat 3 jenis biskut je - cornflakes madu, green lace , biskut badam , tart pie (beli) , kacang salut, dan aku sediakan 4 jenis kek - lapis masam manis, lapis coklat horlick, kek cekelat dan kek buah...tu je...aku buat sekali untuk bg pada mak dan mertua ku saja...

Yang datang umah ? forumer Cari - Cikgu Hani dari penang, Cikna dan Civicsi dari Sg Merab...sedara mara, sepupu sepapat jauh dan dekat pun ramai yang singgah, alhamdulillah...meriah umah, adik beradik abang dan adik beradik aku datang pada raya ke 3..alhamdulillah, umah baru ni beri kelebihan pada semua yang hadir , sebab lebih selesa dan lega...hem itulah serba sedikit sambutan hari rayaku....

6 comments:

Hayati said...

salam hari raya ct. Maaf zahir batin.

nai said...

selamat hr raya utk kak ct..thn ni sy x sempat beraya ke umah baru akak..terkejor2 aritu..

PINATBATE said...

Selamat hari raya Cguct..
Keluputan ku lahir batin yo..

Ct said...

kak Yati , salam aidilfitri, maaf zahir batin juga..

Ct said...

Naimah, akak faham...hari raya kan?
takleh nak jangka

Ct said...

Pinat, aku pun ngonu jugak..kluputanku seng okeh2..lahir batin yo.